Tuduh isteri mengada-ngada bila moody & beremosi, suami tolonglah faham! Rendahkan sikit ego. Sebagai seorang suami janganlah terlalu ikutkan perasaan.
Hormatilah isteri orang yang paling anda sayangi. Jangan sakiti hari mereka.
Kadang tu dek kerana terlalu penat bekerja dan menguruskan rumah tangga, emosi wanita kurang stabil. Fahamilah mereka, jangan biarkan isteri terus moody dan beremosi.
Para suami rendahkanlah ego dan jangan ikutkan perasaan. Layanlah permaisuri kamu dengan sebaiknya.
Tip dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini sangat berguna. Praktikanlah dalam rumah tangga ya!
“Aku ni suami. Takkan aku nak pergi minta maaf pula. Patutnya dialah minta maaf dengan aku. Nak emo tak tentu pasal, mengada-ngada. Buat penat je aku melayan semua ni.”
Selalu ada bisik hati berbunyi begini dalam hati suami.
Setiap kali pertengkaran, isteri salah.
Setiap kali jadi masalah, isteri jadi punca.
Setiap kali ada benda tak kena, isteri yang tak pandai jaga.
Habis tu, suami pula macamana?
Semuanya nampak sempurna
Semua nampak betul sahaja.
Ads
Walhal, suami pemimpin rumahtangga. Segala keputusan dan tindakan suami kena pimpin dan atur.
Tok Abah tak kata semua para suami yang bermasalah.
Tidak sama sekali.
Namun sebilangan besar, inilah yang berlaku.
Tok Abah melihat kepada ratusan kes yang Tok Abah temui dari dahulu sehingga ke hari ini, banyak rumahtangga yang berat sebelah.
Ads
Kerana apa?
Isteri banyak masam muka, moody, beremosi dan buat perangai, maka ditudingnya jari kata isteri yang mengada-ngada.
Para suami, tak mahu sedikit pun turunkan ego dan duduk sama rendah dengan isteri.
Buat para suami,
Suami yang bijak, dia takkan pandang besar pada salah isterinya sahaja. Setiap kali berlaku masalah, dia akan tuding jari ke diri sendiri dahulu.
Mencari mana kelemahan dan masalah yang perlu dia perbaiki.
Kerana dia tahu, dia pemimpin dan perlu dia yang jadi penyelesaian kepada semua hal ini.
Sungguhpun jika para isteri itu salah, kalian tidak menghukum tetapi didik, bimbing dan bentuklah isteri menjadi lebih solehah dan sempurna di mata kalian,” Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Ads
Mingguan Wanita : Suami sesekali kucuplah dahi isteri berikanlah semangat buat permaisuri hatimu.
Bagi anak-anak perantauan, Aidilfitri tahun ini memberi satu lagi memori berjauhan daripada mak ayah tercinta. Usah disebut betapa rindunya hati bila tak dapat balik kampung di hari raya.
Pandemik dan pematuhan PKP menghalang semua itu untuk dilaksanakan pada Aidilfitri kali ini. Ibu Zarah menitipkan pesanan akan hikmah yang sedang kebanyakan daripada kita sedang lalui sekarang ini.
Catatan ini ditulis pada 25 Ramadan yang lalu, tetapi masih bagus untuk pembacaan dan pemahaman semua.
Bismillah…
TAK DAPAT BALIK KAMPUNG!
Ramai yang rasa derita tidak dapat berhari raya bersama ibubapa dan saudara mara di kampung pada tahun ini setelah tahun lepas pun begitu juga. Ibu faham sangat rasa kesedihan itu…faham sungguh rasa kerinduan pada kedua ibu dan ayah kita.
Rupanya Allah masih tak izinkan kita menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa seperti tahun-tahun sebelumnya. Kemeriahan hari raya di Malaysia ini terkenal dengan baju baru, kasut baru, handbag baru, juadah tahunan waktu pagi raya. Panjang senarai kita kalau nak sambut raya kan?.
Tak kata kat orang, ibu dulu pun macam tu gak… Ada juga berkereta baru dan berumah baru sempena hari raya. Itu adalah budaya kita dan bukan tuntutan agama.
Tak salah untuk pulang kekampung. Menyantuni ibubapa dan ziarah menziarahi ahli keluarga memang sangat dituntut oleh agama malah beroleh pahala yang sangat besar nilainya. Apatah lagi di dalamnya ada maaf memaaf di atas segala kesilapan dan halal menghalal makan dan minum.
Beza Aidilfitri Di Malaysia Dan Mekah
Jika kita berada di Mekah waktu umrah Ramadhan dan pulang ke Malaysia pada hari raya ketiga contohnya. Di sana tiada suasana seperti di Malaysia. Masa tu memang kita rindu sangat raya kat Malaysia.
Waktu pagi raya, selepas solat sunat Aidil Fitri, semua sunyi dan senyap di setiap jalan dan lorong. Tiada ziarah menziarah, tiada makan-makan macam kat tempat kita. Mereka tidur! kerana semalaman suntuk mereka berjaga pada malam raya.
Mereka beribadat sepanjang malam, menangis kerana Ramadhan akan berlalu pergi, mereka merayu pada Allah untuk memohon pengampunan dan dilepaskan dari azab api neraka dan mengharapkan maghfirah Allah untuk dimasukkan ke syurga.
Beza betul dengan kita, malam raya tu laa banyak benda ‘last minit’ nak buat. Malam raya sempat lagi kita gi shopping baju dan kuih lelong kat PKNS, ada yang malam raya masih mengecat rumah, gantung langsir dan masak memasak hingga ke subuh.
Azan subuh pagi raya tu, baru angkat dan gantung ketupat. Ada yang malam raya masih berhempas pulas menghadap jem berbelas-belas jam untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Dah tergambar wajah mak dan ayah yang setia menunggu hingga ke pagi anak cucu pulang beraya. Memang teruja beb!.
Tak Dapat Balik Kampung, Rupanya Allah Nak Ajar Kita Sesuatu
Sebab tu bila kita tak dapat balik kampung, kita sedih sangat-sangat sebab kita akan ‘miss’ suasana kesibukan menyambut Aidilfitri ni. Memang terasa betul laa kalau tak dapat balik. Mengongoi satu malam kat bucu katil tak dapat balik kampung.
Rupanya dalam kekecewaan kita disaat pandemik ini, Allah nak ajar kita sesuatu. Kita boleh jer beli baju, handbag dan kasut baru tapi hanya boleh dipakai di rumah. Boleh jer beli kereta baru, tapi terletak jer laa dalam garaj tak boleh nak gerak jauh-jauh.
Iya, boleh jer masak-masak dan buat kuih raya tapi makan anak beranak yang dalam rumah dan dekat-dekat sahaja. Baru kita tahu nilai kerinduan pada ibu dan ayah. Masa dulu boleh balik kampung, kekadang tu ada yang tak heran pun nak balik, siap beraya kat obersi lagi. Tertunggu-tunggu laa orang tua tu anak tak balik-balik.
Dah 2 tahun ni, Allah nak ajak kita MEMBESARKAN Dia di akhir Ramadhan rupanya. Allah nak dengar rayuan memohon pengampunan dariNya. Allah nak kita bersujud meletakkan dahi atas bumiNya tanda kita ini hanyalah hambaNya. Tak ada kuasa apa-apa tanpa pertolongan dariNya.
Allah nak suruh kita banyakkan INFAK duit kita tahun ini. Contoh kalau balik kampung, kita akan membelanjakan lebih kurang RM600.00 duit minyak dan tol… tu belum singgah R&R beli itu dan ini.
Apakata kita sedekahkan budget tu untuk anak yatim, untuk pembangunan masjid dan surau, untuk fakir miskin dan niatkan pahalanya untuk mak ayah dan kita sekeluarga. Rasanya itu lebih bermakna buat mereka.
Duit Baju, Kuih Raya Halakan Untuk Wakaf Dan Sedekah
Duit beli baju raya, duit kuih raya yang mungkin berlebihan sebab tak beli banyak macam biasa, dah boleh dihalakan untuk wakaf dan sedekah. Allahu Akbar! Bila Allah nak tegur kita, banyak cara dan ada hikmahnya. Cuma kita sedar atau tidak.
Berlapang dadalah kita yang tak DIBENARKAN merentas daerah dan negeri apalagi negara. Marilah kita hidupkan malam-malam terakhir Ramadhan dengan lebih bermanfaat kerana nak beribadah ni dimana-mana pun boleh. Dirumah kita, dimasjid, dikampung, dibandar…. semua Allah terima.
Dah berpuluh-puluh tahun kita menyambut kemeriahan hari raya dengan budaya, kenapa tak kali ini kita bersungguh-sungguh menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan KEMENANGAN yang sebenar. Insya’allah.
Semoga dengan doa-doa kita yang akan Allah makbulkan, diangkat wabak ini dari muka bumi ini, dihapuskan virus dan dihentikan rantaian jangkitannya… dapat kita kembali kepangkuan ibubapa kita dengan aman dan selamat. Amin.
Misi memburu Lailatulqadar belum berakhir. 25 Ramadhan 1442H IZ
Bila bergelar isteri dan ibu, mulalah anggap segala kerja rumah di bahunya. Tanggapan orang selalu merasakan surirumah hanya goyang kaki, sedangkan mereka yang lalui betapa isteri penat lalui ini seorang ini.
Lebih teruk, suami tak fikir betapa isteri penat di rumah uruskan rumahtangga. Dia hanya fikirkan diri dia seorang penat keluar bekerja mencari nafkah. Bagaimana pula dengan isteri yang bekerja dan masa yan sama uruskan kerja rumah.
Suami yang baik dan faham isteri penat dan dirinya penat, kenala sama-sama bantu. Kalau suami mengharapkan pada isteri seorang, mungkin rumahtangga akan bertambah tenat.
Fahami perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini. Kena sama-sama rasa penat urus kerja rumah, barulah rumahtangga tidak TENAT.
Dalam rumahtangga, kalau kita nak lawan siapa yang lagi penat, siapa yang lagi banyak buat kerja, maka smpai bila-bila pun kita akan bergaduh dan bermasam muka.
Prinsip rumahtangga saya, buat setakat yang larat sahaja, tak boleh buat, tinggal. Jangan paksa diri dan jangan nak perfect…
“Malam ni masak apa…?”
Wife jawab tak tahu lagi. Tak buat keputusan lagi sebab tengah ajar anak buat kerja sekolah.
Terus saya reply, “Tak payah masak, saya tapau makan malam…”
Balik rumah, sampai ja rumah, tengok baju masih kat ampaian…panggil anak, mintak dia ambik bakul…saya kutip, bawak masuk dalam rumah…lepas maghrib, sambil tengok berita, saya lipat…
Boleh saja saya balik rumah lepas itu,”kenapa tak masak lagi, kenapa baju tak kutip lagi, kenapa itu, kenapa ini…” saya dah PENAT kerja kot…takkan balik rumah kena buat macam lagi…
Isteri Bukan Goyang Kaki
Tapi saya tak buat macam tu sebab isteri pun ada kerja dia sendiri. Issteri bukan membuta dari pagi sampai ke petang. Isteri bukannya goyang kaki, tak buat apa-apa. Jangan hanya kerana kita tak nampak apa yang dia buat, itu tidak bermakna dia tak buat apa-apa.
Larat kemas, kemas…tak larat biar bersepah…larat masak, masak…tak larat kita tapau luar…larat lipat baju, lipat…tak larat, esok kita buat…
Ada yang jenis nak perfect, nak siapkan jugak walaupun tak sempat…boleh, teruskan dan buatlah…tak ada paksaan pun cuma jangan merungut je lah kalau pilih nak buat macam tu…
Dalam rumahtangga ni, penat tu dua-dua kena rasa…kalau salah seorang sahaja yang PENAT, maka rumahtangga tu TENAT…
Mingguan Wanita : Kenalah sama-sama penat. Bantu mana yang boleh. Kena ada tolak ansur.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...