Tuduh Nur Farah Kartini mengandung, keluarga wanita minta maaf & merayu tak disaman. Nur Farah Kartini Abdullah  yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor. Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Kes kematian pelajar cemerlang ini mendapat liputan meluas media dan dikhabarkan hari ini jenazahnya akan dituntut oleh ahli keluarganya di Unit Forensik Hospital Sg Buluh untuk dikebumikan di Pekan, Pahang selepas hasil keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh  positif milik  Nur Farah Kartini.

Tuduh Nur Farah Kartini Mengandung

Di sebalik pemergian arwah Nur Farah, terlalu banyak spekulasi di media massa termasuk hearsay (sekadar kata-kata orang) yang sebenarnya amat mengguris hati keluarga.

Di Tik Tok @Muhammad Fikri dipercayai kenalan kepada arwah Farah dan banyak berkongsi #keadilan buat  Farah Kartini, dirinya berkongsi satu kata nista dilemparkan oleh seorang wanita bernama Nor Fatihah Idriss berusia 27 tahun yang mendakwa arwah Nur Farah Kartini mengandung.

Dalam tuduhan tanpa bukti itu, Nor Fatihah Idris menulis “teman lelaki dia tu polis dan suami orang. Tak nak bertanggungjawab ke atas Farah sebab mengandung….

Tuduh  Nur Farah Kartini Mengandung, Keluarga Wanita Minta Maaf  & Merayu Tak Disaman

 

Ternyata ia satu tuduhan yang amat berat buat arwah kerana pihak polis sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawasanya arwah Nur Farah Kartini mengandung dan ternyata ia berunsur fitnah.

Keluarga Wanita Minta Maaf & Merayu Tak Disaman

Dalam pada itu,selepas tuduhan Nor Fatihah Idris mulai viral, adik kepada wanita ini ada membuat DM meminta maaf bagi pihak kakaknya di page Muhammad Fikri (BACA DI SINI) selain meminta agar keluarga arwah tidak menyaman kakaknya kerana mereka tiada duit .

“Assalamualaikum bang. Saya adik kepada Nor Fatihah Idris yang mengeluarkan kenyataan tentang arwah Farah. First sekali saya tahu silap kakak saya dan kakak saya kesal dengan perbuatan yang telah dia buat tu.

“Saya mohon maaf pada family arwah dan pada semua rakyat Malaysia dan saya harap sangat pada family arwah tak saman pada kakak saya. Harap family arwah boleh maafkan perbuatan kakak saya.

“Kami pun tiada duit untuk nak saman ini semua. Saya minta maaf  ya pada semua  satu Malaysia. Apa yang kakak saya buat itu memang salah tapi kakak saya pun dapat berita yang orang bagi. Bukan dia buat andaian sendiri.

“Semoga dipermudahkan urusan family arwah dan kerja-kerja orang atasan di sana. Minta maaf lagi sekali dari pihak kakak saya. Assalamualaikum.

Dalam pada itu, semalam semasa Mingguan Wanita berkongsi telefon bimbit arwah telah ditemui, seorang  individu memberikan komen di IG MW memaklumkan bahawa arwah sememangnya mengenali suspek tetapi bukan kekasih seperti didakwa ramai.

Tuduh  Nur Farah Kartini Mengandung, Keluarga Wanita Minta Maaf  & Merayu Tak Disaman

Apa pun, berhati-hatilah mengeluarkan kenyataan agar tidak mengguris hati keluarga arwah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Nur Farah Kartini Ditemui Tidak Bernyawa, Hilang Di Tanjung Malim, Ditemui Di Felda Gedangsa, Hulu Selangor

“Dia Seorang Sahaja Anak Perempuan Dalam Keluarga” Arwah Farah Kartini Anak Bongsu 7 Beradik

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Saya turunkan ego saya…

Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.

Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.

Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.

Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI