Tujuh Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Sabrina Ali Bernikah “Semoga Rumah Tangga Kekal Ke Akhir Hayat”

Share

Pemilik nama sebenar Sabrina Ali Dad Khan yang sudah tujuh tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya menamatkan zaman jandanya dengan memilih Wanji Aswandi sebagai suami.

Pernikahan pasangan ini melenyapkan gosip hubungannya dengan Saiful Apek. Sabrina Ali dan suaminya, Wanji Aswandi, kedua-duanya sebelum ini pernah melalui kegagalan rumah tangga, Wanji merupakan seorang duda sejak sembilan tahun lalu.

Menerusi perkahwinan pertama, Sabrina dikurniakan cahaya mata perempuan, Ariyana, 13. Dua lagi cahaya mata, Syed Aryan Khan, 9, dan Syed Adrian Khan, 7, pula menerusi perkahwinan kedua.

Sabrina Ali Doakan  Rumah Tangga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat

 

 

Anak saudara penerbit filem terkenal, Datuk Dr. Yusof Haslam dan sepupu kepada Syamsul Yusof ini disatukan sebagai suami isteri di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Sabtu lalu.

“Kami mula kenal sejak Ogos lalu. Daripada status kawan ke teman rapat. Barangkali, mungkin disebabkan pernah berkahwin, jadi kami pantas mencipta keserasian dan memahami antara satu sama lain.

“Suami juga berdarah seni seperti saya. Dia bergelar pengarah aksi, penyanyi, pelakon, guru silat, penulis skrip dan buku.

“Kami pernah gagal dalam perkahwinan, sebelum ini. Semoga rumah tangga yang baru dibina ini akan kekal hingga ke akhir hayat,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi BH Online.

Baca Disini Juga:

Layanan Baik Puteri Sarah Liyana Terhadap Pembantu Anaknya, Duduk & Makan Semeja Curi Perhatian

Tasha Shilla Mohon Doakan Kesihatan Yang Baik Buat Dirinya & Bayi Dalam Kandungan

Rancang Majlis Resepsi Sebelum Ramadan

Difahamkan juga majlis pernikahan tersebut telah berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan dihadiri 50 tetamu di kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat.

“Saya dan suami merancang mengadakan majlis resepsi, tahun depan sebelum bulan Ramadan. Tetapi, semuanya bergantung dengan situasi pandemik COVID-19

“Cukuplah, orang tahu saya sudah sah bernikah. Butiran lain seperti mas kahwin, wang dan dulang hantaran, saya memilih untuk tidak mendedahkannya,” kongsinya.

Sabarina bersama anak-anaknya.

Sumber: BH Online
Sumber Foto: Instagram Sabrina Ali
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh