‘Trend’ Bela Ayam Hibrid Seberat 50gram, Dijadikan Haiwan Peliharaan Di China!

Share

‘Trend’ Bela Ayam Hibrid Seberat 50gram, Dijadikan Haiwan Peliharaan Di China! Berbanding kucing, burung, ikan dan anjing, spesies ayam hibrid yang dikenali sebagai ayam rutin kini menjadi kegilaan dan trend dalam kalangan pencinta haiwan untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Ayam Hibrid Domestik

Ayam hibrid domestik itu malah disifatkan sebagai ‘ayam terkecil di dunia’, iaitu hanya sebesar penumbuk manusia dan seberat 50 gram.

Golongan pencinta haiwan di China ketika ini berlumba-lumba mendapatkan ayam tersebut dan menjadikannya sebagai haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

Reban Istimewa

Malah, mereka juga menyediakan ‘reban istimewa’ untuk ayam tersebut yang dilengkapi dengan pelbagai bahan termasuk lampu, tumbuhan, tangga dan juga ‘rumah tidur’.

Ayam tersebut mendapat nama daripada vitamin P, iaitu flavonoid yang terdapat dalam buah-buahan sitrus serta beberapa tumbuhan.

Bertelur 300 Hari

Ayam itu juga merupakan haiwan yang produktif, iaitu mampu bertelur 300 hari dalam tempoh setahun.Biasanya, telur yang dihasilkan lebih kecil berbanding telur burung puyuh.

Biarpun boleh dipelihara dalam rumah kondominium memandangkan saiznya yang kecil, ayam rutin sebenarnya memerlukan lebih banyak penyelenggaraan berbanding anjing dan kucing.

Selain itu, haiwan berkenaan juga memerlukan suhu yang bersesuaian agar tidak terlalu sejuk dan juga panas.

Mesti Baca:Dari Heel Ke Boot Phua Chu Kang, Tinggalkan Dunia Glamor Kini Jual Ayam Di Pasar
Baca Lagi Di Sini:CARA PANTAS Lembutkan Daging/Ayam Tua, Campak Dalam Periuk Nasi, Tak Perlu Tambah Air!
Artikel Menarik:Tak Payah Masuk Setitik Minyak Pun, Ayam Goreng Sedap Tetap Garing!

Mingguan Wanita: Comel juga ayam kecil macam ni, hanya seberat 50 gram dan sebesar saiz penumbuk manusia je. Malah kerap bertelur pula.Memang menarik dijadikan haiwan peliharaan.

Sumber: Utusan, Oddity central

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab