Lelaki ini, tujuh tahun jaga jodoh, akhirnya kekasih hati kahwin dengan sahabat sendiri. Beratnya dugaan lelaki ini tetapi tindakannya menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih dengan sahabatnya dipuji ramai.
Bayangkan selama ini bercinta, sudahnya teman wanita memilih teman baik untuk dijadikan suami. Inilah dikatakan jodoh di tangan Tuhan.
Sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki di Indonesia hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasih dengan sahabatnya sendiri mengundang simpati netizen, lapor Suara.com, semalam.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram @berita_gosip, lelaki itu dilihat berdiri di hadapan pasangan pengantin sambil mengucapkan tahniah.
Menurut keterangan video, pengantin perempuan rupanya pernah bercinta dengan lelaki itu selama tujuh tahun.
“Tujuh tahun bercinta, akhirnya kekasih berkahwin dengan sahabat sendiri.
“Rupanya saya bukan menjaga jodoh sendiri tetapi menjadi penjaga jodoh sahabat,” tulis kenyataan di status berkenaan.
Meskipun percintaan mereka gagal, hubungan lelaki itu dengan pengantin perempuan kelihatan baik apabila wanita itu dilihat bersalaman sambil mencium tangan bekas kekasihnya.
Baca Juga Di Sini:
Dapat Isteri Yang Baik, Jaga Elok-Elok Bukannya Salah Guna Untuk Kepentingan Sendiri
Berkawan Dengan Suami Orang Bila Dah Tersuka, Dilamun Cinta, Terus Dikatakan Jodoh!
Wanita Mangsa Asid Bertemu Jodoh Ketika Dapatkan Rawatan Di Hospital
Guru Tak Sangka Bertemu Jodoh Dengan Murid Sendiri, Suami 10 Tahun Lebih Muda
Pasangan Kita Itu Jodoh Ditakdirkan, Carilah KEISTIMEWAAN Bukannya KEKURANGAN
Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang memuji kekentalan hati lelaki itu menyaksikan bekas kekasih berkahwin dengan sahabat sendiri.
“Ini satu bebanan kerana ia akan diingati seumur hidup lelaki itu,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi
Mingguan Wanita : Bukan mudah hendak terima takdir dan kehilangan kekasih hati, namun apakan daya andai ini adalah takdirnya.
Sumber : Kosmo Online