Sememangnya tubuh hanya serap kuantiti yang diperlukan setiap hari, jadi buat apa seseorang itu membazir dengan ambil Vitamin C secara berlebihan.
Vitamin C yang tidak diperlukan akan dikeluarkan melalui air kencing. Membazir dan merugikan duit beli vitamin harga yang mahal.
Oleh itu mak ayah diminta untuk bersederhana dalam pengambilan Vitamin C. Ikuti perkongsian Dr Arisman ini dan hadam baik-baik penjelasannya.
Ini suplemen Vitamin C 100 mg (milligram). BOLEH BELI DI SINI: https://invol.co/cl5mili
Selalu kita nampak di kedai-kedai farmasi dan klinik-klinik. Kita berikan ini kepada kanak-kanak bukan?
Kemudian untuk orang dewasa pula kita cari sediaan tablet 1000 mg ke atas. Kononnya itu dos untuk orang dewasa.
Ok mari kita betulkan ilmu suplemen Vitamin C ini.
Nampak tak tulisan pada pelekat botol, indikasi suplemen Vitamin C untuk apa? Iaitu untuk vitamin C deficiency atau kekurangan vitamin C dalam badan misalnya penyakit Scurvy. (Di Malaysia payah hendak jumpa atau boleh dikatakan sudah tidak ada)
Maka dos yang ditunjukkan adalah rawatan kepada penyakit kekurangan Vitamin C. Bukan dos suplemen seharian anak-anak kita. Faham?
Kita dan anak-anak kita yang sihat dan tidak ada penyakit Scurvy atau kekurangan Vitamin C ini sepatutnya ambil dos yang sesuai dengan keperluan diet tubuh sahaja. Apa dia?
RDA (Recommended Dietary Allowance) menyarankan keperluan harian Vitamin C adalah;
1 tahun hingga 3 tahun: 15 mg/ day (hari)
4 tahun hingga 8 tahun: 25 mg/ day
9 hingga 13 tahun : 45 mg/ day
Remaja dan dewasa lelaki: 90 mg/ day
Remaja dan dewasa perempuan: 75 mg/ day
Ibu hamil dan menyusu: 85 – 120 mg/ day
FDA (Food & Drug Administration) pula mengesyorkan Daily Value (DV) untuk kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke atas termasuklah dewasa hanya memerlukan 90 mg per hari.
Baca Juga Di Sini:
Ambil Berlebihan Undang Alahan, Setakat Ini Tiada Kajian Vitamin C CEGAH COVID-19
Mangga, Super Hebat, Ada Lebih 20 Vitamin & Mineral Berbeza!
Jika diambil lebih 2000 mg per hari. Komplikasinya adalah boleh terjadi sakit perut, mual, diarea dan meningkatkan risiko terjadinya batu karang pada buah pinggang.
Boleh jika anda sudah berumur 12 tahun ke atas. Tetapi tubuh hanya menyerap kuantiti yang diperlukan seperti lelaki 90 mg dan perempuan 75 mg sahaja per hari.
Selebihnya akan dikeluarkan melalui air kencing. Membazir dan merugikan duit beli vitamin harga yang mahal. Bersederhanalah.
Boleh. Tidak menjadi masalah. Tapi kena pastikan diet seharian kita ada sayur atau buah-buahan sebagai sumber vitamin C yang cukup.
Misalnya buah oren, mangga, betik, buah kiwi, nenas, strawberi, red atau green pepper, brokoli, tomato dan lain-lain.
Tak perlu beli suplemen. Beli buah dan sayuran lagi banyak mineral dan multivitamin kita dapat. Mengenyangkan pula…
Oh ya, untuk mereka yang ada penyakit iron deficiency anaemia (kekurangan zat besi darah merah), mereka perlu ambil dos vitamin C yang disyorkan oleh doktor kerana Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh.
Dr. Arisman, MD.
“Sama-sama belajar”
Medical mythbusters malaysia
Nanti saya sambung isu vitamin C dengan batu karang buah pinggang.. jangan lupa follow dan tekan favourite.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang dalam apa perkara sekalipun tidak perlu berlebihan, memadai ikut keperluan tubuh saja. Bimbang timbul penyakit lain pabila Vitamin C diambil berlebihan.
Sumber : Dr Arisman MD
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita