Tun Mahathir Bangga Usaha & Kesungguhan Anak Bumiputera, Kongsi Kata Semangat Buat Usahawan Berjiwa Kental

Share

Tun Mahathir bangga usaha dan kesungguhan anak bumiputera, kongsi kata-kata semangat usahawan berjiwa kental. Sebut saja nama tokoh hebat, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Tun M pasti ramai akan kagum pada kewibawaannya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin, ahli politik, negarawan ataupun figura contoh yang kerap disebut-sebut di peringkat antarabangsa.

Walaupun sudah berusia namun, Tun M masih bersemangat dalam bekerja. Malah figura ini juga sering memberi kata-kata semangat buat mereka yang terlibat dalam perniagaan terutamanya anak bumiputera.

Tun Mahathir Bangga Usaha & Kesungguhan Anak Bumiputera

Sewaktu berkunjung ke salah sebuah kilang yang dimiliki oleh usahawan bumiputera iaitu saudara Ir Mohd Zain Harun dan keluarga di Klang, Selangor, bekas Perdana Menteri Malaysia itu memuji usaha dan kesungguhan pemilik empayar perniagaan berkenaan.

Tun M kagum dengan inisiatif dan gerak kerja dilakukan pemilik kilang PS Poly Pack Sdn Bhd dan PS Food & Beverage Sdn Bhd itu.

PS Poly Pack Sdn Bhd menjadi  syarikat yang berada di belakang tabir mengubah landskap pek pembungkusan cecair dari botol kepada pek pembungkusan fleksibel, atau lebih dikenali dulu dengan pek isian semula atau ‘refill’.

“Kilang ini mengeluarkan ‘flexible packaging dan polyethylene film/bag’. Banyak mesin canggih digunakan dalam inovasi pembungkusan di kilang ini.

“Antaranya, Rotogravure Printing Machine, Printing Inspection Machine, Blow Film Machine, Bag Making, Slitting, Cutting, Dry Lamination Machine dan lain-lain,” kata Tun M.

Tun M menambah, kaedah pembungkusan di zaman sekarang semakin ke hadapan.

“Dahulunya kita banyak guna botol, umpamanya barangan berair atau minyak, peluntur, susu, jus, kopi, buah kering semuanya dibotolkan.

“Ini tidak berkesan dari segi ruang dan berat kerana botol itu sahaja punyai jisim tersendiri. Lagi banyak botol, lebih banyak kotak diguna kerana fizikal botol itu sendiri telah memenuhi ruang.

“Tetapi dengan adanya kaedah pembungkusan yang moden dan fleksibel ini, ia menjimatkan ruang, selamat dan jimat kos,” katanya lagi.

Perkhidmatan Baik Buat Pengusaha SME

Tun M turut menjelaskan, kilang berkenaan bukan sekadar membuat bungkusan kepada syarikat multinasional untuk lebih kurang 80% jenama global barangan harian dalam pasaran yang terbukti digunakan oleh jutaan pengguna Malaysia.

“Mereka turut menjadi perunding kepada pengusaha Industri Kecil Sederhana (SME) dalam pembungkusan produk, umpamanya jika anda pengusaha sambal dan tidak tahu jenis bungkusan yang sesuai.

“Kilang ini membantu cadang jenis pembungkus yang sesuai. Ini salah satu perkhidmatan baik buat pengusaha SME,” katanya.

Tambahnya, satu lagi inovasi yang ditunjukkan ialah makanan jenis Meal Ready-to-Eat (MRE).

“Ini biasanya digunakan oleh pasukan polis atau tentera semasa operasi atau pengembara. Selalunya makanan siap masak di dalam bungkusan ini perlu dipanaskan semula mengguna gelombang mikro, oven atau dapur gas.

“Tetapi ada cara baru yang lebih mudah. Mereka perkenal teknik dengan guna bahan ‘carbide’. Makanan siap masak dibungkus dalam ‘pouches’ boleh dipanaskan dengan hanya menuangkan air ke atas sebungkus ‘carbide’ tadi.

“Air tadi panas menggelegak memanaskan ‘pouches’ makanan siap masak tadi. Tidak perlu guna pemanas elektronik. Ini memudahkan pengguna,” katanya.

Banyak Bidang Boleh Diteroka

Dalam pada itu, Tun M menyebut sebenarnya begitu banyak bidang yang boleh diteroka terutama industri pembungkusan ini.

“Kita hanya perlu kuasai cara mengguna mesin, komputer, aplikasi moden dan perisian. Jika kita berjaya kuasai bidang ini, pendapatannya begitu lumayan,” ulas beliau.

Usahawan Wanita, Fatin Diana Terharu Suntikan Semangat Tun M

Baca Disini : Ayu Raudhah Jual Baju Raya, Sedar Pelajaran Tak Tinggi “Tak Malu Mengakuinya, Bangga Semangat Diri”

Resepi Pantas Pizza Tanpa Yis, Cuma 25 Minit Dah Dapat 1 Saiz LARGE

Sementara itu, Fatin Diana yang merupakan Pengasas Origina juga begitu terharu dengan kata-kata dan suntikan semangat diberikan Tun M.

“Saya membesar dengan melihat ketokohan dan kepimpinannya selama ini.

“Beliau dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden.

“Tentunya momen indah bersua muka atas kunjungan hormat itu satu detik berharga yang saya takkan lupa sampai bila-bila,” kata Fatin Diana.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia

 

Published by
Norhayati Suboh