Tun Mahathir: “Hari Ini Ismail Tak Tunggu Saya Lagi.” Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pembantunya, Ismail Manaf yang meninggal dunia semalam (5 Jun 2024) sebagai seorang yang luar biasa setianya, tidak pernah tidak datang kerja dan tidak pernah cuai.
Tun Mahathir: “Hari Ini Ismail Tak Tunggu Saya Lagi”
Menerusi kenyataan di laman Facebooknya, Dr Mahathir berkata, Allahyarham yang setia bersama beliau sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1970-an sehingga semalam, masih lagi datang bekerja.
“Hari ini saya berasa sangat sedih. Saya kehilangan seorang kawan baik, pembantu dan penyokong kuat saya yang meninggal dunia pagi tadi. Hari ini Ismail tak tunggu saya lagi. Saya kehilangan seorang pembantu yang ikhlas. Saya amat terasa kehilangan Ismail,” katanya.
Dr Mahathir berkata, apabila beliau datang pejabat, tidak pernah Ismail tiada di pejabat dan Allahyarham setia menunggu untuk membuat kerja-kerja yang diperlukan.
Beliau percaya Allahyarham berkhidmat bukan semata-mata untuk mendapat upah, tetapi kerana melakukan sesuatu yang baik.
“Semalam Ismail tidak sihat dan sepatutnya bercuti hari ini. Sebelum pulang kami sempat bersalaman. Saya tidak sangka itulah kali terakhir kami berjumpa. Itulah ketentuan Allah SWT, setiap yang hidup pasti akan mati,” katanya.
Berikut petikan asal daripada hantaran di laman Facebook Tun Dr Mahathir:
Ads
𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐀𝐅
1.Hari ini saya berasa sangat sedih. Saya kehilangan seorang kawan baik, pembantu dan penyokong kuat saya yang meninggal dunia pagi tadi. Haji Ismail Manaf telah setia bekerja dengan saya sejak saya jadi Timbalan Perdana Menteri lagi pada tahun 70’an.
2.Ismail seorang yang luar biasa kesetiaannya, tidak pernah tidak datang kerja, tidak pernah cuai. Sehingga semalam pun Ismail masih lagi datang bekerja.
3.Apabila saya datang pejabat, tak pernah Ismail tiada di pejabat, beliau setia tunggu untuk buat kerja-kerja yang diperlukan. Beliau seorang yang berkhidmat bukan semata-mata untuk mendapat upah tetapi kerana percaya apa yang dia sedang lakukan adalah sesuatu yang baik.
Ads
4.Semalam Ismail tidak sihat dan sepatutnya bercuti hari ini. Sebelum pulang kami sempat bersalaman. Saya tidak sangka itulah kali terakhir kami berjumpa. Itulah ketentuan Allah SWT, setiap yang hidup pasti akan mati.
5.Hari ini Ismail tak tunggu saya lagi. Saya kehilangan seorang pembantu yang ikhlas. Saya amat terasa kehilangan Ismail.
Kata orang, tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia hanya Allah yang tahu, begitulah tuah bagi Josua Hutagalung. Seorang pembuat keranda jadi jutawan segera, pabila dirinya jual batu angkasa umpama terima gaji selama 30 tahun.
Sudah tentu bukan sahaja kita, dia juga tentu tidak menyangka seketul batu yang jatuh di atas bumbung rumahnya mempunyai nilai yang terlalu tinggi.
Pembuat Keranda Jadi Jutawan Segera
Seorang pembuat keranda di Indonesia menjadi jutawan segera selepas batu angkasa jatuh di atas bumbung rumahnya ketika kejadian pada Ogos lalu.
Josua Hutagalung, 33, berada di kediamannya di Kolang, Sumatera Utara ketika meteorit berukuran seperti saiz football itu menimpa beranda.
Menurutnya, dia telah menjual batu angkasa seberat 2.2 kilogram yang mempunyai nilai kira-kira 1.4 juta pound (RM7.6 juta) yang bersamaan gaji diterima untuk tempoh selama 30 tahun.
“Saya sedang membuat keranda apabila terdengar dentuman yang kuat hingga menyebabkan rumah saya bergegar. Batu itu terlalu panas untuk dipegang. Oleh itu, isteri saya menggunakan cangkul dan membawanya masuk ke dalam rumah,” ujarnya.
Jelasnya, wang diterima hasil jualan meteorit tersebut menyebabkan dia memilih untuk berhenti kerja dan berhasrat mahu membina gereja baharu di kampung didiaminya.
Harap Batu Angkasa Bawa Tuah
“Saya mengimpikan untuk mempunyai seorang anak perempuan. Saya harap ia akan membawa tuah kepada kami,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Sementara itu, pakar batu angkasa, Jared Collins memberitahu dia mendapat tawaran yang tinggi untuk membeli batu angkasa itu.
Collins kemudiannya menghantar meteorit tersebut ke Amerika Syarikat yang kini disimpan di Pusat untuk Penyelidikan Meteorit di Arizona State University.
Batu Angkasa Yang Sangat Jarang Ditemui
Batu angkasa itu diklasifikasikan sebagai CM1/2 carbonaceous Chondrite, jenis yang sangat jarang ditemui dan dipercayai mengandungi asid amino unik dan unsur primordial lain.
Difahamkan, serpihan meteorit itu turut dibeli pengumpul kedua dan kini dijual di laman eBay. – Agensi
MW: Beruntung pembuat keranda ini, mendapat rezeki yang tidak dijangka. Inilah dinamakan batu bukan sebarang batu.
Rata-rata rakyat Malaysia sememangnya sudah banyak menggunakan produk penjagaan kulit berasal dari Korea untuk mendapatkan kulit halus dan cantik bak selebriti Korea. Kini, anda boleh mencuba produk kecantikan halal dan vegan, L.Soulle yang kini sudah tiba di Malaysia. Ia dirumus khas untuk memenuhi keperluan kaum wanita khususnya dalam rutin penjagaan kulit.
Tuah selebriti Fatin Afeefa dilantik menjadi wajah eksklusif produk ini yang disifatkan sebagai cukup sesuai dengan kulit wanita di Malaysia.
Istimewanya produk ini ialah L.Soulle secara rasminya telah menerima pensijilan Halal KMF daripada Persekutuan Muslim Korea (Korean Muslim Federation) untuk mengukuhkan jualan produk ke negara-negara Islam seperti Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Timur Tengah.
L.Soulle merupakan jenama penjagaan kulit kecantikan yang bebas daripada bahan yang berasaskan haiwan dan tidak diuji ke atas haiwan.
Ia dihasilkan melalui kaedah OEM melalui Kolmar Korea, dan barisan produknya terdiri daripada 5 jenis: “Moisturizing Miracle Mist Toner”, “Serum”, “Moisturizing Cream”, “Sunscreen”, dan “Sun Cushion”. Produk “Mist Toner” dan “Sun Cushion” telah dipilih sebagai produk terbaik di ‘New Product Awards 2023’ oleh aplikasi kecantikan No.1 Korea ‘Hwahae’ dan menerima simbol anugerah.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran personaliti undangan dari Korea, Maryam You Narae yang berkongsi serba sedikit testimoni mencuba produk tersebut.
“Saya tertarik kerana produk mereka punyai sijil halal. Ia bukan sesuatu yang mudah. Malah, produk ini juga sesuai digunakan untuk bayi, jelas Maryam.
“Saya minta untuk cuba dahulu produk ini selama enam bulan untuk pastikan sama ada ia sesuai atau tidak dengan kulit saya dan cuaca di Malaysia. Alhamdulillah okay. Saya tidak akan ambil produk sembarangan,” jelas Fatin pula.
Produk L’soulle ini boleh didapati menerusi platform Shoppe, Lazada L.Soulle Malaysia serta Aeon Wellness.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terkena Sihir, Hidayah Bawa Hamzah Berubat Ke Gunung Jerai. Seperti yang pernah dikongsikan kepada umum baru-baru ini Hidayah memohon orang ramai yang tahu berkaitan pakar perubatan Islam membantunya kerana mendakwa terkena sihir atau ilmu hitam.
Menerusi hantaran video di Instagram itu Hidayah memaklumkan dia dan anaknya, Hamzah sudah mengalami gangguan sihir sejak Allahyarham Abam meninggal dunia.
Hidayah yang juga balu kepada pelawak Abam Bocey dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Terkena Sihir, Hidayah Bawa Hamzah Berubat Ke Gunung Jerai
Terbaru Hidayah sanggup ke Gunung Jerai, Kedah demi membawa anak kesayangannya Hamzah untuk berubat.
Menerusi perkongsiannya, Hidayah menyatakan perjalanannya ke Telaga Tok Sheikh di Gunung Jerai adalah untuk ikhtiar berubat.
“HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI ♥️” itulah kapsyen yang membawa maksud derita yang dilalui oleh dua beranak ini selepas suaminya meninggal dunia.
Bersyukur Perjalanan Lancar
Pada waktu yang sama juga, Hidayah bersyukur perjalanan dia dan anaknya ke Gunung Jerai berjalan lancar.
“Ibu bawa Hamzah pergi mandi di Telaga Tok Sheikh, semoga anak ibu kembali sihat sedia kala. Amin.
“Ibu akan buat terbaik untuk anak ibu, biarlah apa orang-orang nak kata, hanya Allah yang mengetahui semua ini.
“Sebab mereka tak pernah rasa, apa yang kita rasa selama ini. Dari anak ibu waktu kecil sampai sekarang.
“Itu sebab ibu tak pernah nak letak video ataupun gambar anak ibu, ibu tahu setiap kali ibu ‘post’ gambar atau video pasti malam akan terjadi sesuatu,” tulisnya.
Berkongsi pengalaman perjalanan mereka ke situ Hidayah menyifatkan kunjungannya dan anak begitu tenang dan lancar. Malah dia juga sempat melawat kawasan bersejarah, melawat ke padang Tok Sheikh termasuk berpeluang solat di Telaga Tok Sheikh.
“Terima kasih pada yang mendoakan kami sekeluarga. #orangbaikramaisayang.
“Perjalanan di padang Tok Sheikh ini, kami sewa van. Kami ke kemuncak di atas dapat aura yang sangat luar biasa di sini,” kongsinya lagi.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.