Terkulat-kulat membaca kisah raya yang dikongsikan Puan Qhalida Qaseh. Tentang anak yang tak reti duduk diam bila dibawa bertandang beraya di rumah saudara mara. Bukan anaklah yang patut disalahkan seratus peratus, tapi sikap ibu bapa yang tak ambil endah pun bila anak melompat sini sana.
Ketika Mingguan Wanita menghubungi beliau minta keizinan kongsi semula kisahnya. Puan Qhalida memaklumkan postingnya itu tiada kena mengena dengan anak-anak autisme atau anak-anak pilihan Allah.
“Kisah ini lebih kepada mak pak yang merajakan anak-anak sebenarnya sehingga tiada adab.”
Ada keluarga bertandang kat rumah sedara aku
Anak dia hyper gila mak dia pula marah-marah macam tu jer. Takde nak tarik anak duk dengan dia diam-diam.
Berlari sana sini
Tiba-tiba gedegang!
TV PLASMA JATUH!
Berderaiii baii…
Serpihan berterabur
Terus sedara aku terpekik, TV tu dia beli 3999 baru dua bulan rasmi.
Cuak budak-budak tu terus berdiri belakang mak dia. Mak dia terkedu dah. Pak dia angkat buntot terus keluar rumah. Hareemmmm punya perangai.
Mak dia buat-buat marah lepas tu kata pergi kat ayah.
“Maaflah ye, suami tergesa-gesa keluar saya kena ikut nanti kena tinggal.”
Terus sedara aku keluar gi tarik laki dia
“Bang harga TV RM3999. Bayar sekaranglah ya. Saya kumpul 4 kali gaji. Kalau tak bayar jangan balik. Saya report polis dan cas datang ceroboh dan rosakkan harta benda.”
Terus laki dia diam. Bincang dengan bini.
10 minit datang balik kat sedara aku minta bayar RM2 ribu jer.
Sedara aku berkeras kata NO
Last-last bini dia gadai handphone dengan emas cukupkan RM3999
Petang tu juga settle.
Konklusinya di sini, kadang-kadang kita nampak benda remeh tapi besar impaknya kalau anak-anak kita tak dididik dengan akhlak dan adab bertandang.
Jangan kata “Ala.. budak-budak biasalah.”
Kerana di situ menunjukkan anda gagal mendidik.
Beranak pandai didik tak tahu.
Rentetan daripada perkongsian ini rupanya mendapat respond yang pelbagai daripada netizen. Ada yang mengaitkan posting itu dengan anak hyper atau anak autisme. Tegasnya, perkongsian itu sama sekali tidak dimaksudkan kepada anak-anak sebegini.
Kerana beliau juga mempunyai sepupu yang mempunyai anak sindrom down. Bila bertandang atau ketika dia berkunjung ke rumah sepupunya, adab anak itu kadang lebih baik dari kanak-kanak normal. Mak bapa mereka terbaik dalam bab mendidik.
“Yang menjadi masalah adalah ibu bapa yang normal dan mempunyai anak-anak normal tapi tidak terkawal (membuas bahasanya).”
Dan sikap anak-anak ini kerana endah tak endah ibu bapa tersebut.
√ Bila sampai rumah orang, mak pak duduk dan biarkan anak-anak lintang pukang entah ke mana. Anak-anak berlari buat bising, sepahkan barang dan masuk rumah tetamu ke hulu ke hilir, selongkar barang-barang dan buat apa saja mereka mahu.
√ Anak-anak tidak terkawal, tidak ambil peduli, tidak tarik sekejap tenangkan dan berikan perhatian atau amaran. Lantak depalah mereka ‘budak-budak’.
√ Bila terjadi musibah, hat hat ini kena perhati ni. Bagaimana sikap ibu bapa ini handle? Terus lari atau buat apa? Jika anda ibu bapa bijak, tarik anak, marah sebentar dalam situasi terkawal. Pergi minta maaf bersungguh-sungguh. Kau berbudi, orang berbahasa. Cuba bersihkan kekacauan anak anda. Bincangkan apa perlu jika barang tersebut berharga.
Sikap tidak peduli tuan puan
Sifat yang anak buat apa saja takpe kerana mereka anak-anak
Tak malu ke orang kata anak kita teruk dan buas tidak beradab?
Kalau mereka kata begini selalunya siapa disalahkan?
Kalau anda yang diganggu pastinya anda marah begitu juga MANUSIA LAIN YANG MENGHUNI BUMI INI.
TETAMU MEMBAWA RAHMAT Allah. Jadi jagalah agar kita tidak bermusuh dan saling hormat menghormati.
Posting saya ini tidak kata anak-anak autism atau hyperaktif yang memang disahkan betul-betul mereka itu special.
Rata-rata manusia ni pastinya ada perasaan kesian dan itulah yang patut diterapkan.
Jika anak-anak tidak beradab siapakah patut disalahkan?
Sumber/Foto : Qhalida Qaseh