Turunkan Berat Badan TANPA Kawal Nafsu Makan, Cuba Cabaran Ini. Gerenti Kurus

Share

Bukan mudah nak dapatkan berat badan ideal masa zaman anak dara dulu. Kalau mak-mak yang masih maintain, bersyukurlah. Tak perlu risau nak makan itu, nak makan ini kan! Kadang-kadang, dah buat macam-macam tapi tetap berat badan tak juga turun. Malah, makin bertambah.

Sebenarnya, kalau nak turunkan berat badan, mak-mak kena betul-betul istiqamah. Jangan hari ini diet, esok diet ke laut. Memang tak kuruslah.

Siti Amirah Shalihin, pakar dietitian turut berkongsi tip untuk mak-mak yang betul-betul nak kurus. Boleh cuba cabaran ini dalam masa dua minggu. Nanti tengok keberkesanannya.

Tip Untuk Anda Yang Susah Nak Kawal Nafsu Makan

Mulakan dengan SALAH SATU cabaran ini SELAMA 2 MINGGU dahulu:

1. Nasi segenggam sahaja setiap kali makan. Ambil nasi maksimum 3 kali sehari sahaja. Kalau yang jenis makan nasi penuh pinggan sebelum ni, confirm betulkan portion nasi je boleh lost banyak kg!

2. Pilih nasi putih (beras perang lebih baik) berbanding nasi goreng, nasi briyani atau nasi minyak. Begitu juga dengan mi/mihun/kuey teow, pilih sup berbanding menu bergoreng. Pilih pilihan yang tidak berminyak. Especially yang suka tapau/makan dekat kedai.

3. Pilih air kosong. Air kosong ais tak ada masalah. Kalau sejenis minum kopi dengan gula setiap pagi tak apa sekali sehari asal bukan 3 in 1.Sepanjang hari nak minum teh lemon ke apa ke okay je. Asal no sugar dan cukupkan keperluan minimum 2 liter sehari.

4. Kuah bersantan atau sambal tumis ambil 2-3 sudu sahaja. Ambil yang ada pada lauk sahaja adalah lebih baik.

5. Tiada ayam goreng. Pilih ayam masak sup, tomyam, ayam bakar, masak singgang. Kalau banyakkan lauk ikan bakar lebih baik. Ikan rendah kalori berbanding ayam.

Tempoh 2 minggu lepas tu, kalau dah kuat pilih cabaran seterusnya pula. Teruskan sikit-sikit bina habit baru, tak perlu semua nak ubah dalam satu malam.

Baca Artikel Lain Di Sini 12 Menu Diet Campak-Campak Overnight Oats, Sedapnya Makan Sarapan Pagi

Tip & Menu Diet Sihat Boleh Turunkan Berat 3-5kg Sebulan!

Info Menarik DI SINI

Tambahan Tip

FAKTA DIET & TIDUR

1. Waktu tidur yang tidak cukup (5-6 jam) berisiko untuk naik berat badan.

2. Waktu tidur yang terlebih (9-10 jam) pun berisiko untuk naik berat badan.

3. Bukan sahaja berat badan naik, ukur lilit pinggang dan komposisi lemak dalam badan pun sama naik!

4. Tidur yang tidak mencukupi menyebabkan hormon lapar bertambah dan hormon kenyang berkurang. Selalu lapar bukan sebab saka, boleh jadi sebab kurang tidur!

5. Tidur yang tidak mencukupi menyebabkan kita craving makanan tinggi lemak dan gula! Siapa stay up selalu suka menguyah tengok balik apa anda makan.

6. Kurang waktu tidur menjadikan tubuh lesu dan penat, sukar untuk konsentrasi dan kekal aktif.

7. Semakin lama semakin ramai yang kurang waktu tidur, banyak faktor mempengaruhi.

8. Waktu tidur yang ideal adalah 7-8 jam sehari.

9. Selain jaga kalori, wajib juga jaga waktu dan kualiti tidur.

MW: Kalau betul-betul nak kurus, cubalah sahut cabaran ini. Selamat maju jaya.

Sumber: Siti Amirah Shalihin

Published by
Nora