tempahan jahitan online

Mengambil tempahan jahitan jika kena caranya memang boleh dapat pendapatan yang lumayan walaupun hanya beroperasi di rumah sendiri. Jika selama ini hanya tertumpu mengambil tempahan jahitan secara bertemu muka dengan pelanggan, sebenarnya zaman teknologi ini tukang jahit boleh ambil tempahan secara dalam talian (online).Cara ini lebih mudah dan meluaskan skop untuk mendapat tempahan jahitan serta pelanggan.

Berikut merupakan perkongsian ilmu oleh tukang jahit Nurbaizura SaNi, 7 tips mudah untuk mengambil tempahan jahitan secara online!

TIPS AMBIL TEMPAHAN JAHITAN SECARA ONLINE

Perkongsian ini sekadar pengalaman saya sepanjang tiga tahun dalam bidang jahitan. Saya melihat ramai yang mempunyai bakat dalam dunia jahitan dan saya kagum dengan setiap hasil usaha rakan yang bergelar tailor. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan rakan mendapat idea dan mula mengambil tempahan jahitan secara online.

Siapa kata menjahit dari rumah susah nak dapat pelanggan. Jom mula ambil tempahan jahitan secara online.

1.Kenalpasti Kategori Tempahan

Pertama sekali kenalpasti kita pakar dalam kategori bidang jahitan yang mana. Contoh tukang jahit pakaian tradisional lelaki, pakaian tradisional wanita ,peralatan bayi, baju kanak kanak,jahit tudung dan sebagainya.

Ini adalah untuk memudahkan kita nak cari prospek atau bakal customer kelak.

Ads

2.Cara Ambil Ukuran

Oleh kerana kita berhubung dengan pelanggan melalui online atau atas talian sahaja maka jika mahu ambik ukuran boleh melalui beberapa cara.

Antaranya adalah :

✔Sediakan ukuran standard seperti saiz S,M,L dll dan kita minta customer nyatakan saiz yang sesuai
✔Minta customer pos kan pakaian yang selesa dipakai kepada kita dan kita mula mengambil ukuran tersebut. Tulis maklumat detail berkenaan pelanggan dan ukuran yang tepat supaya urusan jadi mudah jika customer nak repeat order dari kita. (pulangkan semula pakaian ukuran bersama pakaian yang ditempah oleh pelanggan)
✔Sediakan perkhidmatan ukuran door to door (jika kawasan sekitar atau berhampiran).
Berikan perkhidmatan mengukur dari rumah kepada customer yang memerlukan. Kenakan caj yang setimpal jika perlu.

Tukang Jahit Ini Kongsi 7 Tips Mudah Cara Ambil Tempahan Jahitan Secara Online!

Ads

3.Minta pelanggan berikan gambar design pakaian yang pelanggan mahu tempah

Ini supaya kita nampak gambaran design yang pelanggan mahukan dan tidak berlaku salah faham disitu. Maklumkan jika kemungkinan lain yang akan berlaku.

4.Minta Deposit

Minta pelanggan berikan deposit dahulu sebelum menerima tempahan.
SOP ini adalah sangat membantu dan mengelakkan berlaku masalah lain dikemudian hari.

5.Beri tarikh tempahan siap

Sediakan tarikh lengkap bila tempahan boleh siap.Pastikan kita siapkan tempahan mengikut tarikh dan masa yang telah dijanjikan.Jika ada masalah boleh terus berbincang dengan pelanggan untuk menetapkan tarikh yang baharu.

Ads

6.Semak Jahitan Yang Siap

Pastikan kita menyemak hasil jahitan sebelum dihantar dan dipos kepada customer untuk mengelakkan kerugian dikemudian hari. Pastikan ukuran yang kita jahit tepat dengan ukuran yang diminta oleh customer.Elakkan daripada pelanggan memulangkan kembali pakaian yang sudah ditempah kerana banyak kos yang terpaksa kita tanggung (kos postage)

7.Beritahu syarat & peraturan

Beritahu pelanggan tentang SOP selepas pelanggan menerima baju. Contohnya jika ada masalah, proses untuk alter pakain tersebut hanya tiga hingga lima hari selepas menerima baju. Jangan berikan tempoh masa yang lama kerana kita perlu fokus kepada tempahan yang baharu pula.

** mengambil tempahan jahitan adalah kerjaya yang mampu beroleh pendapan lumayan jika tahu cara dan konsisten dengan apa yang kita lakukan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Nurbaizura SaNi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI