Tukar-tukar Jadi Cikgu Dengan Anak, Cara Halus Ajar Anak Pandai Membaca

Share

Anak dah nak masuk darjah satu tapi masih belum pandai membaca. Mak ayah mulalah bimbang, susah hati anak tertinggal pelajaran dalam kelas. Melatih anak boleh membaca boleh mak ayah mulakan dari awal usia anak-anak.

Lagi-lagi dalam keadaan PKP ini, pembelajaran anak-anak dilakukan di rumah sahaja. Jadi, biarlah galakan membaca ini diterapkan dari rumah lagi. Bila anak masuk tadika, minat membaca sudah bercambah dalam dirinya. Namun, tak perlulah sampai mendesak sehingga akhirnya anak jadi mudah bosan. Lalu, hilang minat untuk belajar.

Guru ini, Wan Chu berkongsi kaedah mengajar anak tadikanya membaca. Berdasarkan pengalamannya, tidak pun sehingga memaksa anak kecilnya.

Tip Saya Mengajar Anak Pandai Membaca (Berdasarkan Pengalaman)

PDPR Di rumah pasti mencabar Ibu bapa terutamanya mengajar membaca bagi anak-anak kecil. Perkara paling asas dalam menuntut ilmu ialah kemahiran membaca maka mahu atau tidak Ibu bapa perlu pastikan anak-anak mereka pandai membaca.

Di harap tips di bawah dapat membantu Ibu bapa mengajar anak-anak di rumah.

1) Sabar Sabar Sabar sebanyaknya.

2) Letak kan target bacaan untuk hari tersebut, contoh mesti habis 2 pages atau 3 baris.

3) Saya cuma guna buku-buku yang dibekalkan tadika anak semata-mata. Uli dan ulanglah buku-buku tersebut hingga anak membaca dengan lancar (anak saya tadika Pasti) Jika anak belum tadika boleh belikan buku bacalah sayang atau buku-buku lain yang sesuai dengan usia anak.

4) Peruntukan masa khusus untuk ajar membaca. Anak saya selepas solat zohor selama 30 minit (paling lama) paling cepat 10-15 minit sahaja.

5) Ibu kena kreatif dalam teknik mengajar

. Contoh.. Sambil baling bola ke bakul kain. Jika dapat baca 1 suku kata ke boleh buat 1 balingan. Lebih seronok jika Ibu pun berlawan dengan anak. Kadang-kadang saya tukar-tukar jadi cikgu dengan anak. Saya ajar dia dan dia pula ajar saya selepas tu. Memang anak seronok.

Jangan Desak Anak Membaca

6) Jangan terlalu desak anak untuk sampai target. Jika lambat bagi motivasi pada anak. Saya Kadang-kadang sambil makan pun anak baca buku/iqra. Sekali suap bila 1 perkataan dapat baca. Lambat tapi seronok buat mereka.

7) Saya mulakan dengan Bahasa Ibunda kita. Masa kakaknya dulu saya mula dengan Bahasa Inggeris menjadikan anak saya tidak seimbang penguasaan bahasa pertuturannya. Pengamatan saya hasil daripada penggunaan Bahasa Melayu, si adik bertutur dengan ayat lebih kemas (ayat-ayat buku) dan membaca dengan lebih yakin kerana bahan bacaan adalah selari dengan pertuturannya.

Yang lebih mengujakan pembacaan Bahasa Inggeris mula mengikut secara perlahan-lahan. Tanggungjawab kita untuk perbetulkan kesilapan sebutan anak-anak. Namun teguran yang terlalu kerap boleh menjadikan anak-anak bosan dan tidak mahu meneruskan pembacaan. Jika di rumah adalah penggunaan sepenuhnya Bahasa Inggeris inshaAllah tiada masalah untuk mulakan dengan bahasa tersebut.

8) Biasa kan berdoa sebelum dan selepas membaca. Bagi semangat pada anak tentang perlunya pandai membaca. Galakkan anak baca suku kata iklan TV, papan iklan etc.

Semoga bermanfaat.

Pesan ke anak, jika ber’Google Meet’ sediakan buku, pensel dan mainan picit.

Sumber/Foto : Cikgu Wan Chu

Published by
Netty Ah Hiyer