Tragedi selepas berbuka, 4 beradik berusia 3-8 tahun meninggal dalam kebakaran di rumah. Innalilahiwainliaihirojiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita pergi. Satu tragedi menyayat hati berlaku di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, Muar Johor malam tadi apabila empat beradik ditemui meninggal dunia dalam kebakaran di rumah mereka.
Dalam kejadian menyayat hati, kesemua mangsa berusia 3, 4, 6 dan 8 tahun, dua lelaki dan dua perempuan ditemui di dalam bilik air rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut berada di lokasi.
Dalam kejadian semalam, jam 7.49 malam, difahamkan ibu bapa kepada mangsa tiada di rumah.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ibu Kongsi 3 Beradik Sangat Rapat, Anak Mengadu Sakit Dada & Menyebut Soal Kematian Sebelum Tragedi
Gagal Kawal Kesedihan, Luluh Hati Ayah Berkali-Kali Kucup Jenazah 3 Beradik
Hilang 3 Beradik Sekelip Mata Kemalangan Maut, Pelajar Tahfiz Pelik Adik Beradik Tak Muncul
Tragedi 1 Ramadan Berdarah, 3 Beradik Maut & 4 Parah Ditetak Lelaki Dipercayai Kurang Siuman
Dalam satu perkongsian oleh pengguna facebook, Nurliyana Aainaa Zolkipli, jiran terdekat dengan rumah arwah empat beradik ini, dirinya kebetulan berada di kampung untuk berbuka bersama adik beradik memaklumkan, orang kampung yang menyedari berlaku kebakaran cuba membantu dengan memanggil kesemua adik beradik ini namun tiada yang menyahut.
“Ada jiran yang kemudiannya memanggil mak arwah di tempat kerja dan dirinya bertanya hal anak-anaknya selepas dimaklumkan kejadian ini.
Kongsinya lagi, ada cubaan orang kampung untuk masuk ke dalam rumah namun pintu terkunci dari dalam. Bahkan usaha memadam api juga tidak berjaya kerana tekanan air tidak kuat hinggalah pihak bomba sampai.
“Selepas air dipadamkan, bomba menemui kesemua empat beradik ini dan jenazah dalam keadaan baik. Mungkin lemas kerana terhidu asap. Ya Allah sayunya, moga mak dan ayah anak syurga ini tabah,” tulisnya yang turut membuat emoji menangis.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?