Kala hati pelawak Ali Puteh masih berduka dengan pemergian seorang abang Allahyarham Syed Umar Mukhtar yang amat dikasihi, anak kedua Allahyarham Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang meninggalkan kira-kira tiga bulan lalu. Luka kehilangan tuhan gantikan dengan khabar berita kehamilan isteri.
Berita, isteri Ali hamil lagi diibaratkan rezeki yang tidak pernah disangka-sangka oleh adik Allahyarham Syed Umar Mukhtar atau Abam ini. Kandungan isterinya baru berusia enam minggu.
Sesungguhnya dalam kesedihan kehilangan anak kedua dan abang, tuhan gantikan rezeki cahaya mata untuk Ali dan isterinya, Melati Fitri Abdullah.
Kata Ali, “ Syukur padaMu yaAllah.. sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang. Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini.”
“Di kala saya berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.”
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.”
“Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja.”
Sebaik mendapat tahu isterinya hamil lagi, Ali memaklumkan akan membawa isteri ke klinik dan menjalani pemeriksaan ibu hamil yang biasa dilakukan sebelum ini.
Memandangkan sejarah kehamilan dan kelahiran anak keduanya yang pernah berdepan penyakit jantung berlubang, maka kandungan kali ini akan diberikan perhatian dengan sebaiknya.
“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.”
Sebelum ini, anak kedua Ali pergi menghadap Ilagi kerana jantung berlubang dan mengalami masalah injap jantung terbalik. Selepas 17 hari dirawat di hospital, anaknya itu menghembuskan nafas terakhir ketika usianya tiga bulan.
Sungguh tak mudah untuk Ali menerima kehilangan abang, Abam yang begitu bertanggungjawab terhadap ibu dan adik-adiknya. Tentunya tugasan arwah abang akan dipikul olehnya kelak.
Ali banyak berkongsi akan kebaikan arwah abangnya dan kerinduannya yang tak berbalas. Akuinya, dia sendiri masih tertanya-tanya apakah kebaikan yang abangnya itu lakukan.. sehinggakan ke saat ini masih ramai yang menziari kubur abangnya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Baca sini :‘Allah sayang kau abang’ Baru saja pemergian anak Ali Puteh dikejutkan kehilangan ABAM
MW : Tahniah kepada Ali Puteh dan isteri. Semoga kehadiran baby baru ini akan mengubat kerinduannya kepada anak kedua dan abang yang paling disayangi itu.
Sumber/Foto : Astroawani, Ali Puteh