Masalah wanita depresi atau tertekan bukan isu yang baru kita dengar. Salah satu berita mengejutkan orang ramai bulan Jun ini bukan hanya isu kelar anak tetapi juga dengan kematian pereka fesyen Kate Spade, 55 tahun.
Apa yang menjadi bertambah tragis apabila beliau disahkan meninggal dunia dalam satu insiden yang mirip dengan tindakan bunuh diri akibat depresi.
Spade sempat meninggalkan sekeping nota kepada anak perempuannya yang berusia 13 tahun sebelum menggantung dirinya. Jasad mendiang ditemui oleh pembantu rumahnya.
Tular di media sosial, rata-rata orang ramai membuat kesimpulan tindakan Kate Spade membunuh diri kerana sengsara kemurungan.
Berbalik kepada isu depresi, wanita dikatakan lebih terdedah kepada kemurungan berbanding lelaki akibat perubahan hormon badan yang jauh lebih ketara.
Namun di sebalik simptom ini, mungkin ada satu penyakit amat serius, lebih daripada perasaan sedih dan sendu yang datang dari cuaca ataupun lagu sayu, mungkin sebenarnya diri kita ini sedang dilanda kemurungan.
Ternyata kaum wanita sememangnya sangat memerlukan sokongan orang sekeliling apabila dia tertekan. Untuk membantu wanita keluar dari masalah ini, jemput baca perkongsian Puan Nor Azniza ini…
Masalah Murung Dan Depresi
“Saya tertekan , depresi dan tidak jumpa jalan keluar…”
My dear friends…
Luahkan, jangan simpan-simpan andai tiada yang sudi mendengar tuliskan dan hamburkan segala yang terbuku. Jika malu, tulis dikertas dan hanyutkan ia ke dalam air yang mengalir atau boleh ditulis di muka buku ini dan set privacy as for me only. Dalam masa yang sama cuba cari seorg asing untuk mendengarkan luahan kita yang tidak akan menghukum.
Cara Nak Keluar Dari Masalah
Cuba keluar dari kekusutan itu.
Jika pekerjaan yang membuat anda depressi, bercuti lah atau minta pertukaran atau bersedia mencari susana baru. Bersabar. Percayalah Allah akan membantu orang-orang teraniaya.
Andai masalah itu dari suami, bersemukalah, beranikan diri. Boleh juga menulis kepada suami apa yang kita rasa.
Cuba lari sekejap sekurangnya 3-4 jam dari kekusutan itu. Anda berhak berbuat apa saja tanpa izin suami kerana mereka yang menyebabkan anda merana jiwa. Anda berhak untuk merawat diri. Dosa pahala biar Allah yang tentukan. Bukan ustaz, bukan ustazah. Di sini jangan guna istilah derhaka, disini sila guna perkataan penganiayaan dan kezaliman kepada wanita.
Jangan biarkan emosi terus tercalar dan kemarahan beralih kepada anak-anak.
Alirkan kemarahan itu pada suami anda.
Apabila anda sudah keluar dari kemelut itu. cari apa yang anda minati. Dan fokus pada aktiviti itu.
Jangan sesekali merendah diri apabila masalah berlaku kerana perasaan itu akan membuat anda lebih depress.
Contoh: Saya wanita yang cantik, pintar, serba boleh. Saya wanita yang tidak ternilai dan patut dihargai (jika masalah datang dari suami)
Saya bekerja yang mahir, dedikasi, pintar. Saya aset pada syarikat ini. Jika di sini tidak menghargai, saya yakin diluar sana banyak syarikat memerlukan khidmat saya.
Jangan sesekali berfikir ” apa salah saya? / apa kekurangan saya.” Ayat-ayat ini pembunuh jiwa anda
Pergi lah bersiar siar. Walau hanya membawa anak ke taman permainan. Sesekali ambil waktu untuk joging. Lagi geram, lagi laju langkah larian kita.
Apa Kata Hakak
Haaa… nampak tak depresi dan penyakit murung ini bukan satu masalah biasa-biasa? Kemurungan petanda bahawa seseorang wanita itu menghadapi cabaran kehidupan terlalu lama.
Ini peringatan kepada insan di sekelilingnya bahawa wanita itu terlalu banyak berkorban, berusaha dan mengalah, sudah tiba masanya untuk dia dibantu dan disokong.
Buat wanita yang mungkin mengalami kemurungan, usahlah malu atau menafikan perkara ini. Langkah pertama dalam memulihkan diri kita dari kemurungan ialah untuk menerima hakikat bahawa ada masa dan waktu, kita memerlukan bantuan dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Bangkitlah dan dekatilah orang yang boleh membawa anda kepada jalan kebahagiaan dan keluar daripada masalah hidup.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak tahu sebab apa. Tapi aku memang sayang pada anak yang nombor dua. Lepas dia lahirlah rezeki aku makin murah hingga boleh hidup senang lenang macam sekarang.”
Itu ialah contoh bagaimana seorang ibu dan bapa telah tidak berlaku adil atau pilih kasih kepada anak-anaknya. Mereka punya empat cahaya mata tapi paling sayang pada anak kedua. Dia dimanja dan diberikan serba serbi yang diingini. Kalau salah, kena tegur saja tapi tak pernah dipukul.
Adik beradik lain sedar akan perihal itu. Bahkan anak bongsu pun tidak diberi keistimewaan seperti itu. Sedar tak sedar, anda rupanya telah terpilih kasih dengan anak sendiri. Mungkin anda pernah lakukan hal di bawah ini:
6 Tanda Pilih Kasih Tanpa Mak-mak Sedari
1. Dia Anak Kebanggaan
Jika memiliki beberapa orang anak pasti ada salah seorang anak yang boleh dibanggakan. Mungkin anak itu lebih cantik, lebih pintar atau kelebihan yang lainnya.
2. Anak Yang Jatuh Sakit
Seorang anak yang sakit biasanya akan lebih diberi perhatian oleh ibu bapa. Namun, jangan lupa untuk memberi perhatian pada anak-anak yang lain.
Dampingi mereka yang buat mereka faham akan masalah yang sedang dihadapi. Barulah mereka akan turut sama membantu menjaga saudara mereka yang sakit dengan rela hati.
3. Ada Anak Terlebih Rajin
Anak yang rajin akan lebih meringankan beban ibu bapa. Apabila anak dapat membantu meringankan beban ibu bapa, pasti dia akan menjadi kesayangan ibu bapa.
Seharusnya ibu bapa tidak boleh berbuat demikian, kerana seharusnya anak yang tidak rajin itu harus dibimbing agar tidak malas.
4. Bukan Anak Kandung
Ada kalanya anak yang dibela itu bukan anak sendiri. Justeru, apabila memiliki anak kandung, anak angkat mula dipinggirkan kasih sayang serta perhatian ditumpukan pada anak kandung.
5. Bezakan Anak Melalui Usia
Faktor usia yang dimaksudkan ialah umur di antara anak-anak. Selakunya si adik akan dimanjakan berbanding si abang/kakak. Biasanya abang/kakak dan adik ini akan saling menyayangi apabila keluarga dapat memberi kasih sayang secara adil, tetapi apabila dengan kehadiran adik kecil, abang/kakak menjadi kurang kasih sayang, maka akan itu akan menyebabkan rasa iri hati dan cemburu timbul.
6. Anak Perempuan Lebih Istimewa
Kadangkala faktor jantina juga boleh menjadi punca pilih kasih. Ada ibu bapa yang lebih menyayangi anak perempuannya kerana menganggap bahawa anak perempuan harus dilindungi dan anak lelaki harus melindungi.
Jika ada 6 ciri di atas, mak-mak kena muhasabah diri. Kenalah banyak bersabar. Anak bermasalah adalah ujian daripada Allah SWT. Jangan pula menjadikan itu alasan untuk meminggirkan anak yang bermasalah. Sepatutnya ibu bapa perlu lebihkan perhatian pada anak itu.
Salah satu rahsia supaya anak-anak terus berbakti dan patuh kepada ibu bapanya adalah apabila ibu bapa bersikap adil dan saksama terhadap mereka. Jadi, setiap ibu bapa perlu mencari ilmu keibubapaan. Ibu bapa perlu menjadi ibu bapa yang membantu setiap anaknya menjadi manusia yang baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum menghakimi pasangan atau orang lain adalah lebih baik jika anda menilai diri sendiri. Jangan menjadi manusia yang hanya pandai meletakkan kesalahan pada orang lain dan tidak pernah cermin kesilapan diri sendiri.
Sebaiknya sebelum memandang keburukan orang terutamanya pasanganlah, perbaiki dahulu kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Barulah adil!
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami maksudnya :
SEBELUM…
Sebelum pandang keburukan, kelemahan dan kekurangan isteri, pandang dulu keburukan, kelemahan dan kekurangan diri sendiri sebagai seorang suami…
Sebelum pandang keburukan, kelemahan dan kekurangan suami, pandang dulu keburukan, kelemahan dan kekurangan diri sendiri sebagai seorang isteri…
Sebelum pandang keburukan, kelemahan dan kekurangan mertua, pandang dulu keburukan, kelemahan dan kekurangan diri sendiri sebagai seorang menantu…
Sebelum pandang keburukan, kelemahan dan kekurangan menantu, pandang dulu keburukan, kelemahan dan kekurangan diri sendiri sebagai seorang mertua…
Sebelum pandang keburukan, kelemahan dan kekurangan anak orang lain, pandang dulu keburukan, kelemahan dan kekurangan anak sendiri sebagai seorang ibu, bapa…
Baca Di sini:
Pasangan Yang SEMPURNA Hadir Bila Kita Banyak Memberi, BUKAN Mencari
Sebelum Cari Kekurangan Pasangan, Cermin Diri Dulu!
Sempurnakah Kita?
Sempurna ke tidak diri kita?
Jangan asyik memandang keburukan, kelemahan dan kekurangan orang lain selagi kita tidak memperbaiki keburukan, kelemahan dan kekurangan diri sendiri…
Perbaiki diri sendiri, kemudian baru yang lain-lain akan dibaiki dengan sendirinya…
Apa yang kita pandang pada orang lain, ianya juga ada pada diri kita sendiri.
MW: Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna, jadi terimalah kekurangan dan hargailah perbezaan demi hidup yang lebih bahagia. Insyallah.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Agak lali nak dengar cerita pasal mentua dan menantu yang tak sebulu, tapi itu lah realiti dan salah satu ujian bila berumah tangga.
Dapat suami yang memahami, mujur. Kalau dapat yang jenis dengar sebelah pihak? Tak ke kasihan. Macam yang saudara Firdaus Shakirin suarakan, sepatutnya mentua perlu tahu, bila masa yang sesuai untuk ‘masuk campur’.
Kalau tengok anak awak happy, menantu awak happy, diorang update pergi makan sedap-sedap, pergi melancong sana sini, bila diorang balik rumah awk pun nampak macam tak ada masalah apa-apa, maka jangan masuk campur.
Diorang tak memerlukan campur tangan mertua lagi dalam rumahtangga mereka. Semuanya masih terkawal, everything is fine.
But once awak nampak diorang dah start update bukan-bukan, dan bila balik umah awak pun masing-masing nampak senyap, tak nampak seperti kebiasaan perangai diorang, maka di situ mungkin mereka sedang menghadapi masalah.
Siapa yang perlu awak bercakap dahulu.
Menantu perempuan awak, panggil menantu perempuan, ajak dia bersembang. Tanya dia, ada apa-apa ke nak cerita, nak kongsi. Anak awak ada buat apa-apa ke kat dia. Tolong berlapang dada untuk dengar apa yang bakal diceritakan menantu perempuan awak tu tentang anak awak.
Jangan nak menangkan anak lelaki awak sangat.
Lepas dah dengar apa yang menantu cakap, panggil anak lelaki awk, nasihat dia, perbetulkan dia, ubah cara dia melayani isterinya. Awak perempuan, awak isteri, awak tahu apa yang seorang isteri mahukan dan perlukan dari seorang suami. Ajar anak lelaki awak tentang semua tu, apa yang dia patut buat, apa yang dia tak patut buat.
Ini tanggungjawab mertua dan ini yang patut seorang mertua buat, bukan cari kesalahan menantu sehingga tak nampak kesalahan anak sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI