Sampai macam tu sekali tindakan seorang suami ini. Lebih rela terjun dari feri asalkan tak teruskan lagi hidup bersama isteri yang queen control. Nekad betul.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, lelaki itu mulanya menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Butterworth.
Kemudian, dia naik pula feri yang menuju ke Georgtown. Tapi dia tak turun malah terus berada dalam feri yang sama. Ikut berpatah balik ke Butterworth.
Sampai saja dekat kawasan perairan Butterworth, tiba-tiba di terjun dari bahagian belakang tingkat atas feri. Mujurlah kapten feri cepat bertindak. Hubungi menara kawalan dan pasukan bantuan tiba selamat lelaki terbabit.
Segera dia dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk dirawat.
Selepas berjaya diselamatkan dan disoal siasat, tahulah punca kenapa dia nekad sangat nak terjun feri itu. Rupanya suami yang baru berusia 36 tahun itu tak tahan sampai tertekan dengan sikap isteri yang mengawal dirinya.
Disebabkan itu jugalah mereka kerap bergaduh. Dia dikatakan mengalami masalah kewangan selepas perniagaan yang diusahakan jatuh merosot.
Ketika ini, bapa kepada dua orang anak berusia antara lima dan lapan tahun sudahpun dirujukkan kepada doktor psikologi untuk rawatan susulan.
MW : Dalam keadaan ekonomi keluarga yang cukup-cukup makan, kadangkala ujian sebegini memberi tekanan kepada kedua belah pihak. Sungguh tak mudah nak melaluinya, namun setiap masalah itu pasti ada jalan keluar. Jangan fikir singkat sangat, sebab akhirnya akan mudaratkan diri sendiri.
Kalau dah sampai peringkat tertekan dan kemurungan, baik suami ke isteri berjumpalah dengan psikiatris agar anda boleh dirawat. Tidaklah nanti tunggu hilang nyawa baru nak menyesal.
Sumber/Foto : Harian Metro