
Nak jahit langsir ni mudah je sebenarnya. Lebih-lebih lagi kalau nak buat langsir yang asas, jenis jahit lurus bahagian kiri dan kanan. Namun part yang agak ‘mencabar’ bagi langsir jenis moden adalah bahagian nak tebuk lubang-lubang pada langsir. Ramai yang lebih suka hantar je kat kedai jahit untuk buat lubang langsir ni.
Namun, perkongsian wanita ini yang juga merupakan seorang tukang jahit, menunjukkan cara mudah bagi nak tebuk lubang pada langsir. Langsir lama yang menggunakan dawai mahupun cangkuk juga boleh di olah dah ditebuk dengan cara ini. Yang penting ‘rail’ langsir juga perlu ditukar terlebih dahulu.
Bahan-Bahan:
Pen Marker, Gunting, Pembaris, Pensel/kapur penanda, Ring langsir dan Kain langsir
Cara Membuat:
1.Letak ring dan ukur bagi anggaran sama rata. Untuk bidang 60 boleh letak 8 keping.
2.Bulat/tandakan dengan Pen Marker.
3.Pastu tandakan garis putus-putus tepi bahagian yang dibulatkan tadi 1/4 inci.
4.Guntingkan garisan putus-putus tersebut.
5.Belah ring guna pisau lama yang tak tajam.

6.Letak bahagian tajam diatas dan sebelah bahagian lagi letak bahagian bawah langsir (seperti dalam gambar).
7.Tekan dan ratakan sekeliling ring tersebut. Siap!
Info Ekstra: Tingkap 3 panel memerlukan 3 keping kain bidang 60inci. 1 1/2 keping kain setiap sebelah tingkap. Ukuran lebar dan ketinggian langsir sangat penting agar langsir dapat tergantung dengan cantik.
Kredit: Dura Good Tailor
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cuma 2 Minggu Siapkan DIY Pintu Kabinet Dapur Bajet, Kata Suami Isteri Ini Modalnya RM250

Isi Kandungan
ToggleBuat mak-mak yang berimpian nak tukar kabinet dapur tapi masih mengekalkan harga bajet, boleh cuba cara yang dikongsikan Puan Nasibah Ramly ini. Hasil pertukangan tangan suaminya, Mat’in Ali pintu kabinet dapur rumahnya dapat disiapkan dalam masa 2 minggu saja.
Modal keseluruhan untuk pintu kabinet dapur yang cantik ini pun cuma RM250. Modal selebihnya tentulah kerja keras dan usaha suami yang bersedia menyudahkan kerja-kerja bertukang.
Buat yang masih berfikir-fikir boleh ke tak boleh.. cuba tengok step by step yang ditunjukkan ini. Insya-Allah mak-mak pun sebenarnya boleh je buat. Tapi yang penting, kenalah ada minat.
“DIY pintu kabinet dapur bajet ini boleh dijadikan rujukan untuk sesiapa yang memerlukan. Tak perlu kos yang besar. memadai usaha kerjasama suami isteri.”
Rupanya di sebalik kerja-kerja pertukangan semacam ini pun boleh mengeratkan lagi hubungan kasih sayang suami isteri. Haa.. baguskan tip ini.
“Sebenarnya ramai yang pm saya tanya. Kami memang tak ambil tempahan. Buat sekadar suka-suka dan untuk rumah sendiri saja.” Akui Nasibah dan memohon maaf pada yang pernah bertanyakan soal tempahan padanya sebelum ini.
Tapi disebabkan tak nak ramai lebih kecewa, beliau berkongsi cara membuat langkah demi langkah dari zeo sampailah terhasilnya pintu kabinet dapur rona unggu yang cantik berkilat.
“Mana yang ada masa dan kurang bajet untuk tempah kabinet dapur macam kami ini. Boleh cuba buat sendiri ikut selera masing-masing.
“Saya sekadar kongsi macam mana nak bagi pintu kabinet tu jadi berkilat macam yang di tempah. Itu saja. Sebab saya tahu, semua lelaki pandai bertukang. Cuma masa dan tak ada masa saja kan.”
Detail Costing
Beli barang-barang sahaja seperti kayu 1 x 2, kayu bingkai (halus), plywood, cat, skincoat, undercoat, skru, paku, magnet, engsel
Total Cost untuk semua di atas : RM250
Tempoh : 2 minggu siap (suami ada masa malam, pagi sebelum pergi kerja dan hari cuti jumaat untuk siapkan).
Rujuk Sini Panduan Bergambar
Mula-mula sekali buat kerangka menggunakan kayu 1 x 2. Dinding tu tampal dengan plywood nipis kiri kanan. Rak ujung tu, lantai lapik dengan plywood tebal.
Untuk pintu kabinet, buat frame dulu. Lepas tu tampal plywood nipis belah belakang depan. Yang bingkai depan tu guna kayu halus, RM1 sebatang untuk hiasan.
Ini kayu 1 x 2 untuk buat kerangka dan frame pintu dan kayu halus untuk bikar RM1 saja sebatang.
Dah siap buat pintu, cuba lah pasang dulu untuk tengok ukuran padan ke tak. Mana-mana nak ejas, masa ni la. Lepas tu pasang engsel dan magnet terus siap-siap.
Yang ini step untuk mengecat ya.

Skincoat dulu untuk tutup lubang-lubang kayu. Jemur sampai kering kemudian gosok dengan kertas pasir sampai licin semua sekali.
Cat undercoat. Jemur sampai kering pastu gosok dengan kertas pasir sampai licin semua sekali.
Cat color. Ni kod color purple kabinet saya. Dah siap cat, keringkan dan boleh pasang. Siap.. Selamat mencuba!


Hasil DIY Pintu Kabinet Dapur Bajet
Sumber/Foto : Nasibah Ramly
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masa Aku Pun Akan Tiba,Semoga Allah Temukan Kita Untuk Kali Kedua”

Isi Kandungan
ToggleAjal dan maut ketentuan tuhan. Pergi tanpa pesan dan tidak menghebohkan penyakit yang dihadapi penyanyi dan pelakon, Mya Matahari dilaporkan meninggal dunia akibat kanser tisu, hari ini.
Difahamkan Maya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, 44, menderita penyakit tersebut sejak setahun lalu, namun merahsiakan daripada pengetahuan ramai. Sebelum ini penyanyi lagu Matahari itu pernah mendapatkan rawatan di China dalam usaha untuk mengubati penyakitnya itu.
Mya menceburi bidang seni pada pada tahun 1995 menerusi album pertamanya, Matahari. Lagu berjudul Matahari telah melonjak nama Maya yang kemudiannya terus dikenali dengan nama Maya Matahari sebelum menukar ejaan namanya kepada Mya.
Sertai Gegar Vaganza Musim Kelima
Selain itu Mya turut aktif dalam bidang lakonan dan pernah membintangi filem Gemerlapan pada tahun 1997. Diikuti dengan lakonan pentas dan beberapa sitkom televisyen.Nama Mya kembali menjadi menjadi perhatian selepas menyertai program Gegar Vaganza musim kelima dan kemudiannya bergelar penyampai radio Best FM.
Maya pernah berkahwin dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009, sebelum berpisah pada Ogos 2015 tanpa memiliki cahaya mata.
Luahan Rakan Rapat
Berita pemergian Mya dikongsikan beberapa rakan rapat penyanyi tersebut antaranya Haiza, Nazia Mustafa, Amyza Adnan dan Ieda Moin.Malah turut meluah rasa kesedihan atas pemergian penyanyi tersebut, sementelah mempunyai banyak kenangan manis bersama.
Antaranya pelakon Amyza Adnan;
“Al fatehah buat sahabat ku… Mya ruslee. AYA!!!!!!!! rahsia itu tetap aku simpan hingga akhir hayat mu. Amanah dari kau sahabat ku. Aku tau dia sakit ,tapi tak pernah sekali pon aku hebahkan atas dasar AMANAH. Semoga ada rezeki dan ruang untuk kami melihat jenazahmu buat kali akhir. Al fatihah.
Pelakon Nazia Mustafa;
“Innalilahiwainnalillahirajiun…. KAU PERGI JUA.
Maya, jauh didalam hati aku ni, aku rindukan kenangan lama kita, kita sama-sama susah senang kongsi segalanya, kita bergado pastu baik sebab dan kita lebih mengenali diri masing-masing sebagai sahabat, aku rindu semua tu.”
Tapi bila aku, kau @iedamoin79 @amyzaaznankaaia dah kawin. Masing-masing ada jalan hidup masing-masing. Kita jarang jumpa tapi kita masih lagi bersahabat. Tak call tak jumpa tak bermakna kita lupa bukan…. tapi kenapa kau pergi terlalu awal, sebab kita belum lagi habis bercerita tentang kita, kau hentikan cerita kita kat sini ayaaaa”

“Allahuakhbar.. Ya Allah… kau letakkan lah sahabat aku ni di syurga mu ya Allah. Allahuakhbar..Tunggu aku tau, masa aku pun akan tiba. Semoga Allah temukan kita untuk kali kedua.”
View this post on InstagramKau sahabat ku dunia akhirat….😭😭😭 Tenang lah kau disana ayaaaa…. ♥️♥️♥️ ALFATIHAH 🤲
A post shared by nazia mustafar (@naziamustafar) on
MW: Memang sedih apabila kehilangan kawan rapat yang kita miliki, apatah lagi pernah berkongsi segala kenangan suka dan duka. Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga penyanyi ini, dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah.
Sumber: Sinar Harian,naziamustafar, amyzaaznankaai
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rekod Pergigian, Satu Cara Sahkan Identiti Mangsa Kebakaran Sebelum Ujian DNA

Rezeki, jodoh dan ajal telah ditentukan olehNya. Ditakdirkan diri kita dijemput dalam satu kejadian yang tidak disangka dan tidak tahu keadaan diri kita. Jalan terbaik untuk sahkan identiti diri tentulah melalui rekod pergigian dan ujian DNA.
Sebab itu, jangan ambil ringan tentang rekod pergigian yang kita lakukan sejak dari sekolah lagi. Inilah pentingnya bila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. Ini juga yang ditakdirkan oleh 5 sahabat iaitu pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang viral sebelum ini terlibat dalam kemalangan. Alhamdulillah ksemua mangsa telah selamat dikebumikan.
Malah, sebelum ini kesemua proses pengesahan identiti mangsa dilakukan melalui pemeriksaan dan padanan rekod pergigian. Daripada apa yang difahamkan, padanan atau persamaan identiti boleh dikenalpasti melalui rekod pergigian.
Tetpai, jika padanan rekod pergigian itu gagal dikenalpasti, barulah langkah seterusnya beralih kepada kepada ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Inilah yang diulaskan oleh Dr Iqbal Rosali tentang bagaimana nak kenalpasti mayat mangsa.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nahas 5 Sahabat Rentung Disahkan Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
Laga Gigi Masa Tidur Sebab Gangguan Pernafasan Bukannya Tanda ANAK DEGIL
Info Lebih Menarik DI SINI
Rekod Pergigian Untuk Kenalpasti
Macam mana rekod pergigian digunakan untuk mengenal pasti mayat?
Bila datang klinik gigi, doktor gigi akan periksa semua gigi. Itu yang selalu kita dengar doktor selalu sebut, “11 sound” “27 missing” dan lain-lain. Itu maknanya doktor beritahu pada pembantu untuk tandakan dalam rekod kita setiap keadaan gigi kita pada waktu itu.
Sebab itu benda pertama doktor gigi kena belajar ialah anatomi setiap gigi. Semua gigi ada ciri-ciri masing-masing. Contoh gigi geraham kecil pertama dan kedua tak sama bentuknya.
Kalau salah satu hilang, doktor kena tahu gigi apa yang tertinggal dalam mulut tu.
Setiap gigi ada simbol masing-masing untuk beritahu gigi itu rosak ke atau pernah dicabut ke.
Gigi rosak pun dibahagikan kepada 5 permukaan, jadi kena tanda bahagian mana yang rosak. Itu pun boleh jadi perbezaan dalam rekod.
Bila buat rawatan, doktor akan rekodkan pula apakah rawatan untuk gigi-gigi yang perlu dirawat. Gigi apa, permukaan gigi yang mana, rawatan jenis apa.
Jika rekod teratur dan keadaan gigi dalam keadaan baik, mudah bagi pasukan forensik membanding bezakan setiap rekod dengan mayat untuk mengesahkan identiti.

Mingguan Wanita : Sejak masuk sekolah, mesti ada kad warna hijau. Itulah rekod pergigian kita. Ingat itu perkara biasa. Rupanya inilah salah satu cara untuk sahkan identiti kita selain daripada ujian DNA.
Sumber: Iqbal Rosali
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI