Baru-baru ini syarikat penerbangan AirAsia buat tawaran harga tak masuk akal tiket penerbangan ke Korea dan Jepun. Walau bagaimanapun, dua negara berkenaan mencatat jumlah kes COVID-19 yang tinggi.
Ibu ini, Rosmarlina Binti Abd Ghani menetap lama di Jepun. Dan beliau tetap meletakkan kebimbangan pada traveller yang berhajat ke negara tempatnya menetap, Jepun.
Sungguhpun demikian, beliau berkongsi panduan selamat untuk traveller yang meneruskan perjalanan ke Jepun.
Katanya, “US letakkan Jepun Level 2, bg amaran pada traveller ke Jepun.”
“Pada yang cancel ke Jepun sebab bawa anak kecil dan warga tua… Anda memang sangat berfikiran jauh dan satu keputusan yang tepat walaupun berat
.”“Pada yang meneruskan perjalanan… ke Jepun dalam masa terdekat, tawakal dan berusaha sehabis baik untuk jaga kesihatan anda dan semua ahli rambongan.”
“Jangan ambil ringan dan sentiasa beringat, ketahuilah virus ini boleh bertahan selama 9 hari di tempat-tempat yang disentuh oleh pembawanya.”
25 Feb 2020
Updated…
Tokyo 33 kes
Hokkaido 30
Kanagawa 17
Aichi ( Nagoya) 17
Wakayama 12
Chiba 10
Ishikawa 4
Okinawa 3
Kumamoto 3
Kyoto 2
Fukouka 2
Nara 1
Mie 1
Dan
Osaka masih 1
Namun di tempat tinggal saya di Osaka Bay, kami sudah dapat surat dari sekolah dan tempat jagaan kanak-kanak supaya memantau suhu anak-anak setiap hari dan jika suhu 37.5c tidak dibenarkan ke sekolah.
Info tambahan kes
South Korea 833 kes
Jepun 138 kes
Saya doakan semoga semua rakyat Malaysia yang melancong dan yang bermastautin di Jepun, selamat dari dijangkiti Virus ini, amin.
Doakan kami di Osaka ni ya.
Baca sini : Ibu ini kongsi panduan jaga anak terkena demam Influenza sehingga sembuh.
Saya sertakan juga gambar bagaimana pada wanita berhijab untuk pakai Mask. Harap membantu.
Salam dari Malaysian di Osaka, Ros
MW : Di mana pun berada, sentiasalah berjaga-jaga dan lindungi diri dan keluarga.
Sumber/Foto : Rosmarlina Binti Abd Ghani