Musim jerebu ni sangatlah digalakkan memakai topeng muka atau mask untuk mengelakkan debu berbahaya. Bagi anak-anak memang payah nak disuruh pakai mask. Salah satu cara kreatif yang mak-mak boleh dilakukan ialah membuat mask sendiri untuk anak. Dengan corak yang pelbagai membuatkan mereka suka dan nak pakai topeng muka ni.
Mak-mak yang pandai menjahit tu boleh cuba buat mask sendiri, ikut tutorial yang dikongsikan oleh Tukang jahit Roy Z Resources ini.
Berikut perkongsian tersebut;
“Tutorial mask dari Tukang jahit Roy Z Resources yang tak seberapa pandai ni.”
“Roy guna kain dua-dua cotton tak panas anak-anak pakai.Untuk ibu-ibu di luar sana nak buat untuk anak-anak musim jerebu ni.”
“Ada dua bentuk pola. Roy buat mula-mula buat bawah tu lurus je anak yang sulung tak nak dia nak yang bengkok bawah tu macam topeng orang jual tu..Itu yang buat lagi satu pola yang melengkung tu. Alhamdulillah anak suka.. ibu sanggup buat untuk anak asal kan dia pakai. Selamat mencuba…Semoga berjaya!
Bahan-Bahan:
2 keping Kain Lining
2 keping Kain Luar
2 keping Kertas Gam
2 helai getah halus getah halus (8 inci sebelah kanan 8 inci sebelah kiri)
**Potong kain ikut ukuran pola ini.
Ads
Cara Membuat:
1.Letakkan kertas gam pada kain bahagian luar.
2.Jahit macam ni pada kain luar dan kain lining, basi 1/4.
3.Jahit tindih bahagian atas macam dalam gambar.
4.Ia jadi begini, kedua-dua dijahit tindih kasih.
5. Tanda 1/2 inci keempat-empat penjuru untuk letak getah.
Ads
6. Tanda 1/2 inci keempat-empat penjuru untuk letak getah.
7. Ia jadi seperti ini.
8.Kemudian, letak bahagian luar sama bahagian luar dan letak jarum peniti pada bahagian hidung dan dagu.
Ads
9. Jahit keliling dan jangan lupa tinggalkan lubang untuk terbalikkan nanti.
10. Terbalikkan macam ini.
11. Setelah terbalikkan, kemaskan setiap bucu bagi tajam.
12. Jahit pula bahagian tepinya untuk kemaskan.
Siap!
MW: Mak-mak yang pandai menjahit, musim jerebu ni boleh cuba buat mask untuk diri sendiri dan anak-anak. Bukan sahaja untuk digalakkan pakai untuk kesihatan, malah nampak lebih cantik dan unik dengan corak pelbagai. Bukan itu sahaja, boleh juga dijadikan pendapatan sampingan.
Idea DIY dan dekorasi rumah boleh didapati daripada pelbagai sumber antaranya seperti Pinterest. Sliding jenis Barn Door atau inspirasi pintu ‘bangsal’ atau kandang kini kian menjadi trend kerana ia nampak kemas, cantik dan jimat ruang. Selalunya pintu jenis begini, bagi rumah berkonsep ‘farm house’, malah sangat sesuai buat untuk sliding ‘walk in wardrobe’, stor, bilik air dan sebagainya.
Boleh cedok idea yang dikongsikan oleh Ahmad Zhafran Abdurrahim ini yang membuat sendiri Sliding Barn Door Untuk Walk-in Wardrobe di rumahnya.
Nak kongsi perjalanan buat sliding barn door untuk walk-in-wardrobe.Lepas siap renovate rumah haritu ada sekeping plywood lebih. Fikir-fikir bolehlah buat barn door untuk wardrobe yang belum ada pintu. Terus lah cari inspirasi kat pinterest lepas tu shoot ke kedai cari kayu.
Senarai bahan:-
1. Papan tengah dan tulang belakang: construction grade plywood baki renovation
2. Tulang temulang: kayu pine dara dari Chin Chun
3. Railing dan handle: Shopee
4. Cat: Seamaster matt white & matt black
Lain-lain:-
– Filler pakai ASG je. Banyak lebih dari renovation.
– Potong kayu dan plywood semua circular saw. Belum ada bajet untuk beli miter saw.
– mujur ‘sanding’ pakai mesin. Itupun penat jugak lah 4 jam tengah rembang bulan puasa pulak tu.
Kos kayu lebih kurang RM80 (ada baki kayu)
Railing + handle RM160
Plywood, cat, filler lebihan renovation
Kepuasan: PRICELESS
1.Walk-in-wardrobe ni asalnya stor. Kami tutup pintu asal dari hall, pecahkan sebelah master bedroom. Jadilah wardrobe. Shelving tu tulangnya guna kayu meranti baki renovation (reclaimed). Letakkan plywood 6mm atas bawah, silikon keliling, tampal, cat. Lupa pula ambil gambar step-by-step.
Keluasan 20sqft je lebih kurang 4’x5′ macam tu.
Untuk bahagian rak guna Kayu 1″x2″ lekat ke dinding guna wall plug 10. Tulang-tulang saya sambung guna gam+dowel. dah lekat semua tu tambah pula silikon.
Contoh Lakaran:
2.Pintu selepas dipasang. Railing tu dah disukat guna spirit level tapi gap bawah tak sama sebab tile lantai tak level betul.
3. Boleh lah sembunyikan segala harta karun dalam ni bila ada tetamu.
4. Selepas dicat. Bahagian depan putih, sisi dan belakang hitam. Two-tone gitu.
5. Proses paling memenatkan.. filling and sanding. Makan sehari juga ni.
6. Nampak pattern plywood tu pelik? Sebab guna construction grade waterproof plywood. Bukan untuk perabot sebenarnya. Tapi ada lebihan renovate rumah haritu, jadi buat apa membazir.
Ketebalan pintu bergantung pada hardware (perkakas). Roller yang saya beli tu untuk pintu berketebalan 40-45mm. Plywood yang saya ada tebalnya 12mm. Kayu pine saya guna 18mm tebal. Jadi saya tambah frame belakang guna plywood yang sama. So 18 (kayu frame depan) + 12 (plywood tengah) + 12 (plywood frame belakang) = total tebal 42mm.
Mingguan Wanita : Cantiknya dan nampak sangat kemas Sliding Barn Door untuk Walk-in Wardrobe ini. Boleh cedok idea yang dikongsikan ini, malah jika pandai bertukang boleh buat sendiri je.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Hiasan karangan bunga, kalau nak beli, rasanya harga pun boleh tahan juga. Walaupun begitu, memang cantik bila dijadikan hiasan di rumah. Nak gantung atau diletakkan frame pun boleh. Ikut pada idea masing-masing.
Tak perlu nak pening-pening, hiasan karangan bunga nie rupanya boleh dibuat sendiri. Bahan yang digunakan pun diambil daripada sekita rumah. Akar-akar kayu dan penyakut baju. Bunga pula bolehlah dibeli di kedai atau guna sahaja bunga yang memang tak nak pakai.
Kali ini, Norpadilah berkongsi idea dalam membuat hiasan karangan bunga. Bolehlah mak-mak buat kat rumah. Tepek di dinding pun cantik.
“DIY hiasan karangan bunga ni sesuai untuk dinding atau pintu. Kos pun sangat-sangat rendah sebab kita una bahan-bahan terpakai yang ada di sekitar rumah. Cuma, kena gigih dapatkan akar kat semak la…”
Bahan Yang Diperlukan:
1. Akar kering yang melilit pokok.
2. Hanger baju
3. Cable tie
4. Hot glue
5. Bunga/daun artificial
6. Spray paint putih atau clear
7. Kayu pallet & hook ( addition ) klu nak buat frame
Step by step ada di bawah.
Akar pokok, hanger baju dan cable tie.
Spray ikut suka warna apa.
Kalau nak buat frame.
Kering cat boleh letak bunga pulak guna hotglue gun.
MW: Kreatif. Nanti bolehlh buat kat rumah. Tampal kat dinding untuk hiasan. Mesti cantik.
Kurma ini jadi cukup terkenal bila tiba bulan puasa. Sebab ramai yang tahu dan faham khasiatnya pada mereka yang ambil pada bulan Ramadan ini.
Sayangnya, dalam pada nak dapatkan khasiat kurma itu rupanya tak seratus peratus kurma itu sendiri dalam keadaan bersih. Proses memetik sampailah kepada pembungkusan memungkinkan kurma ini melalui perjalanan pemprosesan yang panjang.
Sebagai pengguna, kenalah lebih teliti dengan makanan yang bakal diambil itu. Puan Niena Samsir berkongsi pesanan agar anda membasuh terlebih dahulu kurma yang dibeli. Dan ini alasannya.
Tolong Basuh Dulu Kurma fresh, Sejuk Beku Atau Kering
Perlu ke basuh kurma sebelum makan?
Ok, ni ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?
Kalau beli, tak de kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?)
Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.
Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.
So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.
Cara Cuci Kurma
Lepas ni, jangan ambil mudah tau.
Cara nak bersihkan kurma :
Rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit.
Lepastu bilas dengan air bersih.
Kemudian tapis, kalau nak lebih baik.
Jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.
Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan.
Simpan dalam peti sejuk, in shaa allah tahan lama.
Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih.
Mingguan Wanita :Penting untuk kita menjaga kebersihan lagi-lagi berkaitan apa yang kita makan dan ambil hari-hari. Semoga lebih prihatin.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...