Saling hormat-menghormati adalah kunci kebahagiaan rumah tangga. Sifir mudah, jika suami mahu isterinya menghormatinya, suami dahulu hormati dan tunaikan segala hak dan tanggungjawab kepada seorang isteri. Maknanya, what you give, you get back!
Rumah tangga akan bertambah bahagia dan hubungan suami isteri bertambah erat jika pasangan yang telah mendirikan rumah tangga saling menghormati. Barulah bahagia hingga ke syurga.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini:
“Menghormati jika ingin dihormati…”
Dalam perkahwinan, tidak ada seorang suami pun yang tidak mahu dihormati oleh isterinya… Semua suami mahukan seorang isteri yang boleh menghormati dirinya sebagai suami…
1. Menunaikan hak seorang isteri iaitu nafkah zahir dan batin secukupnya.
2. Menjaga ucapan dan kata-kata yang keluar dari mulut kita terhadap seorang isteri (tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat atau yang berunsur penghinaan terhadap isteri).
3. Tidak melakukan sesuatu yang boleh menyakiti dan melukakan hati isteri.
4. Tidak melakukan kezaliman dan kemudaratan terhadap isteri.
5. Melayan isteri dengan makruf yakni berbuat baik kepada isteri.
6. Tidak menganiaya isteri.
7. Menegur salah dan silap isteri dengan berhemah.
8. Tidak bergelumang dengan maksiat atau pun kemungkaran yang mana ianya tidak membawa kebaikan untuk keluarga dan diri sendiri.
9. Tidak menjatuhkan maruah dan air muka isteri di khalayak ramai.
10. Membimbing isteri mengikut ketetapan agama.
11. Sentiasa ada keinginan untuk membantu meringankan bebanan isteri.
Jika semua perkara di atas dilakukan suami dengan baik, maka Insyallah, anda akan dihormati oleh isteri sampai bila-bila…
Keyword : Menghormati jika ingin dihormati…
Sumber: Firdaus Shakirin
MW: Pokok pangkalnya jika anda ingin dihormati, hormatilah pasangan anda sebaiknya. Bila saling menghormati barulah rumahtangga diredhai Allah dan bahagia selamanya. Insyallah.