Sungguh tak sangka dalam kemeriahan menyambut Syawal ada juga senario tidak wajar apabila ada segelintir anak-anak yang sungguh beraya sakan, namun rela meninggalkan mak ayah berseorangan beraya di hospital.
Hari Raya seharusnya diraikan bersama-sama mak ayah dan keluarga tersayang, barulah ia memberi erti dan lebih bermakna. Namun sikap menganggap mak ayah yang telah lanjut usia sebagai beban amatlah dikesalkan.
Ini antara pengalaman yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Firdaus sendiri sewaktu bertugas di hospital dahulu. Namun menurut beliau bukan semua Warga Emas yang dimasukkan ke wad ketika perayaan akibat tidak disayangi. Ada yang betul-betul dimasukkan ke wad kerana anak-anak ikhlas ingin menjaga kesihatan ibu bapa.
Berikut seperti yang dikongsikan;
Masa saya kerja di hospital dulu, setiap kali musim perayaan mesti akan ada peningkatan kemasukan Warga Emas ke wad. Tak kisah la Hari Raya Aidilfitri, Raya Cina, Deepavali atau Christmas. Trend sama sahaja.
Kisah Warga Emas yang dikejarkan ke hospital juga sama. Tidak kira bangsa dan agama. Si Ibu atau Ayah akan dibawa ke kecemasan oleh salah seorang anak. Biasanya dikatakan ibu bapa mereka amat lemah, ada cirit birit, batuk berpanjangan atau lemah akibat tak mahu makan.
Dari raut wajah Warga Emas ini, kita dapat lihat kesedihan yang dialami. Mereka tahu, mereka dibawa ke hospital bukanlah atas sebab kasih anak kepada ibu bapa. Mereka sedar yang anak mereka bukan hiraukan tentang kesihatan mereka.
Artikel Menarik: Banyak Bersabar Dan Santuni. Itulah Cara Jaga Mak Ayah Sakit, Bukan TUNGGU
Ditinggalkan Berseorangan Di Hospital
Dari saat mereka dibawa ke hospital, mereka tahu yang mereka akan ditinggalkan berseorangan di wad di hospital dan hanya akan mendapat perhatian dari doktor dan jururawat. Mereka tahu tiada seorang pun anak-anak mahukan sanak saudara yang akan melawat.
Sejurus selepas Warga Emas ini dimasukkan ke wad, anak-anak mereka akan menghilang. Apabila jururawat atau doktor ingin menelefon waris untuk memaklumkan ibu atau bapa mereka sudah sihat untuk dibawa pulang, tiada satu pun panggilan dijawab. Kalau dijawab pun, seribu satu alasan diberi untuk tidak mengambil pulang ibu atau bapa mereka. Sehinggalah musim perayaan berakhir.
Anak-Anak Beraya Sakan
Ini yang saya perhatikan semasa saya bertugas di hospital hampir 10 tahun lalu. Hospital awam dijadikan sebagai “dumping ground” Warga Emas sementara anak-anak beraya sakan di musim perayaan.
Harapnya ia bukan lagi sesuatu yang biasa di hospital. Harapnya sudah ada kesedaran dikalangan masyarakat untuk menjaga ibu bapa mereka dengan baik.
Menjelang Syawal ini, saya doakan anak-anak dan saudara mara pulanglah ke kampung halaman dengan selamat. Raikanlah ibu bapa anda. Kita tak tahu bila mereka akan pergi selamanya.
Dr Ahmad Firdaus
Ex ED MO
Mesti Baca:Mudah Bahagiakan Mak Ayah Waktu Raya, Tapi Anak Selalu Terlepas Pandang
Baca Lagi Di Sini:Pahala Istighfar Seorang Anak, Bahagiakan Mak Ayah Yang Telah Meninggal Dunia
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar buat kita. Sebagai anak, janganlah bersikap pentingkan diri hingga sanggup ‘buang’ mak ayah di hospital semata-mata nak mudah beraya sakan.
Sumber: Dr Ahmad Firdaus
Ni antara tanda-tanda suami sayang isteri.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Ada anak ramai belum tentu boleh jaga mak yang seorang.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI