Tuanku Junjung Adab Melayu, Ketika Ada Tetamu, Hidang Makanan Tanda Meraikan

Share

Sekeping foto ini menceritakan segalanya, di sepanjang kemelut politik negara yang belum lagi selesai. Ada cerita kebaikan pemimpin yang dizahirkan menerusinya. Keindahan budi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meraikan para petugas media yang bekerja tak kira waktu di hadapan pintu Istana Negara.

Pensyarah dan pakar dalam bidang hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi bagaimana sekeping foto ini, mengajar kita tentang NILAI MURNI yang sepatutnya ada dalam diri setiap orang.

 

 

Hidang Tetamu Makanan Sebagai Tanda Meraikan

Ada banyak nilai murni yang kita boleh pelajarai dari sekeping foto ini.

1. Bagaimana seorang pemimpin tertinggi, santuni golongan bawahan pekerja yang menanti sebuah berita.
2. Baginda turun berpanas hanya untuk bertegur sapa dengan rakyat yang sedang bertugas untuk hilangkan keresahan didada mereka.
3. Baginda mencemar duli dengan menyampaikan dengan tangannya sendiri McD kepada rakyat yang bertugas ditengah panas.
4. Baginda menghormati dan meraikan berita yang sahih, sebab itu orang media diraikan. Kita kekalutan untuk mendapatkan mana berita benar, mana berita palsu.
5. Bahasa tubuh baginda sederhana, dia tidak mengenakan suit dan bersongkok seperti pegawai istana atau pakaian terhormat tetapi hanya kenakan kemeja dan tali leher yang diguna pakai oleh semua pekerja.
6. Makanan memberi nilai simeotik yang tinggi bagi bangsa Melayu

, ketika ada tetamu kita akan hidangkan dengan makanan sebagai tanda meraikan.

Kesannya,

Hari ini orang media mendapat banyak ‘durian runtuh’ dari power bank percuma, Milo percuma, Food Panda dan sebagainya.

Kita boleh sahaja katakan bahawa mereka buat untuk pengiklanan percuma tetapi lebih besar dari itu. Bila baginda memberi teladan yang baik, maka ia menjadi ikutan buat semua manusia.

Ini Simbol Kasih Sayang

Kawan kawan,

Hari ini kita dapat lihat warna sebenar pemimpin kita yang rakus nak berkuasa .

Sebagai pemimpin hari ini, hargailah usaha rakyat yang masih susah bekerja keras mencari rezeki setiap hari buat keluarga.

Seronoknya mereka dapat makanan yang diberi

Ada pemimpin yang lebih utamakan kepentingan peribadi dari kepentingan rakyat demi sebuah kuasa.

Kami bersyukur masih ada pemimpin kami yang hulurkan makanan sebagai tanda penghargaan atas usaha media.

Ia simbol kasih sayang sebenarnya.

Duhai pemimpin, jadilah pemimpin yang kami sentiasa doakan kesejahteraan dalam doa kami.

Bantulah kami dan janganlah terlalu gilakan kuasa hingga kami malu memiliki pemimpin seperti anda.

Doa kami, moga pemimpin yang baik akan kekal sejahtera. Amin.

MW : Semoga Malaysia terus sejahtera.

Baca sini : KDYMM Agong prihatin, belanja petugas media berkampung depan istana makan KFC.

Sumber/Foto : Azizul Azli Ahmad, Rakyat Jelata

Published by
Netty Ah Hiyer