Nak sambal sedap dan bau wangi? Rahsianya terletak pada cara masakan. Minggu ini, saya kongsikan resipi arwah mak saya, Ramlah Binti Zainal. Caranya, tumis serai dulu sebelum masukkan cili kering yang dikisar bersama halia dan bawang.
Cara arwah mak, gunakan lebihan minyak yang digunakan menggoreng ayam. Dua atau tiga batang serai diketuk, kemudian ditumis sehingga naik bau. Kemudian baru masukkan bahan kisar. Serai yang ditumis akan menyebabkan bau sambal wangi dan sangat menyelerakan.
Tunggu Serai Naik Bau Dan Cili PECAH MINYAK
Satu lagi rahsia kalau nak sambal sedap, rebus cili kering sehingga lembut. Kemudian, buang biji cili dan tapis. Selepas itu, barulah kisar bersama bahan lain. Tumis cili sampai betul-betul masak. Nak tahu cili dah masak senang je, tunggu sehingga pecah minyak.
Kalau cili tak masak, bau sambal tak sedap dan boleh menyebabkan sakit perut. Kalau masak sambal, api kena sederhana. Jangan guna api kuat nanti sambal hangit dan pahit. Buat sambal ayam, digalakkan letak halia sebab boleh hilangkan bau hanyir ayam. Itulah petua orang dulu-dulu yang diamalkan arwah mak saya.
TUTUP KUALI Agar Ayam Lembut Dan Sebati Dengan Kuah
Bila sambal dah masak elok, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul dan tutup kuali dengan penutup. Tujuannya nak bagi ayam lembut dan mesra atau sebati dengan kuah. Kalau nak sedap lagi, boleh hiris bawang besar dan taburkan dalam sambal. Sekejap je tau, bagi bawang layu dalam sambal lepas tu angkat lauk ini.
Resipi yang sama ini boleh diguna untuk buat sambal ikan atau sambal hati dan pedal. Caranya semua sama, cuma gantikan dengan ikan goreng, atau hati dan pedal goreng. Mudah kan, satu resipi boleh buat dua tiga menu. Kalau tengahari dah makan sambal ayam, malam boleh gantikan dengan ikan goreng pula. Selamat mencuba!
Resipi Sambal Ayam Serai
Bahan-bahan:
Ads
10 ketul ayam}dibersihkan dan dilumur dengan kunyit dan garam
15-20 tangkai cili kering}dikisar
2 ulas bawang putih}dikisar
1 labu bawang besar}dikisar
1 ici halia}dikisar
2 batang serai}diketuk
Minyak secukupnya
Ads
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Cara membuat:
1-Goreng ayam seketika, jangan sampai garing. Ketepikan.
2-Panaskan minyak, tumis serai sehingga naik bau.
Ads
3- Masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak.
3-Masukkan air asam jawa, kacau sebati.
4-Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga sambal pecah minyak.
5-Masukkan ayam, perlahankan api dan tutup kuali agar ayam lembut.
6-Hidangkan bersama nasi dan lauk lain.
Petua Dapur
Kalau nak kurangkan kepedasan sambal, boleh tambahkan bawang besar jadi dua labu.
Basuh ayam dengan tepung gandum atau tepung jagung untuk hilangkan bau hanyir.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila memikirkan menu minum petang untuk anak-anak dan keluarga, adakalanya naik buntu dibuatnya.Jika selalu kita buat pau goreng berintikan sambal ikan bilis, namun sebenarnya kita boleh pelbagaikan dengan golek doh atas serbuk roti dan letak sos carbonara yang lemak berkrim. Sesuai sangat buat untuk anak-anak, malah kalau nak buat jual pun boleh sangat.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Che Fyqah ini.
Masak apa harini? Itu lah kehidupan seoarang isteri dan ibu. Walaupun bertitle ibu tiri.. tapi tak pernah nak membahagi kasih sayang di antara anak tiri dan kandung. Sentiasa fikirkan untuk kenyangkan perut suami dan anak-anak. Semoga Allah memberi balasan yang baik buat kita.
Ni resepi dia abang kakak adik.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
3/4 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
1.Satukan dulu yis, gula dan air suam dalam gelas. Kacau rata. Selepas itu, satukan tepung gandum dan baking powder dalam bekas.
2.Tuang air yis tadi. Takyah tunggu yis kembang. Kacau rata. Uli. Uli gitu-gitu je. Bila dah rata sikit, letak marjerin.
3.Uli lagi sampai licin sikit dohnya. Pastu perap sejam.
4.Dah perap, tumbuk doh. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Pastu bulat-bulatkan.
5.Kemudian celup dalam telur dan golek-golek dalam serbuk roti.
6.Selepas itu, perap lagi dalam 30/40 minit. Goreng dengan api perlahan.
Siap.
Inti dia pakai Sos Carbonara saje. Tumis bawang holand dan bawang putih, cincang sosej dan tumis dengan lada hitam. Campur kiub ayam sikit, letak air sikit. Agak-agak dah pekat baru tutup api. Nak letak inti apa-apa pun boleh.
Raya tinggal berberapa hari lagi. Masih sibuk cari idea untuk buat kuih ye! Atau ada yang nak tambah kek last minute pulak. Tak payah nak pening-pening, mak-mak boleh cuba kek brownies yang memang gerenti sedap dan cara nak buat pun senang. Gerenti jadilah.
Jom, ikuti cara mudah resipi oleh Puan Azlina Ina yang dikongsinya.
Lebih 10 Tahun Jual Biskut Semperit Chocolate Rice, Ikut Adunan Ini Gerenti Jadi! Biskut Samperit antara biskut raya dulu-dulu yang menjadi kesukaan ramai. Mudah nak buat dan bahan-bahannya pula tak banyak. Ikut resipi ni memang ‘gerenti’ jadi. Sesuai sangat kalau mak-mak nak buat jual waktu raya nanti.
Boleh ikut tip seperti yang dikongsikan oleh Puan Anita Ahmad ini sebagai panduan;
Saya nak share sedikit TIPs asas/ bahan utama buat BISKUT
Saya dah lebih 10 tahun menjual biskut
InshaAllah gerenti jadi asal anda jangan ‘derhaka’ adunan ini.
Kejap lagi PUASA lepas tu RAYA moga ilmu ini berguna buat semua.
Semperit Choc Rice.
Bahan Utama:
250grm buttercup atau apa-apa jenis butter
80grm gula aising
350grm tepung naik sendiri atau tepung biskut
*Tepung biskut ini boleh beli di bakery shop. Ia dah ada campuran tepung superfine dan sedikit penaik
Bahan tambahan lain untuk jadi penyedap biskut
50 grm serbuk kacang badam
Cara Membuat:
1. Pastikan butter tidak keras dan berada dalam suhu bilik.
2. Kacau butter bersama gula aising hingga sebati, hanya guna spatula atau senduk kayu. Kacau-kacau manja.
3. Masukan serbuk kacang badam dan kacau.
4. Masukan tepung kacau lagi hingga dapat adunan doh yang lembut anggaran 350grm atau lebih ikut acuan mudah dan lembut.
5. Kemudian terap atau bentuk mengikut citarasa anda. Hias dengan aneka cara yang cantik.
Sekiranya inginkan BISKUT CHOCHOLATE tambahkan 30grm serbuk koko sebelum masukan tepung.
Boleh pelbagaikan perasa hiasan untuk bahan basic di atas.
Suhu bakar oven saya Soner 4MF 160c dan masa 30 ke 35mnt untuk jenis biskut.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Mesti Baca:Baking Powder VS Baking Soda, Jadikan Kuih, Biskut Kek Lebih Gebu, Rangup Atau Mengembang!
Baca Lagi Di Sini:Tip PENTING Buat Biskut Elok Menjadi, Lebih Rangup & Tahan Lama!
Artikel Menarik:Sebelum Nak Beli Oven, PENTING Ambil Tahu Jenis & Fungsinya Dulu!
Mingguan Wanita: Mudah buat biskut Semperit Chocolate rice ni, hanya guna 4 bahan sahaja. Sesuai untuk mak-mak yang nak jual untuk kuih raya nanti.
Eyka Farhana selamat bergelar isteri Akhyar Rashid, 5 tahun menyulam kasih sebelum bersatu. Lima tahun menyulam kasih, akhirnya pelakon jelita Eyka Farhana sah bergelar...