Tukang Jahit Ini Ajar Langkah Demi Langkah Cara Buat Cardigan, Pola Baju Turut Disertakan!

Share

Cantiknya bila bergaya dengan cardigan atau baju longgar yang dipakai pada bahagian luar. Cardingan ni ‘penyelamat’ untuk para wanita dan mak-mak untuk nampak lebih bergaya, elegan malah lebih sopan.Terutamanya bila nak cepat, pakai blouse atau tshirt, dan sarungkan je cardingan dah boleh terus keluar berjalan.

Mudah je nak buat sendiri. Mak-mak yang pandai menjahit tu boleh ikut pola dan langkah demi langkah cara nak buat cardigan seperti yang diajar oleh tukang jahit dari Nurul Taylor Creation ini.

Berikut perkongsian daripada Cik Nurul Hidayah Husni sebagai rujukan;

Bahan-Bahan:

2 meter bidang 60 Kain Cromo Crepe
Piping

Pola Asas buat lakaran macam ni untuk (Saiz L)

Pola belakang dan depan

Cara Membuat:

1.Bahagian badan depan.Tanda 12 inci dari tepi pola. Curve freehand je. Tak payah guna pembaris.

2.Macam ni ye untuk badan belakang. Ambil je macam biasa tak payah zip.

3.Kemasan guna piping yang dah siap tu. Jahit dalam longkang.

4.Selepas itu, kebelakangkan piping dan tindih setepi.

Info Ekstra!

  • Selain kain jenis cromo crepe, boleh juga gunakan kain yang jenis ‘memeri’ seperti kain chiffon untuk menghasilkan cardigan yang cantik dan beralun.
  • Asasnya seperti jahit kurung moden juga. Sebab ada lengan, cuma kena lebihkan sikit dari kurung moden.
  • Bahagian leher macam buat leher bulat juga turun 11 cm.Dari 11 cm tu sama Line dengan 12 inci tu.
  • Belakang tak perlu zip.Jadi kain lipat dua tak perlu dibelah untuk ruangan zip.

Semoga bermanfaat!

Mak-mak yang pandai menjahit dan nak cuba kelainan, boleh cuba buat cardingan ini sendiri.Ikut pola yang diberikan dan langkah yang ditunjukkan.

Selamat Mencuba!

Sumber: Cik Nurul Hidayah Husni

Published by
Suhaidah Abd Wahab