Bila dua-dua bekerja, ramai suami terlepas pandang untuk tunaikan hak isteri. Bukan tak mampu tetapi pandang remeh sebab isteri sudah ada pendapatan sendiri.
Inilah yang menjadi masalah bila isteri bekerja, niat awal isteri cuma nak cari duit tepi untuk beli kehendak sendiri akhirnya bertukar menjadi pelengkap beli barang dapur. Diam-diam suami mula lepas tangan dan langsung tak bagi duit pada isteri.
Agak-agak cara ini adil tak dan isteri redha? Haa… kalau isteri itu redha alhamdulillah, tetapi kalau sebaliknya, suami kena betulkan. Nah, sebelum terlambat dan terpesong lebih jauh, jemput hadam perkongsian saudara Firdaus Shakirin.
Tak Tunaikan Hak Isteri
Dulu mula-mula kahwin, gaji RM1800 ja…
Cukup ke tidak ni nak bela anak orang, perbelanjaan dan komitmen berumahtangga tak sama macam hidup bujang.
Masa bujang, tengah-tengah bulan atau time sengkek, balun megi dengan roti je. Tak kan nak bagi anak orang pun makan megi, makan roti je? Hmmm… banyak yang difikirkan sebelum nak berkahwin dulu. Mental dan fizikal dah bersedia, cuma takut poket ja tak mampu nak tanggung isteri.
Kahwin juga, kemudian dalam 2,3 bulan pertama tu, masih ada duit baki kenduri dan ada sedikit duit saving. So boleh survive macam biasa. Masuk bulan keempat, kelima, rasa macam ngam-ngam je ni. Tengok dompet, boleh tahan sampai gaji ke tidak ni?
Ads
Yelah, gaji banyak tu je, plus ot dalam 2, 3 hari, tolak pula duit sewa umah, ansuran kereta, minyak kereta, beli barang dapur, bayar bil, bakinya berapa je yang tiggal. Lepas itu kena bagi duit belanja kat isteri lagi. Isteri bekerja juga time ni.
“Ayang, duit abang tinggal RM100 je lagi.”
Saya berterus terang dengan wife, baki duit tiggal banyak tu saja. 2 minggu lagi gaji… wife kata, tak apa, duit dia ada lagi, guna duit dia. Terus dia hulur 300.
”Kalau tak cukup, bagitau la ayang.”
Malu nak ambik, sebab itu duit bini, tapi dah nak kena guna, ambil juga la.
Ads
“Nanti abang bayar balik.”
Saya cakap kat wife, dia tak kata apa pun, guna la duit yang dia bagi tu smpai gaji.
Dapat saja gaji, saya nak bagi balik duit dia, dia kata tak apa, tak payah bagi. Dia bagi kad bank dia, dia cakap “abg manage kewangan keluarga kita, guna apa yang ada dalam kad tu.”
Pendapatan Isteri Lebih Tinggi
Gaji dia masa tu dalam RM2k lebih, tinggi dari saya, saya dah dia bagi kebenaran macam tu. Dan saya fikir-fikir kalau guna gaji seorang sahaja memang tak lepas nak bayar komitmen/hutang-hutang, so saya combine gaji kami berdua, setel bayar hutang-hutang.
Ads
Contoh total = 3.5k, tolak sewa umah, duit kereta, duit minyak, duit bil utility, belanja barang dapur, topup semua, tinggal la baki dalam 1.2k. Saya bagi dia 1k, saya ambik 200.
“Kenapa saya 1k, abang 200?”
“Abang guna 200 ni dulu, kalau tak cukup, abang mintak lagi…”
Awal-awal kahwin, agak struggle juga bab kewangan ni. Mana-mana pasangan pun mungkin akan hadapi perkara yang sama sementara nak terbiasa.
Nasihat saya, sebagai suami, usahakan dulu bayar apa yang menjadi kewajipan kita, tunaikan dulu hak-hak isteri. Hak yang sepatutnya dia dapat. Cukup, tak cukup duit kita tu, belakang kira dulu janji kewajipan kita dah tunaikan.
Akhirnya Makin Stabil
Kini, setelah melalui semua kesusahan dan kepayahan tu, boleh saya katakan, saya dah mampu bagi balik apa yang isteri bagi pada saya dahulu. Dengan anak 3, dengan dirinya yang dah tak perlu bekerja, suri rumah sepenuh masa, hidup pun dah berubah, ekonomi dan kewangan keluarga pun dah makin stabil, saya rasa, saya dah berjaya dalam menjadi seorang suami. Saya dah mampu untuk tanggung dan menyara keluarga kecil kami dengan apa yang ada.
Kepada suami di luar sana, laksanakan dulu kewajipan-kewajipan kita seboleh-bolehnya dan semampunya, kemudian InsyaAllah kita akan memperoleh ganjaran daripada setiap apa yang kita dah lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jadi wanita yang berstatus isteri orang tak akan sama dengan lelaki berstatus suami. Dunia isteri cuma ada suami dan anak-anak, malah sepenuh jiwa dan raganya memang mendahulukan keluarga.
Andai ada yang ajak keluar ke mana-mana pun, dia tetap memikikan tentang suami dan anak-anak. Itu yang jadi macam tak bergaul sangat dengan kawan-kawan yang pernah tidur sebantal waktu zaman bujang.
Berbeza dengan lelaki, walau dah kahwin kadang tetap dapat peluang lepak-lepak minum di kedai. Perempuan kalau nak buat juga, terpaksa seret anak-anak dan kadang siap ajak suami teman. Risau suami terbiar.
Bak kata saudara Firdaus Shakirin, dunia seorang isteri memang tak luas, ditakuk itulah kalau dia jenis suri rumah.
Dunia Seorang Isteri
Dunia seorang isteri itu tersangatlah kecil… kiri kanan, depan belakang, atas bawah hanya ada suami dan anak-anaknya sahaja.
Ini dunianya, inilah segala-galanya bagi seorang isteri.
Berbeza dengan kita yang dah jadi suami, kita masih ada kawan-kawan, masih dapat berjumpa kawan-kawan, lepak dengan mereka, buat aktiviti-aktiviti dengan kawan-kawan.
Tapi bagi seorang isteri, tak banyak kawan-kawan yang ada or masih available untuk mereka. Kebayakan daripada kawan-kawannya juga merupakan seorang isteri yang terikat dengan keizinan seorang suami untuk keluar, untuk berjumpa, untuk ada aktiviti bersama-sama.
Dan tuntutan tanggungjawab terhadap keluarga itu melebihi tuntutan-tuntutan lain dalam hidupnya. Jadi teramatlah sempit, kecil dan terhad dunia seorang isteri.
Sebab tu mana-mana isteri akan bagi segala-galanya untuk mengelakkan dunianya daripada hancur. Dia akan berjuang mempertahankan dunianya, ini dunianya dan dia tidak ingin berkongsi dunianya ini dengan orang lain. Dia tak rela.
Kalaulah si suami memahami akan perkara ini, nescaya si suami akan mewarnai dunia si isteri dengan kebahagiaan, kegembiraan dan keceriaan sebab dia tahu, hanya ini dunia yang si isteri ada dan dia layak untuk rasa perasaan-perasaan yang indah di dalam dunianya.
“She always busy in her own world, with her own people in her heart and her mind.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menjadi tanggungjawab mak ayah, menyemai perasaan kasih sayang buat anak-anak semenjak mereka masih kecil. Bertuahnya mempunyai anak yang masih kecil namun sudah tahu tanggungjawab, bersikap melindungi pada adik beradik sendiri sehingga sanggup bergadai nyawa.
Pengorbanan kanak-kanak ini yang sanggup bergadai nyawa menyelamatkan adiknya mungkin tidak mampu dilakukan orang dewasa lain.
Tragedi Kebakaran
Ketika itu dia baru berusia lima tahun dan sanggup berkorban nyawa memeluk Aulia yang berusia tiga tahun pada 2018 menyebabkannya melecur teruk di muka, kepala dan kedua-dua bahagian tangan dalam satu tragedi kebakaran bilik di sebuah rumah di Johor Bahru.
Difahamkan, ketika kejadian, empat beradik itu, Muhammad Fariz Nasir Mohd Nasir, 10, Muhammad Fizz Firdaus, 9, Aulia Izzatul Nisa, 7, dan Muhammad Firash, 5, sedang tidur di sebuah bilik sebelum terbakar.
Fizz Firdaus yang menyedari kejadian itu terus memeluk Aulia menggunakan selimut menyebabkan muka dan tangan terbakar teruk manakala Fariz dan Firash hanya mengalami kecederaan ringan.
Dijaga Nenek Saudara
Nenek saudara mereka, Norfaizah Kamal, 37, berkata, selepas kejadian itu dia mengambil alih menjaga empat beradik berkenaan di Batu Pahat, Johor.
“Saya bersyukur diberi kesempatan menjaga mereka sebagai pelengkap hidup saya dan suami selepas menunggu mendapat cahaya mata sendiri belum kesampaian.
“Semuanya dipermudahkan Allah SWT kerana empat beradik ini memang anak yang baik dan mendengar kata,” katanya.
Sangat Menyayangi & Melindungi Adik-Adik
Katanya, Fizz Firdaus sangat menyayangi adik beradiknya terutama Aulia dan Firash manakala Fariz pula sangat melindungi adik-adiknya.
“Fariz dan Fizz Firdaus sangat sayangkan adiknya, jika salah seorang menumpahkan air, mereka cepat-cepat mengambil kain lap bimbang saya marah.
“Walaupun baru berusia lapan tahun, Fariz sudah pandai melakukan kerja rumah seperti memasak nasi, basuh baju dan melakukan kerja rumah yang lain,” katanya.
Norfaizah mengambil alih menjaga empat beradik berkenaan. FOTO Ihsan Norfaizah
Rawatan Wajah
Menurutnya, dia sangat berharap dapat melakukan rawatan wajah untuk Fizz Firdaus.
“Dia selalu mengadu diejek rakan sekolah membuatkan saya terkesan dan memikirkan perlu melakukan sesuatu,” katanya.
Memperincikan tragedi itu, Norfaizah berkata, kebakaran bilik di sebuah rumah berlaku di Taman Nora, Ulu Tiram, Johor Bahru kira-kira jam 11.21 pagi, Oktober 2018.
“Fariz, Aulia dan Firash hanya cedera ringan tetapi paling teruk Fizz Firdaus selepas api menyambarnya ketika dia memeluk Aulia,” katanya.
Demi lindungi adik, FIZZ Firdaus melecur teruk di muka, kepala dan kedua-dua bahagian tangan. FOTO Ihsan Norfaizah
Pengorbanan Abang
Kisah Fizz Firdaus menyelamatkan adiknya tular di media sosial yang dikongsi seorang aktivis Suara Anak Muda Batu Pahat, Mohd Firdaus Isa, 40, menerusi laman Facebooknya.
Mohd Firdaus berkata, perkongsiannya mengenai pengorbanan seorang abang yang sanggup bergadai nyawa untuk adiknya sebagai contoh kepada masyarakat luar.
“Sebagai orang dewasa pun kita mungkin ragu-ragu untuk bergadai nyawa melakukan perkara sama, tindakan adik Firdaus begitu meruntun jiwa saya,” katanya.
MW: Hebatnya anak ini. Walaupun usianya masih kecil dah tertanam sikap bertanggungjawab dan melindungi adik-adiknya. Semoga anak-anak kita juga memiliki sifat sebegini, kasih dan sayang pada adik beradik sendiri.
Mak-mak sekarang memang dibebani dengan bermacam-macam urusan. Baik soal mengurus anak sampailah mengatur duit belanja rumah. Walau jadi suri, mak tetap bekerja sampingan.
Rutinnya bekerja bukan lagi 24 jam, malah lebih dari itu. Bila penat, mak mudah hilang sabar. Anak-anak yang dalam hati niat nak bermanja, tapi di mata mak-mak nampak mengada-ngada. Sudahnya anak yang kena ‘sound’ sedas. Mak-mak gandakan kesabaran ya. Atau gunakan pendekatan ibu ini untuk menukar amarah jadi satu bentuk doa yang mustajab.
Puan Norsahida Mohamad Said, pengasas LaMamma kali ini berkongsi panduan membentuk anak-anak cemerlang. Besar harapannya melihat anak-anak menjadi seorang hafiz. Tipnya bermula dengan kata-kata atau DOA DARI KATA-KATA IBU.
Tip Lahirkan Jutawan Beriman Dari Doa Kata-kata Ibu
Rasa rindu sungguh pada anak-anak. Rindu nak bergolek-golek dengan baby ?
Cakap pasal anak, akak nak bagi satu TIPS bila anak-anak buat nakal.
Faham sangat, bila kita letih dan penat. Yelah, dengan kerja yang berlambak-lambak pastu kena hadap dengan kerenah anak-anak lagi. Mulalah dah jadi TARZAN kannn… Kita pun membebel-bebel sesuka hati aje.
Mommy, jangan macam tu ye! Masa nak marahkan anak-anak tu, tukarkan perkataan, “Masya Allah AlHafiz” atau spesifikkan apa yang kita nak anak tu jadi. Contoh, “Hei, jutawan beriman!”
Hikhikhik… comel je kan!
Macam akak, akak nak anak-anak akak hafiz quran. Selalu panggil anak-anak dengan gelaran
“Dhiyauddin AlHafiz”
“Dhiyaulhaq AlHafiz”
“Dhiyaurrahman AlHafiz”
“Aeisya Sofea AlHafizah”
Alhamdulillah… setakat ni 3 orang tu dah ke arah tu. 2 orang memang di Maahad Tahfiz dah. Si kakak manis, dah mula menghafal surah-surah juzuk 30. Moga anak yang kecil ini akan ikut jejak abang dan kakak nya. Amin.
#SHARElah supaya ramai ibu ayah dapat amalkan perkataan yang baik kepada anak mereka.
Sumber/Foto : Facebook Norsahida Mohamad Said – Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!