Mudah rupanya nak buat seluar kecil, boxer atau panties untuk anak-anak. Bila buat sendiri boleh pilih jenis kain yang selesa dan pelbagai jenis corak yang lebih menarik berbanding beli di pasaran. Malah lebih jimat dan berbaloi.

Bagi mak-mak yang ada mesin jahit di rumah, boleh cuba buat sendiri seluar kecik ni untuk anak. Ikut pola dan tutorial mudah yang dikongsikan oleh Tukang Jahit Puan Asfaniza Nieza ini sebagai rujukan.

“Suka dak tengok comel-comel ni. Dapat buat sendiri seluar kecik anak. Senang juga rupanya.Seronok pulak buat.Meh la buat sendiri siapa nak buat sis kongsi pola yang ni saiz 7-8 tahun lah.”

Ok pada yang bertanya macamana nak sambung boxer (girls), boleh tengok di dalam ni ada cara macam mana sis jahit. Mudah sangat. Bole try buat untuk anak sendiri.

Bahan Di Perlukan:

Guna kain knit cotton , cotton lycra , knit jersey, dan seangkatan dengan kain tshirt.

Getah panties atau getah foe

Tutorial Mudah Jahit Sendiri SELUAR KECIK Anak, Senang Juga Rupanya

Pola:

Tutorial Mudah Jahit Sendiri SELUAR KECIK Anak, Senang Juga Rupanya

Cara Membuat:

Tutorial Mudah Jahit Sendiri SELUAR KECIK Anak, Senang Juga Rupanya

1.Potong 2 keping ikut pola dan 2 keping yang kepingan kecil.

2.Dah siap potong tandakan macam dalam gambar.

3.Yang bertanda pencil mesti ditengah ye.Mula jahit sekeping dulu.

4.Ok dah sampai ditanda tadi pusing dan jahit habis.

5.Siap sebelah buat lagi sebelah.

6.Jadi begini.Ingat jangan ketap dengan gunting yang bertanda tadi..nanti mudah pecah..biar ja.

Tutorial Mudah Jahit Sendiri SELUAR KECIK Anak, Senang Juga Rupanya

7.Jahit lagi sekeping kepingan kecil tadi. Bahagian tu perlu 2 keping ye..jahit ikut dalam gambar.

8.Ok sambung lagi sebelah.

IKLAN

9.Tolak masuk kain tu biar duduk di tengah.

10.Macam ni dan jahit sebelah lagi.

11.Dah siap jahit boleh tarik keluar.

12.Ta da. Jadi lah macam ni.Ini sebelah dalam.

Tutorial Mudah Jahit Sendiri SELUAR KECIK Anak, Senang Juga Rupanya

13.Ini sebelah luar.

14.Ok dah siap sambung boleh jahit tepi dulu ya.

15.Dah siap jahit tepi, jahit mati bahagian bawah, buat 2 line.

16.Jahit kemas-kemas ye.

17.Dah siap jahit 2 line.

18.Baru jahit yang tepi..jahit sebelah saja dulu ye.

IKLAN

Tutorial Mudah Jahit Sendiri SELUAR KECIK Anak, Senang Juga Rupanya

19.Ambil getah. Kalau guna getah macam ni kurangkan getah dari ukuran pinggang 2 inci ye.Tanda tengah getah.

20.Pin dulu sama sama tengah.

21.Mula jahit kain atas getah.

22.Satu tapak ja jahit.

23.Tarik kain perlahan ja dan jahit perlahan-lahan ye.

24.Siap begini.

Tutorial Mudah Jahit Sendiri SELUAR KECIK Anak, Senang Juga Rupanya

25.Selepas itu lipat getah atas kain jahit sekali lagi. Perlahan-lahan ye.

26.Siap begini.

IKLAN

27. Baru jahit tepi sebelah lagi.

28.Kalau guna getah macam ni, kurangkan getah dari ukuran pinggang dalam 1″ @ 1″ setengah ja.

29.Bahagian pinggang kain perlu jahit tepi dulu ye kalau guna getah ni.

30.Jahit 2 line ye.

Tutorial Mudah Jahit Sendiri SELUAR KECIK Anak, Senang Juga Rupanya

33. Sama juga kena tarik dan jahit.

34. Siap!

35.Jahit tepi sebelah lagi dan alihkan.

36. Bole hias dengan riben di depan….Cantik dak.

Tutorial Mudah Jahit Sendiri SELUAR KECIK Anak, Senang Juga Rupanya

Dari kecik 2 tahun sampai 8 tahun.

Tutorial Mudah Jahit Sendiri SELUAR KECIK Anak, Senang Juga Rupanya

Baca Lagi Di Sini:
Gunting Kain Pleated Lekat Masking Tape Dulu, Tak Perlu Jahit Jelujur!

Jahit Leher Baju Lebih Kemas, Jimat Masa & Tak Payah Sembat!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak bolehlah cuba buat sendiri seluar kecik untuk anak. Lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.

Sumber: Asfaniza Nieza

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI