
Isi Kandungan
ToggleTunang Suka Berhutang. Golongan wanita janganlah jadi bodoh ya, jika tahu bakal suami punya masalah kewangan janganlah susahkan diri.
Pada hari ini banyak kes yang kita dengar wanita yang bekerjaya terpaksa menanggung suami yang tidak bekerja dan mempunyai hutang keliling pinggang.
Jadilah wanita bijak ya! Takut nanti hidup merana lepas berkahwin kerana terpaksa menanggung ‘biawak hidup’.
Tunang Suka Berhutang, Wanita Tolong Jadilah Cerdik! FB
Seperti mana perkongsian dari Facebook saudara Mohd Ezairol Rezan Zainol ada benarnya. Wanita hari ini kebanyakkannya berpelajaran tinggi dan janganlah susahkan masa depan sendiri dek kerana tersalah memilih teman hidup.
“Cinta itu kadangkala boleh membutakan mata. Jadilah cerdik agar diri kita tidak diperguna.🥰
Zaman sekarang sebelum decide nak terima pasangan kita tu, selain dari check darah kat klinik untuk ujian HIV, kena semak juga ctos report depa dahulu.
RM25 je kalau kita beli online tau… Kalau depa banyak alasan nak beri, hati²lah. Something fisshylah tu.😅
Fikir 10,000 Kali Sebelum Berkahwin
Kalau bakal pasangan jenis suka berhutang dan tak pandai uruskan kewangan, baik adik fikirkan 10,000 kali sebelum nak terima dia jadi teman hidup kita.
Takut nanti kita terpaksa bela biawak hidup yang menyusahkan hidup kita dikemudian hari…😓
Zaman sekarang semua orang nak cepat…Cepat senang, cepat kaya dan nak cepat bebas dari masalah kewangan.
Maka jalan termudah adalah mencari pasangan yang berduit atau mudah membuat pinjaman, begitulah modus operandinya.
Ingat dik,
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian kena kejar Ah Longlah jawabnya…
Silap² ditinggalkannya kita begitu saja,” nasihatnya.
Baca Disini : Take Off & Landing, Juruterbang Hanya Ada MASA 4 MINIT Kendali Pesawat. Selamat Atau Terhempas
Bukan Semua Lelaki Itu Sama, Ramai Suami Baik “Pastikan Anak Isterinya Tak Lapar Di Rumah”
Mingguan Wanita: Jangan mudah terpedaya dengan lelaki yang suka berhutang!
Sumber : Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol
Sumber Foto : CANVA
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nekad Letak Jawatan Pengurus, 18 Tahun Pilih Berniaga Tepi Jalan Demi Besarkan Sendiri Anak-Anak!

Isi Kandungan
ToggleNekad Letak Jawatan Pengurus, 18 Tahun Berniaga Tepi Jalan Demi Besarkan Sendiri Anak-Anak! Begitulah kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu yang dikenali sebagai Puteri Azie sehingga sanggup melepaskan jawatan terakhir sebagai Pengurus Eksekutif Kewangan di sebuah syarikat kira-kira 18 tahun yang lalu.
Ibu kepada 3 orang anak lelaki ini memilih untuk berniaga nasi bungkus di tepi jalan demi membesarkan sendiri anak-anaknya selepas kematian suami.
Nekad Letak Jawatan Demi Anak-Anak
Wanita berusia 44 tahun itu berkata, dia nekad meletak jawatan selepas salah seorang daripada anaknya tidak sihat.
“Saya mula rasa nak berniaga semasa anak kedua demam dan pada masa sama sedang mengandungkan anak ketiga.
“Melihatkan anak kedua demam dan dia tak mahu dengan saya melainkan pembantu rumah, ia menyebabkan saya terdetik dalam hati… kalau keadaan berterusan saya pergi kerja pagi dan balik petang, esok-esok nanti anak saya letak saya di rumah orang tua.
“Masa tu saya tak boleh cakap apa-apa sebab dia sendiri tak dapat kasih sayang daripada saya,” luahnya yang kemudian mula berniaga pada usia 26 tahun.
Berniaga Selepas Suami Meninggal
Memilih berniaga di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor, ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, nasi kerabu jualannya mula bertapak di sekitar kawasan tempat tinggalnya sahaja. Jelasnya, pada masa itu, dia mula membuat flyers untuk diedarkan dari pintu ke pintu rumah seolah-olah mempromosikan produk jualan.
“Saya mula berniaga selepas suami meninggal. Saya buat apa sahaja kerja yang boleh bantu untuk besarkan anak-anak tambahan pada waktu itu terdapat sedikit kesulitan.
“Jadi saya mulakan dengan fotostat flyers dan edarkan di kawasan apartment tempat saya tinggal, dari rumah ke rumah.
“Apabila balik kerja, mereka terus order dan bermula dengan 10 tempahan makanan disediakan. Ia semakin bertambah, maksudnya masakan saya orang boleh terima.
“Pertambahan tempahan makanan membuatkan saya terdetik untuk pergi keluar. Semasa membeli burger di Seksyen 13 Shah Alam, saya bertanyakan jika boleh berniaga di situ,” ceritanya.
Urusan Berniaga Tepi Jalan Dipermudahkan
Menurut anak jati Tanah Merah di Kelantan, urusannya untuk mula berniaga di tepi jalan dipermudahkan.Malahan, dia dibantu oleh seorang peniaga durian yang meminjamkannya generator, meja dan khemah untuk memulakan jualan.
“Saya tanya peniaga durian dan dia bagi saya berniaga di situ. Siap bagi saya duduk tempat dia.
“Dia cakap guna khemah dan generator dia sebab saya berniaga petang hingga malam. Saya hanya perlu bawa makanan yang nak jual, meja dan kaki meja pun dia bagi.
“Apabila dah berniaga tu, Alhamdulillah bulan pertama saya dapat simpan RM13,000,” katanya yang terpaksa mengendong anak-anak yang masih kecil untuk turut berniaga pada ketika itu.
Anak-Anak Berjaya Sambung Pelajaran
Bersyukur dengan rezeki yang diberikan, Azie turut merasa gembira kerana hasratnya untuk berada bersama anak-anak tercapai. Berkat usaha gigihnya, anak pertama dan kedua berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan.
“Anak sulung umur 22 tahun, kedua 21 tahun dan ketiga 16 tahun. Saya besarkan anak sendiri sehingga anak sulung berjaya sambung pengajian di Jerman manakala anak kedua belajar di UiTM (Universiti Teknologi MARA) dan anak ketiga masih di bangku sekolah.
“Imbas balik masa mereka kecil, saya memang seorang ibu yang pentingkan pelajaran kerana mahukan mereka berjaya… janji habis sekolah dan Alhamdulillah, mereka dapat kesemua A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
“Ada yang pernah tanya kenapa saya tak buka kedai, saya jawab sebab nak duduk dengan anak-anak supaya saya tahu mereka pergi mana dan buat apa.
“Selepas balik berniaga dalam pukul 10.30 malam tu, saya akan semak kerja sekolah mereka… pendek kata saya juga menjadi cikgu mereka di rumah dan sering membelikan buku latihan untuk ulang kaji,” katanya.
@milik_abadimoga aku tetap tabah demi mu anak2 ibu🤲♬ original sound – MVM Music
Memilih Untuk Terus Berniaga Tepi Jalan
Meskipun kesemua anaknya sudah meningkat dewasa, Azie tetap memilih untuk meneruskan jualan di tepi jalan.Malah dia mengakui enjoy dengan corak berniaga seperti itu yang tidak serabut dan lebih mudah untuk bersama keluarga.
Sehingga kini, sudah 18 tahun Azie mencari rezeki dengan menjual nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi lemak.
Berkongsi ‘rahsia’ kekal awet muda, ujarnya, dia hanya mengamalkan pengambilan jamu dan kopi khas selain tidak membiarkan diri berada dalam keadaan stres dengan urusan yang tidak berkepentingan.
@milik_abadi doakan sy murah rezeki🤲#fypdongggggggg ♬ bunyi asal – Sabarituindah79
Mesti Baca:36 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Salamiah Bernikah Usia 71 “Semoga Allah Memberkati Segala Urusan, Buat Yang Mendoakan”
Baca Lagi Di Sini:Ibu Tunggal ‘Ketepikan’ Sakitnya Hidap Kanser Ovari Demi Jaga Anak Terlantar Akibat Kemalangan
Artikel Menarik:Farah Lee Inspirasi Ibu Tunggal, Genggam Master Di UK “Kemudahan, Keberkatan Hidup Dari Doa Mama”
Mingguan Wanita: Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain terutamanya yang bergelar ibu tunggal untuk terus berusaha membesarkan anak-anak sehingga berjaya.
Sumber: Mstar, TikTok milik_abadi
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isu Langgar SOP “Mohon Maaf, Kurang Menjaga Sensitiviti Perkara Ini Dengan Semua,” Neelofa

Isi Kandungan
ToggleSelebriti yang baru saja mendirikan rumahtangga, Neelofa tampil memohon maaf berkaitan insiden perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) berkaitan majlis pernikahannya dan diikuti kontroversi rentas negeri ke Pulau Langkawi yang menjadi sebutan ramai.
Seperti mana yang dilaporkan Sinar Plus, isteri kepada PU Riz ini akui kesilapannya. Malah menerusi rakaman video berdurasi dua minit yang dikirimkan kepada media juga, Neelofa akui sepatutnya memberi contoh yang lebih baik.
Neelofa Mohon Maaf Seikhlas Hati
Sebelum ini, polis dilaporkan membuka kertas siasatan membabitkan majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz pada selepas foto menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ketika majlis pernikahan mereka tular di media sosial.
Majlis pernikahan antara Neelofa dan Pu Riz mencetuskan pendebatan ramai mengenai pematuhan SOP majlis perkahwinan.
Neelofa dan PU Riz kemudian mencetuskan kontroversi lagi apabila memuat naik hantaran kunjungan mereka ke Pulau Langkawi, lantas menimbulkan spekulasi pasangan ini sedang berbulan madu.
“Saya seikhlas hati meminta maaf atas kesalahan SOP, dalam pengetahuan saya mahupun di luar pengetahuan saya tentang dua isu ini.
“Saya tahu ada banyak perkara yang saya terlepas pandang dan saya sepatutnya memberi contoh yang lebih baik,” luahnya.
Neelofa & PU Riz Sudah Beri Keterangan Di Balai Polis
Terang usahawan dan selebriti popular ini lagi dia bersama suami dan kedua-dua belah keluarga sudah hadir memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi bagi memberi keterangan dalam membantu siasatan mengenai pelanggaran SOP dan menerima dengan hati terbuka tindakan daripada pihak berkuasa.
“Alhamdulillah, hari ini selesai (beri keterangan kepada polis). Saya dan suami pergi pada awal minggu ini, keluarga mentua beberapa hari lalu dan keluarga.
“Kami mengakui dan menerima dengan hati terbuka segala keputusan dan tindakan oleh pihak berkuasa.
“Sekali lagi saya nak mohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti perkara ini dengan semua,” sambung Neelofa.
Baca Disini Juga:
“Berat Tangan Ini Melepaskan Mu Sayang, Allah Kurniakan Pasangan Yang Baik” Doa Ibu Neelofa
Sumber: Sinar Plus
Sumber Foto: Instagram Neelofa
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-kira-kira-dan-urus-kewangan-silap-urus-bisnes-lingkup/
Bisnes Kencang Di Shopee Bersama Coach Zul Dan Master Noorul
Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/bisnes-kencang-di-shopee-bersama-coach-zul-dan-master-noorul/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roslan Kemaruk Cinta Janda, Sanggup Gadaikan Kebahagiaan Bersama Isteri

Isi Kandungan
ToggleHidup berumahtangga sememangnya banyak dugaan. Bagi mereka yang tidak mampu menghadapi akhirnya rumahtangga kecundang. Begitu juga yang terjadi kepada Roslan. Dalam usia 45 tahun dia tidak menyangka dirinya akan hidup sendirian tanpa Syuhada (isteri) dan anak-anak. Malah dia tidak menyangka pertemuan dengan seorang janda yang bernama Zaitun, membuatkan ikatan perkahwinan yang dibina bersama Syuhada selama 25 tahun berakhir begitu saja. Syuhada pula seorang isteri yang cukup setia dan begitu mempercayai suami kesayangannya. Namun wanita ini reda dengan kejadian yang berlaku dan menganggap jodoh bersama Roslan hanya setakat di situ. Walaupun pada awalnya Syuhada sukar menerima hakikat dan sering menangis namun hatinya cukup kental mengenangkan anak-anak.
Semuanya bermula ketika Roslan singgah di warung milik Zaitun. Sebagai seorang pemandu lori, makan dan minum Roslan sememangnya sukar Syuhada jaga. Keluar saja dari rumah dia akan menikmati hidangan tengahari dan minum petang di mana-mana gerai yang dilalui sepanjang perjalanan untuk menghantar barang. Hinggalah pada satu hari ketika menghantar barang di Kuala Pilah, Roslan berhenti seketika untuk menjamu selera di sebuah warung yang terletak di bahu jalan.
Ketika itulah dia bertemu degan Zaitun. Sememangnya pemilik kedai ini seorang yang cukup ramah apatah lagi Zaitun jua seorang yang cantik. Bak kata orang tak jemu mata memandang. Sempat juga Roslan berbual-bual dengan Zaitun sebabnya makanan tengahari yang disediakan cukup sedap terutamanya Daging Salai Cili Padi.
Keesokan harinya Roslan singgah lagi ke warung Zaitun, ternyata dia tidak jemu menikmati hidangan di situ. Ketika itu Roslan sempat menukar nombor telefonnya dengan Zaitun.
Apabila pulang ke rumah, isteri Roslan, berasa cukup hairan apabila melihat suaminya sentiasa memegang telefon bimbit. Dia tidak pernah melihat Roslan begitu ralit dengan telefon. Apabila ditegur, Roslan naik berang dan memberi amaran kepada Syuhada agar jangan sibuk dengan urusannya. Malah anak-anak mereka juga cukup hairan dengan perubahan sikap Roslan.
Melempias Nafsu Serakah
Apabila duduk di rumah Roslan tidak senang duduk. Dia sentiasa teringatkan Zaitun. Malah ketika cuti Roslan sempat bertemu dengan Zaitun. Hubungan mereka semakin hari semakin rapat. Manakala isterinyanya pula dapat menghidu kecurangan suaminya.
“Abang saya tengok awak lain macam saja sekarang ni. Keluar rumah pun pakai minyak wangi bagai. Awak dah kenapa dah buang tabiat ke? Atau awak ada perempuan lain ni?” tanya Syuhada.
Setiap pertanyaan isterinya itu tidak dibalas. Roslan hanya berdiam diri. Malah dia juga tidak seperti dulu, jangan berbual-bual dengan Syuhada.
Di dalam fikirannya hanya teringat akan Zaitun. Sehinggalah pada satu malam, Roslan membawa Zaitun keluar makan. Selesai menikmati makanan, Roslan dan Zaitun terus ke sebuah hotel murah. Mereka berdua melempiaskan nafsu serakah di hotel tersebut.
Keesokan harinya barulah Roslan pulang ke rumah. Sampai saja di rumah Syuhada bertalu-talu tanyakan soalan ke mana suaminya itu tidur. Seperti biasa Roslan hanya berdiam diri.
Segalanya terbongkar apabila Syuhada menemui resit hotel dan dia mengesyaki suaminya itu menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
“Baik abang jelaskan. Kita ni dah tua bang. Tak malu ke buat perangai,” tanya Syuhada.
“Apa awak ni merepak,” jawab Roslan.
“Saya, awak katakan merepek. Abang tak payah sorok lagi ni resit hotel. Abang menginap dengan perempuan tu kan. Saya tahu kemana abang pergi. Saya dan anak kita mengintai awak selama ini. Awak berkenan sangat dengan si janda Zaitun tu kan. Kalau awak angaukan dia baik abang lepaskan saya. Tak ada gunanya ada laki macam awak ni, buat maksiat,” jerit Syuhada.
Roslan yang tidak tahan dengan pertanyaan Syuhada terus menampar muka isterinya itu. Lantas Roslan juga melafazkan talak satu.
Syuhada berasa cukup sedih dengan apa yang berlaku. Walaupun diceraikan namun Syuhada tidak mahu berganjak dari rumah tersebut dan meminta Roslan keluar tinggal di tempat lain. Roslan bersetuju dengan cadangan Syuhada dan dia terus melangkah keluar untuk mencari kebahagiaan dengan wanita yang dicintainya.
Kekasih Bersama Jantan Lain
Roslan terus ke rumah Zaitun. Namun dia berasa cukup terkejut apabila mendapati ada seorang lelaki membuka pintu rumah kekasih hatinya itu. Lelaki tersebut yang sama usia dengan Roslan memanggil Zaitun yang berada di dalam bilik.
“Ya sayang tunggulah nak pakai baju ni,” kata Zaitun. Apabila melihat ke luar alangkah terkejutnya Zaitun melihat kelibat Roslan.
“Ini rupanya kelakuan kau ya, aku ingatkan kau setia. Sehingga aku sanggup ceraikan isteriku. Rupa-rupanya kau perempuan sundal. Tergamak kau lakukan sebegini pada aku,” jerit Roslan.
Sejak kejadian itu, Roslan tidak ada arah tujuan hidup. Dia mahu pulang ke pengakuan isterinya namun dia risau tidak diterima. Malah Roslan juga malu pada yang Esa keraan sanggup melakukan dosa besar. Segalanya sudah berakhir namun Roslan akur dengan takdir yang menimpa dirinya.
Kini dia memberi fokus kepada pekerjaan dan sering ke surau. Dia tidak mahu lagi menjadi manusia lalai dan melakukan dosa. Dia bertekad mahu berubah dan akan pulang ke rumah ke pangkuan Syuhada dan anak-anak. Cuma dia mahu memberi masa kepada Syuhada agar dapat menerima dirinya semula.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI