Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh berkongsi khabar duka apabila anak pertama yang dikandung isteri, Fatin Athira meninggal dunia tujuh bulan lalu.
Khabar tersebut dikongsikan Noh atau Mohammad Noh Salleh, 39, dalam Instagramnya sambil memandang positif terhadap ujian yang dilalui.
Harapan besar vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh untuk menimang cahaya mata pertama mereka berakhir dengan khabar duka apabila zuriat yang dikandung isterinya, Fatin Athira Mustapa, meninggal dunia.
Julian
Berita tersebut dikongsikan Noh menerusi satu hantaran di Instagram petang tadi selain turut memaklumkan dia dan isteri sempat memberikan nama buat cahaya mata sulung mereka itu dengan panggilan Julian.
“Hari ini 22 September genap tujuh bulan kami kehilangan anak dalam kandungan.
“Kalian tak tahu kan? Dalam kesukaran berjuang untuk Musa, kami juga bergelut memastikan anak di dalam kandungan sihat namu, Tuhan jemput dia awal.
“Pastu segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau erti kata lain perbaiki diri sebagai suami isteri.
“Meskipun perit nak lalui segala yang aneh tetapi kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih ‘steady’ serta tenang sebab kami berjuang pertempuran hebat dan menang.
“Beruntung kami di kelilingi orang-orang baik, teman-teman dan keluarga yang tidak henti memberi kekuatan, mendoakan serta menemani pergi ke kubur sementara kami tidak stabil mental dan emosi.
“Hantaran ini adalah sempena ulang tahun saya dan isteri esok.
“Ulang tahun pertama tetapi rasa macam 20 tahun sebab melalui macam-macam,”katanya.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 23 September 2023.
Sebelum ini Noh pernah berkahwin dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011namun bercerai Ogos tahun lalu. Mereka mempunyai seorang anak angkat yang diberikan nama Musa.