“Tuliskan Dan Hamburkan, Jangan Simpan Kalau Tak Ada Yang Sudi Mendengar!” Masalah Depresi

Share

Masalah wanita depresi atau tertekan bukan isu yang baru kita dengar. Salah satu berita mengejutkan orang ramai bulan Jun ini bukan hanya isu kelar anak tetapi juga dengan kematian pereka fesyen Kate Spade, 55 tahun.

Apa yang menjadi bertambah tragis apabila beliau disahkan meninggal dunia dalam satu insiden yang mirip dengan tindakan bunuh diri akibat depresi.

Spade sempat meninggalkan sekeping nota kepada anak perempuannya yang berusia 13 tahun sebelum menggantung dirinya. Jasad mendiang ditemui oleh pembantu rumahnya.

Tular di media sosial, rata-rata orang ramai membuat kesimpulan tindakan Kate Spade membunuh diri kerana sengsara kemurungan.

Berbalik kepada isu depresi, wanita dikatakan lebih terdedah kepada kemurungan berbanding lelaki akibat perubahan hormon badan yang jauh lebih ketara.

Namun di sebalik simptom ini, mungkin ada satu penyakit amat serius, lebih daripada perasaan sedih dan sendu yang datang dari cuaca ataupun lagu sayu, mungkin sebenarnya diri kita ini sedang dilanda kemurungan.

Ternyata kaum wanita sememangnya sangat memerlukan sokongan orang sekeliling apabila dia tertekan. Untuk membantu wanita keluar dari masalah ini, jemput baca perkongsian Puan Nor Azniza ini…

Masalah Murung Dan Depresi

“Saya tertekan , depresi dan tidak jumpa jalan keluar…”

My dear friends…

Luahkan, jangan simpan-simpan andai tiada yang sudi mendengar tuliskan dan hamburkan segala yang terbuku. Jika malu, tulis dikertas dan hanyutkan ia ke dalam air yang mengalir atau boleh ditulis di muka buku ini dan set privacy as for me only. Dalam masa yang sama cuba cari seorg asing untuk mendengarkan luahan kita yang tidak akan menghukum.

Cara Nak Keluar Dari Masalah

Cuba keluar dari kekusutan itu.

Jika pekerjaan yang membuat anda depressi, bercuti lah atau minta pertukaran atau bersedia mencari susana baru. Bersabar. Percayalah Allah akan membantu orang-orang teraniaya.

Andai masalah itu dari suami, bersemukalah, beranikan diri. Boleh juga menulis kepada suami apa yang kita rasa.

Cuba lari sekejap sekurangnya 3-4 jam dari kekusutan itu. Anda berhak berbuat apa saja tanpa izin suami kerana mereka yang menyebabkan anda merana jiwa. Anda berhak untuk merawat diri. Dosa pahala biar Allah yang tentukan. Bukan ustaz, bukan ustazah. Di sini jangan guna istilah derhaka, disini sila guna perkataan penganiayaan dan kezaliman kepada wanita.

Jangan biarkan emosi terus tercalar dan kemarahan beralih kepada anak-anak.

Alirkan kemarahan itu pada suami anda.

Apabila anda sudah keluar dari kemelut itu. cari apa yang anda minati. Dan fokus pada aktiviti itu.

Jangan sesekali merendah diri apabila masalah berlaku kerana perasaan itu akan membuat anda lebih depress.

Contoh: Saya wanita yang cantik, pintar, serba boleh. Saya wanita yang tidak ternilai dan patut dihargai (jika masalah datang dari suami)

Saya bekerja yang mahir, dedikasi, pintar. Saya aset pada syarikat ini. Jika di sini tidak menghargai, saya yakin diluar sana banyak syarikat memerlukan khidmat saya.

Jangan sesekali berfikir ” apa salah saya? / apa kekurangan saya.” Ayat-ayat ini pembunuh jiwa anda

Pergi lah bersiar siar. Walau hanya membawa anak ke taman permainan. Sesekali ambil waktu untuk joging. Lagi geram, lagi laju langkah larian kita.

Apa Kata Hakak

Haaa… nampak tak depresi dan penyakit murung ini bukan satu masalah biasa-biasa? Kemurungan petanda bahawa seseorang wanita itu menghadapi cabaran kehidupan terlalu lama.

Ini peringatan kepada insan di sekelilingnya bahawa wanita itu terlalu banyak berkorban, berusaha dan mengalah, sudah tiba masanya untuk dia dibantu dan disokong.

Buat wanita yang mungkin mengalami kemurungan, usahlah malu atau menafikan perkara ini. Langkah pertama dalam memulihkan diri kita dari kemurungan ialah untuk menerima hakikat bahawa ada masa dan waktu, kita memerlukan bantuan dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Bangkitlah dan dekatilah orang yang boleh membawa anda kepada jalan kebahagiaan dan keluar daripada masalah hidup.

 

Published by
Nadia