Tutorial Membalang Di Rumah, Masakan Ibu Anak Bawa Balik Asrama Tahan Berbulan! Bagi anak-anak yang tinggal di asrama mahupun kolej penginapan di universiti sebenarnya tetap boleh menikmati masakan ibu dengan kaedah membalang.
Malah ikut teknik ini masakan yang dimasak tak basi pun, malah mampu tahan berbulan, walaupun diletakkan pada suhu bilik. Menarik kan! Memang jimat duit anak-anak tak perlu beli makanan di luar, malah jimat masa pun iya.
1. Selepas masak lauk, masukkan ke dalam balang kaca yang telah disteril.
2. Jangan masukkan penuh, memadai hanya paras ‘bahu’ balang kaca.
4. Selepas itu tutup balang kaca ketat-ketat dan masukkan ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 20 minit menggunakan air yang telah mendidih.
6. Bila dah siap buka penutup periuk kukus, keluarkan balang dengan berhati-hati sebab sangat panas.
7. Pastikan penutup balang akan sedikit menaik.Iaitu macam kembung sikit. Kalau tak kembung, membalang mungkin tak jadi.
8. Biarkan sehingga sejuk, penutup balang sedikit melengkung.
Siap! Selamat Mencuba.
Siapa yang sesuai buat membalang?
Kita perlu work smart bukan work hard.
Semoga bermanfaat!
Pelbagai pilihan saiz balang kaca harga berpatutan boleh dapatkan di sini: https://invol.co/clh41rp
Baca Lagi Di Sini: Cara BOTOLKAN Produk Sambal Tanpa Guna Bahan Pengawet, Boleh Tahan 6 Bulan!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sangat menjimatkan masa dan duit kerana tak perlu lagi beli makanan di luar. Hanya perlu guna kaedah membalang sebegini.
Sumber: Maisarah Marzhuki
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.