‘Tunjal Kepala, Cuba Buat You Marah, Tapi Tak Marah-marah’ - Nubhan

Akhirnya terjawab sudah rakaman video penyanyi Nubhan Ahamad berkasar, tunjal kepala isteri di tempat umum, adalah sempena ‘surprise’ ulang tahun perkahwinannya yang kelima bersama isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Walaupun Nubhan tersalah mengingati tarikh ulang tahun perkahwinan mereka, namun prank itu benar-benar membuatkan isterinya dalam kejutan yang teramat. Sehingga, menangislah dibuatnya.

Baca sini : Video berkasar dengan isteri, Nubhan Mohon Beri Ruang Untuknya Bertenang

Tapi, kesabaran isteri begitu tinggi. Hinggakan, Nubhan sendiri akui, yang dia terpaksa berkasar sedikit dengan menunjal kepala isterinya kerana mahu buat isterinya marah. Sayangnya, isteri tetap tidak marah.

Biarpun terpaksa berkasar begitu dengan isteri, Nubhan akui perasaan bersalahnya pada isteri tak habis lagi sampai ke sudah.

Ini Jawapan Nubhan Tunjal Kepala Isteri

Kongsi Nubhan,

Kisah sebenar “LELAKI DAYUS”

IKLAN

“Sorry sayang @drfietawfek sebab I tertunjal kepala you. I cuba nak buat u marah…tapi u tak marah-marah. I dah jam… sebab tu terpaksa berkasar sikit….sampai sekarang i rasa bersalah ni.

As u wish! U nak sangat hadiah ni… hope you happy! Sorry jugak sebab tersalah date anniversary. Mungkin masalah hakiki lelaki suka lupa date ni tak dapat dipisahkan. Sepoz bulan ogos. I ngatkan July.

Good luck for ur business @lantarabeauty i will support you love.

Full video di youtube channel saya “NUBHAN AHAMAD” Jangan lupa subscribe ok!

IKLAN

Nubhan Hadiahkan Isteri Kereta Idaman

Dalam channel YouTubenya itu, Nubhan jelaskan apa yang bakal dilakukan (berkasar) ke atas isterinya adalah dusta semata-mata.

Kejap lagi kita nak prank. Saya dah sebak ni, saya minta maaf sayang kalau saya berkasar.” Kata Nubhan yang tak sanggup sebenarnya nak buat semua itu.

Tambahnya, dia sendiri lebih rasa takut untuk melakukan tugasan itu memandangkan dia sendiri tak reti nak gaduh. Dalam pada, Nubhan memujuk isteri yang masih dalam kejutan itu, sekali lagi Nubhan buat kejutan dengan menghadiahkan isteri kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Velfire berwarna hitam pada isterinya.

IKLAN

Itulah yang isterinya pernah hajatkan sebelum ini, katanya mahu bawa anak-anak.

Memang bukan calang-calang prank Nubhan suprisekan isteri ini. Apa pun semoga pasangan yang terkenal dengan sweet and loving couple ini kekal bahagia disamping anak-anak tercinta.

Bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam ini dan isteri mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015. Dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.

MW : Mujurlah cuma lakonan, tapi tetap berderau darah menyaksikannya. Bergurau suami isteri pun salah satu petua bahagia rumah tangga.

Sumber/Foto : Nubhan Ahamad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI