Kan dah beritahu, Intan Liana Saleh, 33, ini ramai yang sayang. Bukan saja geng mak-mak yang bersimpati dengan perjalanan rumahtangga Intan, malah pelakon dan pengacara terkenal, Rozita Che Wan yang mesra dengan panggilan Che Ta ini pun terkesan sama. Sampai Che Ta pun kongsi ilmu teknik hentakan tumit tinggi lah dekat Intan.
Sewaktu bertemu Intan yang kebetulan singgah di boothnya dekat, Mood Republik PWTC, Che Ta tak lepaskan peluang beri nasihat untuk Intan. Agar Intan terus cekal lalui apa jua ujian yang bakal mendatang dalam hidupnya.
Kata Che Ta dalam instagramnya, “Kepada Intan, kami doakan hampa dimurahkan rezeki serta dilimpahkan rahmat seluasnya.”
Sempat lagi Che Ta doakan Intan bertemu jodoh dengan pasangan yang menyayangi Intan sampai akhirat kelak. “Semoga dapat jodoh yang terbaik, terhensem, terkaya dan sayang awak sampai Jannah.”
Tapi dalam nasihat itu ada satu pesanan untuk Intan yang mendapat perhatian ramai. Bila mana Che Ta kata, “Ingat teknik hentakan tumit tinggi serta tapak kaki kalau ada sesiapa cuba kacau hak hampa.” Haa.. bukan saja Intan, ramai follower Che Ta pun teruja sama nak tahu macam mana teknik yang Che Ta bagi tau tu.
Sebabnya di Malaysia ini, bukan saja Intan ada juga yang mengalami nasib seperti Intan. Lagi-lagi buat wanita yang lemah lembut macam Intan ini. Che Ta memang bela habis wanita-wanita teraniaya sebegini.
“Secara jujurnya kami benci perampas. Caption secara general untuk hampa semua na. Jangan terasa.”
“Untuk bonda @__iiiintan.saleh, thanks sebab singgah booth kami di PWTC. Baik dan manis orangnya, lembut je. Kami hadiahkan jus goyang rapat che ta dekat intan supaya mendapat dapat lepas ni. Jangan pikiaq lain, mendapat yang lebih baik.”
Sempat lagi Che Ta, selitkan amaran keras untuk wanita-wanita yang tak pandai untuk menghormati hak orang lain. “Kalau hampa berani berani dok ghampas laki orang memang kami ketuk dengan tumit tinggi, kami hempas hampa dengan tumit kaki kami. Biadap, ghase nak qegau kepala tu
.”Ramai wanita yang menyokong kenyataan Che Ta ini. Malah mereka juga sama-sama mendoakan agar Intan bertambah kuat dan dimurahkan rezeki.
Sumber/Foto : Intagram rozitachewan1