Siapa kata nak bersenam kena pergi gym mahupun berjogging di taman je. Aktiviti turun naik tangga di rumah pun boleh jadi senaman paling senang cepat bakar kalori dan baik untuk kesihatan jantung. Aktiviti berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh membentuk otot di bahagian bawah badan dan meningkatkan kadar kesihatan jantung.
Menaiki tangga merupakan aktiviti senaman yang mampu meningkatkan tahap kecergasan, jantung akan mengepam laju dan sistem dalam badan berfungsi dengan baik. Kaki juga akan menjadi kuat kerana menaiki tangga ada melibatkan bahagian otot terutama dibahagian betis dan juga peha.
Nilai Kalori Terbakar
Seseorang yang memiliki berat 160lb (73kg) dapat membakar 26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori terbakar! Untuk lebih mudah boleh gunakan online ‘calorie calculator’ untuk kira berapa banyak kalori yang terbakar dengan menaiki tangga setiap hari.
Cara-Caranya:
1. Cuba mulakan dengan mendaki 25 anak tangga terlebih dahulu, kemudian boleh teruskan anak tangga yang seterusnya mengikut kemampuan anda sendiri. Berhenti seketika jika rasa penat dan jangan terlalu memaksa diri. Tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan.
2. Kedudukan badan anda juga perlulah betul semasa menaiki tangga bagi mengelakkan sakit di bahagian tulang belakang. Pastikan belakang badan lurus dan halakan badan kehadapan sedikit bagi mengelakkan anda terjatuh ke belakang.
3. Mendaki dua anak tangga sekali gus pada satu masa adalah latihan yang baik untuk otot kaki utama (terutamanya quadriceps) dan punggung (otot gluteal). Tetapi mereka yang mempunyai masalah lutut perlu berhati-hati dengan langkah ini. Jika kaki pendek, mungkin risiko mencederakan otot paha.
4. Melangkah menuruni tangga juga adalah senaman yang baik. Ia menggunakan paha-otot quadriceps dan sedikit sebanyak, hamstrings. Berhati-hati dan jangan terlalu mengunci lutut ketika anda turun ke bawah. Jika anda terlalu banyak menuruni tangga atau bukit, lutut dan quadriceps anda akan berasa sakit walaupon kesakitannya akan berkurangan dengan melakukan senaman ini secara praktis.
5. Untuk meningkatkan kecergasan,selang selikan langkah dengan satu dan dua anak tangga pada kadar yang sederhana dengan selang ringkas pada kadar yang lebih cepat.
Ektra Tip!
1.Untuk lebih bermotivasi dan elakkan terlupa, boleh tampalkan nota untuk melakukan senaman ini berhampiran tangga rumah.
2.Pilih waktu yangb paling selesa contohnya, setelah selesai melakukan kerja-kerja rumah dan sebelum tidur malam.
3.Anggap ia aktiviti yang menyeronokkan dan tidak menganggap ia satu ‘senaman’.
4. Jika berada di pejabat mahupun pusat membeli belah, pilih menaiki tangga berbanding menaiki lif atau escalator.
5. Biar aktiviti turun naik tangga ini dilakukan sedikit, namun konsisten dilakukan setiap hari.Setkan setiap hari contohnya mesti dilakukan 20 kali, selama 15 minit pun sudah memadai untuk mengeluarkan peluh dan membakar kalori pada badan.
Selamat Mencuba!
Sumber:livestrong
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI