Baru-baru ini status Dira Abu Zahar di Twitter yang menyifatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ‘YB Budak-budak’ mendapat perhatian aktres Sharifah Amani.
Kenyataan Dira di Twitter dibalas oleh Syed Saddiq namun tidak habis di situ apabila Shaifah Amani dengan matang menegur tweet rakannnya itu. Amani berkata, dia berbangga apabila rakannya, Dira, mempunyai azam yang tinggi, namun tidak faham kenapa aktres berkenaan cuba menimbulkan kekecohan di laman sosial.
“Yelah kau kawan aku. Aku bangga bila kau berazam nak jadi pembangkang yang ‘power’. Buat keluarga kau bangga. Lindungi dan perjuangkan hak wanita dan penggiat seni tapi ‘part’ hang duk picit-picit phone cari pasal tu aku tak fahamlah. Orang tu nak tengok bola pun tak senang,” tulisnya.
Amani mengulas status Dira yang mempersoalkan kenyataan ahli Parlimen Muar itu yang meminta penjaga gol Liverpool disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pasukan itu kalah menentang Real Madrid di Liga Juara-Juara Eropah pagi Ahad.
Dira yang juga exco Puteri Umno mempersoalkan sama ada status itu wajar ditulis oleh seseorang bergelar Yang Berhormat (YB).
Ads
Netizen turut mempersoalkan adakah seorang YB perlu bersikap serius sepanjang masa.
“Takkan 24jam nak kena tweet pasal politik dan benda serius. Semua tahu dia bergurau,” ujar netizen.
Bagaimanapun, Dira membalas bahawa dia juga tidak bercakap buruk tentang pemuda itu.
Ads
“Haa oklah, tak cakap buruk pun pasal dia. Yang budak-budak comellah kan?,” tulisnya.
Sementara itu, Dira bertanyakan kenapa dia tidak boleh membuat kenyataan seperti itu di laman sosial sedangkan orang lain boleh.
Bagaimanapun, Amani menjawab aktres berkenaan tidak perlu menyamakan dirinya dengan orang lain (netizen).
Ads
Dia juga meminta supaya Dira lebih fokus kepada perkara yang lebih besar dalam kehidupannya.
“Kau sama kan diri kau dengan orang lain? Kalau macam tu perdebatan kita sampai kiamat tak selesai.
“Kau ada perkara yang lebih besar untuk diberi perhatian. Jangan bandingkan diri dengan orang yang kau tak suka pun. Kau nak jadi macam diaorang ke? Kau lebih baik dari mereka,” tulisnya.
Pada akhir perbualan itu, kedua-dua selebriti ini mengambil sikap positif dan mahu menyambung perbualan mereka di aplikasi Whatsapp.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Arwah Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa tinggalkan isteri dan anak yang masih kecil, jadi Tentera Darat Malaysia (TDM) akan hulurkan bantuan sewajarnya untuk menjaga kebajikan ahli keluarganya.
Anggota tentera 10 Briged (Para) yang dikhuatiri lemas ketika menjalani latihan di Sungai Pahang dekat Kampung Bohor Baru, Bera, Pahang pada hari Ahad lalu telah ditemui pada hari ini (Rabu).
TDM Hulurkan Bantuan Sewajarnya
Mayat Lans Koperal Mohamad Azrin yang berusia 27 tahun ditemui oleh penduduk kampung pada jam 8.15 pagi di Kampung Serengkam, Maran iaitu kira-kira 70 kilometer dari tempat kejadian.
Penemuan itu disahkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Sel Perhubungan Raya Tentera Darat pada Rabu.
Dalam kenyataan tersebut, Tentera Darat Malaysia (TDM) merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Zon 2 Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), penduduk kampung serta mana-mana agensi yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula Ahad lalu.
“TDM turut menzahirkan ucapan takziah buat isteri allahyarham Mohamad Azrin, iaitu Nor Aqila Syafiqa Safuan serta seluruh ahli keluarganya dan bantuan sewajarnya akan dihulurkan dari segala aspek untuk memastikan kebajikan keluarga tersebut.
“Perkembangan berkenaan pengurusan jenazah Allahyarham akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujar kenyataan itu lagi.
Henti Sebarkan Gambar
Dalam pada itu, TDM turut berharap agar masyarakat tidak menyebarkan gambar-gambar penemuan jasad Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin bagi menjaga perasaan waris mangsa terlibat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, mangsa ditemui dalam keadaan hanyut oleh penduduk kampung dan segera ditarik ke tebing sungai.
“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian.
Mangsa merupakan anggota Tinjau daripada pasukan Kompeni PANDURA (Para) yang dipercayai lemas dan hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang bagi Eksesais PARA PREDATOR Siri 1/2021 di Kawasan Am, Bera, Pahang.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, anggota sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor.
Mangsa dilihat tenggelam di tebing oleh ahli pasukan dan cuba ditarik naik namun gagal dan mangsa telah berjaya naik ke permukaan air tetapi dilihat tenggelam semula.
Cubaan menarik kali kedua oleh rakan mangsa juga gagal dan anggota terbabit terus tenggelam.
Mendapat Perhatian
Kredit Foto : Kosmo Online
Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat dan meninjau latihan eksesais tersebut yang dijalankan dalam tempoh 14 hari melibatkan seramai 1,894 anggota tentera dengan 151 aset logistik Tentera Darat Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan mencemar duli berangkat meninjau dan menyertai SAR di tempat kejadian pada Selasa.
Mingguan Wanita : MW merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Majlis konvokesyen adalah hari paling bersejarah buat mereka yang bergelar mahasiswa. Ini masanya untuk mereka diraikan selepas beberapa tahun belajar di pusat pengajian.
Malah, hari paling bererti juga sebab dapat berkongsi bersama mak ayah yang turut hadir dalam majlis konvokesyen tersebut. Inilah masanya untuk membanggakan mak ayah atas kejayaan sehingga dapat merangkul scroll yang diimpikan oleh setiap pelajar.
Detik dan debaran sudah pastinya saat melangkah ke atas pentas. Tak kurang juga sorakan dan tepukan daripada mak ayah dan kawan-kawan seperjuangan di dalam dewan.
Sejak kebelakangan ini, bila sebut dewan anugerah apa-apa pasti ada sesuatu yang boleh menarik perhatian terutamanya aksi daripada pelajar itu sendiri. Namun, apa yang menarik perhatian dari perkongsian ini adalah aksi mak ayah pula.
Satu video di TikTok dikongsikan oleh Nurulmohdshah memaparkan aksi comel mak ayah mentuanya ketika menghadiri majlis konvokesyen anak mereka di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia hingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kamera yang sedang merakam suasana di dalam dewan itu sedang memberikan tumpuan pada tetamu yang hadir.
Menyedari kamera sedang fokus kepada mereka, pasangan ini terus mempamerkan peranti yang tertera ‘sedang mencari calon menantu’ sambil ketawa dan memaparkan gambar seorang gadis di dalam peranti lain.
Aksi itu juga membuatkan tetamu yang berada dalam dewan tersebut terhibur dan ketawa dengan gelagat mereka yang dikatakan ‘sporting’.
.
Perkongsian tersebut turut menjadi perhatian ramai kerana terhibur dengan pasangan itu dan menyifatkan mereka adalah ibu bapa yang ‘sporting’.
Mingguan Wanita : Terus yang bujang munculkan diri ni.
Tiada siapa yang menginginkan perceraian didalam perkahwinan yang dibina.Namun andai telah tertulis, perceraian tidak seharusnya menghalang hubungan dan ikatan antara anak-anak dengan mak mahupun ayahnya.
Ramai yang maklum Datuk Sri Aliff Syukri Kamaruzaman baru sahaja kehilangan ayah kesayangan yang telah menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung dan paru-paru berair.
Pernah berkongsi hidup dan menjalani kehidupan bersama, ibu kandung kepada pengasas kosmetik Dherbs Terlajak laris ini, Bonda Rozita Ibrahim ada berkongsi luahan dan catatan mengenai sifat baik bekas suami pertamanya, Kamaruzaman Kamaludin,59.
Berikut antara perkongsiannya;
“Saya bercerai dengan ayahnya tak memisahkan anak-anak.. saya nak anak-anak berjasa pada abah mereka. Dari perkahwinan pertama ni kami ada arwah ani dan syukri anak ke3.Yati sulung.
“Saya kesian sifat ingin tahu kabarnya sentiasa ada dalam diri saya.Selalu saya berpesan dengan anak saya “Jaga abah kamu sebaik-baiknya.. dia tak bahagia dan kamu sebagai anak kena balas budi dan bahagiakan dia. Sama ada dengan tenaga atau wang ringgit. kesian sangat dia kalau dizalimi orang lain sebab ayah kamu tak sekuat mak”
“Kami semua tak percaya dengan pemergiannya sebab sebelum ni arwah sakit tak jaga makan. Tak pantang dan tak buat pemeriksaan hospital. Kencing manis tak terkawal 2 bulan lepas mengadu sakit dada, datang ke rumah syukri seperti biasa dia mengziarahi anak lelaki kesayangannya.. dan setiap kali dia nak duit belanja makannya dia nak cari ketenangan nak manja-manja dia akan jumpa syukri atau yati”
“Anak-anak ni akan menyambutnya dan membeli apa keperluannya.Tak pernah meminta kelebihan wang ringgit atau emas permata. Cukuplah sekadar anak bagi makan dan bagi duit belanja untuk dia bersama keluarga barunya”
“Semoga yati dan syukri meningkatkan amalan dan mengirimkn sebanyak-banyaknya doa dan sedekah ayat suci Al Quran supaya arwah abah tenang di sana..Berusahalah jadi anak yang soleh kerana itu lah yang kemenangan kami sebagai ibu dan ayah”
“Arwah orang sopan dan baik sampai Doktor dan nurse sendiri tak pernah tengok pesakit seperti ini..!! sebelum melakukan pembedahan arwah sudah mengalami tekanan darah yang rendah dan jantungnya drop semakin lemah”
“Mungkin kerana arwah terlalu takut dengan pembedahan..strees jantung tak fungsi terus meninggal dunia.. apa yang menyedihkan kami semua dan mengejutkan kami.. arwah datang dan menceritakan dia sesak nafas sudah lama.. tapi bila check di hospital kerajaan semua kata tak ada penyakit apa”
“Bila syukri bawa kepada hospital swasta.. dikatakan jantungnya stage 3.. sayu bila syukri buka dompet tak ada langsung duit dalam dompetnya dan selalu syukri membebel kepadanya.. setiap kali bagi duit kepada arwah ayahnya tu akan memberikan sedekah kepada orang lain”.
MW: Setuju dengan pandangan bonda rozita ini. Walaupun bercerai, tetap menjaga hubungan baik dengan bekas arwah suami.Paling penting tidak memisahkan hubungan dan ikatan kasih sayang anak-anak dengan pasangan. Semoga roh arwahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Alfatihah.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...