Menyiang ikan walaupun nampak mudah, namun jika salah caranya isi ikan boleh hancur dibuatnya. Selain menggunakan pisau, ada cara mudah, senang dan cepat untuk menyiang ikan dengan menggunakan gunting.
Ikut cara mudah yang dikongsikan oleh Awang Dapur ini sebagai panduan.
1. Kepak bahagian kepala ikan.
2. Guntingkan pada 3 bahagian.Mula-mula, gunting bahagian tengah leher ikan.
3. Kemudian gunting bahagian atas leher ikan.
4. Selepas itu, potong bahagian perut ikan.
5. Kemudian, tarik perlahan-lahan dari dasar insang dan isi perut ikan.
6. Kemudian boleh lah cuci.
7. Boleh juga gunting bahagian sirip, mulut, ekor atau kepala ikan bergantung kepada stail masing-masing.
Siap! Selamat Mencuba.
@awangdapur Replying to @🐯_THV_🐯DQ Tips no 17: Siang Ikan Guna Gunting #awangdapur #fyp #tipsdapur #carasiangikan #reseptiktok #resepimudah ♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound
Mesti Baca:CARA Mudah Siat ‘Jaket’ IKAN CENCARU Guna Tuala, Tak Tercarik Isinya!
Baca Lagi Di Sini:Tip Mudah Hilangkan Hanyir Ikan Patin, Masa Siang Buang Urat Putih!
Artikel Menarik:Jadilah Suami Mahir Beli Ikan Di Pasar, Siang Dan Simpan Elok Dalam Peti Ais
Mingguan Wanita:Mudah je siang ikan guna gunting berbanding pisau seperti yang ditunjukkan ini. Ikan pun elok cantik disiang isi pun tak hancur.
Sumber: Awang Dapur
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cucuk Cengkih Pada Limau Nipis, Betul-Betul Menjadi Petua Halau Lalat Ni
Isi Kandungan
ToggleMemang geram dan geli bila lalat berkerumun dan hinggap pada makanan yang dihidang. Apatah lagi jika lumrahnya lalat merupakan serangga yang kotor. Jika dah cuma macam-macam cara tapi tak berjaya boleh cuba petua halau lalat ni. Guna bahan semulajadi limau nipis dan cengkih je, betul-betul menjadi dan berkesan dengan petua ni.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Halau Tikus Di Rumah, Guna BAHAN DAPUR Memang Berkesan, Tak Perlu Ubat!
Petua Nak Kurangkan Rasa Pedas Dalam Masakan, Kena Tambah Bahan Ini!
Info Lebih Menarik DI SINI
Cara Halau Lalat
Berikut perkongsian Puan Norakmal Razali sebagai panduan;
“Kampung kami macam diserang sang lalat. Rumah kami laaa, rumah orang lain tak tau la pulak diserang ke tak. Kebetulan ada buah limau nipis, ku belah-belah ku cucuk cengkih, letak atas meja”
“Eh eh tau pulak ko takut ya lalat. Betul-betul menjadilah petua ni. Ada yang pernah buat ke?”
Baca Lagi Di Sini: Petua Orang Arab Atasi Kelemumur, Rambut Gugur & Berminyak Guna Cengkih
MW: Jadi kalau ada masalah banyak lalat dekat rumah tu boleh cuba bahan semulajadi guna cengkih dan limau nipis je. Petua yang cukup mudah, jimat kos malah berkesan! Kena cuba.
Sumber: Norakmal Razali
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Anak TAK SIHAT Bawalah Keluar, Nikmati Matahari, Tanah Bukannya Terkurung Dalam Rumah!
Isi Kandungan
ToggleBila anak tak sihat, mulalah mak-mak tak ‘senang duduk’. Kejap check suhu, lapkan badan. Kiranya mak-mak dalam tempoh berjaga-jaga, takut makin teruk.
Masa ini jugalah, bila anak tak sihat, rasa nak keluar berjalan pun tak berani dan selesa duduk rumah saja. Begitulah mak-mak kerisauan yang boleh buat tak tidur malamlah.
Sebenarnya, jangan takut nak bawa keluar rumah bila anak tak sihat. Inilah masanya, ikhtiar baru untuk anak selain daripada pengambilan ubat doktor. Tak kiralah anak demam, batuk atau selesema. Fahami apa yang dikongsikan oleh Mazliana Mazlan ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Anak Demam, Batuk, Selesema, Mandikan 3 KALI SEHARI, Buang Haba Panas
Pesan Doktor, Jangan Pakai Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam, Elak Risiko SAWAN
Anak Tidak Sihat, Bawalah Keluar Tengok Matahari, Tanah
Bawa anak keluar cari matahari dan tanah bila batuk dan selsema.
Kalau dulu kita tak berani bawa anak keluar rumah bila sakit, sekarang kita kena ubah pula. Lagi anak tak sihat, lagi kita bawa keluar. Tapi masih dalam keadaan berjaga gitu.
Cari ikhtiar baru, kalau anak asyik batuk tak henti-henti, hidung pulak berair selalu.
Baru ni anak saya batuk. Seharian jemur kat luar. Dari pagi sampai petang. Waktu terik sangat, duduk bawah pondok dan dia tidur. Masih di luar rumah.
Masya Allah, dalam masa 3 hari je dah selesai batuk berkahak dia. Fuh, hebatkan Allah ciptakan alam pun boleh jadi asbab penyembuhan buat anak.
Ubat Paling Power
Kalau nak tahu, matahari dan tanah inilah ubat paling power. Percuma pula tu. Rugi sangat kalau kita tak ambil peluang kan.
Lebih masa di luar rumah, lebih terdedah dengan matahari, lebih banyak vitamin D yang kita dapat, lebih cepat anak nak sembuh, insya Allah dengan izin dariNya.
Bila bersentuhan dengan tanah pulak, berlakunya perpindahan cas-cas antara tanah dan tubuh badan. Dapat kurangkan keletihan dan keluarkan hormon bahagia buat anak.
Bila bahagia dan tak stress, cepatlah sembuh bila sakit kan.
Boleh cuba tau. Ramai sangat tanya pasal anak tak sihat. Apa saya share, kadang menjadi, kadang mungkin tak menjadi. Ikut keserasian dengan anak-anak kita.
Kalau mak-mak dah buat semua, tapi masih tak menjadi, jom cuba bawa anak cari nikmat matahari pulak. Mana tahu di situ ada penyembuhan buat anak-anak kan.
Kita cuba sama-sama ya, carikan jalan terbaik untuk penyembuhan anak secara menyeluruh, insya Allah.
Mingguan Wanita : Kita sekadar berusaha. Tapi jangan lupa kena dapatkan rawatan doktor juga kalau tidak ada apa-apa perubahan.
Sumber: Mazliana Mazlan
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara BETUL Tanam Pandan, Guna Keratan Berakar Atau Pucuk Pangkal Pokok!
Isi Kandungan
ToggleDaun pandan mempunyai aroma wangi yang tersendiri dan sering digunakan dalam masakan harian mahupun pembuatan kuih muih. Tapi selalunya kita nak gunakan daun ni sikit je mungkin sehelai dua, jadi eloklah tanam sendiri pokok pandan ini di rumah. Jimat dan taklah terbuang membazir.
Namun nak tanam pokok pandan ada cara yang betul, barulah ia mudah ‘hidup’, daun lebar dan subur. Boleh gunakan samada keratan berakar atau pucuk pangkal pokok, malah boleh juga ditanam dalam pasu mahupun terus dalam tanah.
Jadi sebelum tanam Pokok Pandan, kena ada ilmu dan asas dalam menanamnya.
Cara Tanam Pandan Dengan Betul dan Mudah
1. Keperluan Asas Tanaman Pandan
Tanaman ini tidak rumit untuk diusahakan kerana ianya mudah tumbuh di atas apa-apa jenis tanah berikutan daripada ciri akarnya iaitu akar udara.
Ianya tidak rumit dari segi suhu, pH, kelembapan, taburan hujan dan sebagainya. Akan tetapi, untuk jaminan kesuburan dan kualiti hasil yang terbaik, ianya perlu diusahakan di kawasan tanah lapang dan mempunyai kadar naungan terhadap matahari yang sederhana.
2. Penyediaan Campuran Tanah
Ianya sesuai pada pelbagai jenis tanah. Tiada sebarang kekangan untuk mengusahakan penanaman secara terus ke tanah, dalam polibeg ataupun pasu.
a) Tanam Dalam Pasu
Untuk penghasilan yang terbaik, saya mengesyorkan menggunakan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Kemudian, penuhkan pasu ataupun polibeg dengan mengisi tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari bahagian permukaan sebelum ditanam.
b) Tanam Terus Dalam Tanah
Untuk secara terus atas tanah, sediakan lubang berukuran 25cm x 25cm dan benih pandan sudah boleh terus ditanam.
3. Cara Menanam Benih Pandan
Pertama sekali, penyediaan benih perlu dilakukan. Boleh memilih samada mahu menggunakan keratan yang berakar ataupun menggunakan pucuk pangkal pokok.
Kemudian boleh terus tanam pada tanah, polibeg ataupun pasu seperti yang dinyatakan tadi dengan memasukkan pada lubang yang berukuran 25cm x 25cm.
Seterusnya, timbus dan padatkan tanah keliling bersama dengan benih pandan. Akhir sekali, siram benih yang ditanam pada kadar yang mencukupi sehingga kelihatan basah dan lembap.
4. Penyiraman
Siram tanaman sebanyak 2 kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang. Keperluan air perlulah mencukup bagi memastikan daun yang terhasil lebih lebar dan kekal subur.
5. Penjagaan
Bagi mengelakkan serangga perosak, haiwan berbahaya dan penyakit serius pada pokok pandan, penting mencantas daun kering dengan kerap. Sekiranya tidak dilakukan, berkemungkinan kawasan tanaman akan mengundang kehadiran haiwan tidak diingini seperti ular, tikus dan sebagainya.
Jika telah tumbuh tunas baru pada rumpun yang sama, potong sahaja rumpun yang lama dan pindah untuk penanaman baru.
Sebagai langkah kawalan rumpai, cabut dan buang rumpai yang tumbuh di keliling pokok. Sebaiknya gunakan kaedah manual samada menggunakan tangan ataupun mesin rumput. Ini bagi mengelakkan tempias semburan racun secara terus yang boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap pokok pandan.
6. Pembajaan
Tabur baja dengan menggunakan baja NPK (21:21:21) yang dikhaskan untuk pertumbuhan daun. Baja perlu digunakan sebanyak 5g sepokok bagi tanaman dalam pasu ataupun polibeg dan 10g sepokok bagi tanaman di atas tanah.
7. Penuaian
Daun boleh dipetik selepas 12 bulan ditanam dengan memotong bahagian pangkal rumpun menggunakan pisau yang tajam. Untuk pemprosesan yang lebih baik, sebaiknya pangkal tersebut dibuang terlebih dahulu.
Semoga bermanfaat!
Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
Cara BETUL Buat Pes Pandan, Kena Tunggu Air Mendapan Tiga Malam!
Buat Air Rebusan Pandan Bantu Buang Angin Dalam Badan, Bajet Murah & Berkesan!
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika nak tanam pokok pandan, boleh ikut tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Siti Rokiah Che Hat
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI