Tujuh Tahun Deritai Masalah Pernafasan, Awal Pagi Jumaat Isteri Ahmad Tarmimi Siregar Dijemput Ilahi

Seawal 4 pagi Jumaat, pelakon veteran Datuk Ahmad Tarmimi Siregar terpaksa menerima hakikat kehilangan isteri tercinta, Datin Zulhaila Siregar Sulaiman, 64. Allahyarham rupanya sudah tujuh tahun menderitai penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) yang berkaitan dengan pernafasan.

Sayunya kehilangan isteri di bulan yang mulia ini. Namun, tentunya Allahyarham insan terpilih yang dijemput Ilahi dalam waktu akhir 10 Ramadan ini. Barangkali sudah asbab kepergiannya. Kebiasaan suami memeriksa keadaan isteri, sebaik mahu menunaikan solat tahajud.

Tetapi tidak pagi ini. Malah, Datuk Ahmad Tarmimi hanya dapat menyaksikan sekujur tubuh isteri yang tidak bergerak, kakinya sudah pun sejuk sekitar jam 4 pagi.

Selalunya setiap kali bangun solat tahajud dalam jam 2 pagi, saya akan periksa dia dulu. Tapi tadi tidak.” Sambil memaklumkan kali terakhir bercakap dengan isterinya kira-kira jam 11 malam Khamis.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Bangsar, Kuala Lumpur.

Kata suaminya lagi, sebelum masuk tidur iaitu 11 malam Khamis itu, dia sempat membuat hantaran video kepada ahli keluarganya yang lain akan keadaan isterinya ketika itu.

Keadaannya tidak berapa okay. Pernafasan dan oksigen kurang bagus.” Malah, Allahyarham kelihatan teramat penat.

Tujuh Tahun Deritai Masalah Pernafasan, Awal Pagi Jumaat Isteri Ahmad Tarmimi Siregar Dijemput Ilahi

IKLAN

Mahu Peluk Anak Bongsu Balik Kerja

Memandangkan ketika ini musim wabak Covid-19, bimbang untuknya menghantar isteri ke hospital. Lagi-lagi penyakit isteri membabitkan paru-paru.

Saya fikir tidak sesuai. Tak jangka pula dia sudah mahu pergi.”

Di saat-saat akhir hayatnya itu, isterinya mula tak lalu nak makan dan minum. Puas juga suami memujuk. Tetapi tetap ditolak isteri.

Bagaimana pun, arwah isterinya itu sempat bercakap nak peluk anak bongsu yang baru pulang dari kerja

IKLAN

Redha Suami ‘Jika Allah Mahu Ambil.. Ambillah Dia’

Sejak mengalami sakit COPD tujuh tahun lalu, isterinya terus bertahan. Namun, tiga tahun kebelakangan ini sakitnya semakin hebat menyerang. Malah kesihatan isteri mulai merosot.

Isterinya tak boleh keluar rumah. “Kalau keluar pun kena bawa oksigen bersama. Itu pun sesekali saja.”

Bila mana pernafasan isteri yang semakin tidak menentu ditambah pula dengan mula tak dapat mengingat sejak dua minggu lalu, Datuk Ahmad Tarmimi mula pasrah dan redha dengan keadaan isteri.

Saya cakap pada diri, saya redha jika Allah mahu mengambilnya. Ambillah dia.” Arwah isterinya itu juga tidak dibawa ke hospital, sebaliknya ambulan dan pegawai perubatan datang untuk membuat pemeriksaan.

IKLAN

Semua anak pun sudah ada di rumah. InsyaAllah, saya cuba segerakan urusan pengebumian jenazah.” janji suami sebagai bakti akhir untuk isteri tercinta.

Tujuh Tahun Deritai Masalah Pernafasan, Awal Pagi Jumaat Isteri Ahmad Tarmimi Siregar Dijemput Ilahi

Sesungguhnya saat kematian itu tidak datangnya lambat mahupun cepat. Ia tepat seperti janji yang telah tuhan catatkan.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solar Zohor.

Ketika hayatnya, Allahyarham merupakan penerbit bersama filem Belukar lakonan Bront Palarae, Daphene Iking dan ramai lagi. Malah, pernah membintangi filem Sepi pada 2008.

MW : Al-Fatihah.. semoga Allahyarham Zulhaila Siregar Sulaiman ditempatkan di taman-taman syurga bersama orang-orang yang soleh.

Sumber/Foto : Harian Metro, Dato Ahmad Tarmimi Siregar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI