‘Tumor Gergasi’ Seberat 45Kg Berjaya Dikeluarkan Dari Perut Wanita!

Share

‘Tumor Gergasi’ seberat 45Kg berjaya dikeluarkan dari dalam perut wanita. Siapa sangka ketumbuhan dalam perut atau tumor yang ‘disimpan’ di dalam perut menjadi sangat besar dan boleh membahayakan diri.

Sepasukan doktor berjaya mengeluarkan ‘tumor gergasi’ seberat 45 kilogram ketika pembedahan kecemasan di sebuah hospital di Brazil pada Rabu lalu.

5 Tahun ‘Simpan’ Ketumbuhan

Pakar bedah, Dr Glaucio Boechat memberitahu pesakit wanita berusia 45 tahun itu telah ‘menyimpan’ ketumbuhan itu pada bahagian perutnya selama lima tahun.

“Prosedur mencabar itu mengambil masa kira-kira dua jam. Ia adalah tumor terbesar yang pernah saya keluarkan dan pastinya saiz paling besar dalam dunia perubatan,” lapor rangkaian berita UOL memetik kenyataan Boechat.

Kesukaran Bernafas

Pesakit itu dimasukkan ke São José do Avai Hospital selepas mengalami kesukaran untuk bernafas.

“Boechat bersama pasukan perubatannya kemudiannya berbincang setelah melihat imej sinar X yang diperoleh tentang punca masalah dihadapi wanita itu. Seramai 14 doktor terlibat prosedur tersebut,” jelas laporan itu lagi.

Difahamkan, kos pembedahan itu dibiayai oleh kemudahan perubatan dan sistem dana kesihatan awam Brazil.

Pesakit Stabil Selepas Pembedahan

Hasil pemeriksaan mereka mendapati tumor tersebut mungkin telah berkembang dalam uterus wanita berkenaan dan keputusan biopsi tumor tersebut dijangka diperoleh dalam tempoh kira-kira tiga minggu lagi.

“Pesakit itu kini berada dalam keadaan stabil dan boleh bernafas tanpa menggunakan alat bantuan serta berupaya untuk bercakap dan makan seperti biasa,” jelas pakar bedah itu yang berpengalaman lebih 20 tahun.

Mesti Baca:Bahaya Mata Kabur Apabila Disertai Pening Kepala! Ini Penjelasan Doktor
Baca Lagi Di Sini:Wanita Lumpuh Wajah Selepas Hidap Selesema & Stress Di Tempat Kerja!

Mingguan Wanita: Besar sungguh ‘tumor gergasi’ ni seberat 45kg. Tak dapat bayangkan macam mana menanggung berat dan derita sakit yang dihadapi. Semoga diberi kesembuhan buat wanita ini.

Sumber: Sinar Harian

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI BENGKEL JAHITAN BERSAMA MW & EPAL

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag


Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Published by
Suhaidah Abd Wahab