Biarpun sudah enam tahun berlalu, tragedi kebakaran rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh tetap menjadi igauan untuk ibu ni, Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hajah Hasmiza Othman.
Kerana, tragedi itu mengorbankan dua orang anak lelaki usahawan kosmetik terkenal ini, Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11 (ketika itu) dan adiknya, Edrie Zikrie, 10 (ketika itu). Yang ditemui lemas berpelukan dalam bilik mandi.
Setiap hari, ibu ini tak putus doa untuk arwah anak-anaknya; ‘Moga anak-anak menantinya di syurga tertinggi’. Catatan terbaru, Datuk Seri Vida ketika ziarah kubur anak-anaknya di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh mengundang sebak di hati.
Tulisnya,
Al Fatihah kepada 2 putera saya.
Yang sentiasa saya rindui..
Lately sangat terkenangkan mereka.
Kalau masih ada di dunia ni,
Abang Eddie umur 17
Adik Edrie umur 16
Dah 6 tahun mereka pergi
Dalam tragedi kebakaran rumah staff saya.
Bulan Ramadan.
Mereka tak terbakar.. lemas asap.
Berbaring kaku berpelukan dalam tandas.
Bawah sinki.. lemas asap.
Masa tu.. nyawa saya juga terasa di hujung tanduk.
Terkejut.. sedih.. sampai ke akhir saya tak tengok wajah mereka dalam kain kapan. Tak boleh.. cukuplah.. memori bersama mereka masa masih hidup.. pakai baju baru.. baju raya..
Kalaulah mereka masih hidup
Dah boleh tolong Mama niaga.
Masa tulis captions ni,
Tekak rasa cekik.
Terlalu sayu..
Saham Mama di akhirat.
Tunggu Mama di syurga tertinggi ye sayang.. seperti yang selalu didoakan.
Betapa bertuahnya keluarga yang punya semua ahli keluarga di dunia ini.
MW : Al Fatihah.. semoga arwah Eddie dan Edrie ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dan Allah makbulkan doa ibu yang tidak pernah putus itu. Amin.
Sumber/Foto : datoserivida