Tragedi rider dilanggar di Lampu isyarat, kutipan kilat berjaya kumpul RM204,322 dalam 48 jam. Jumaat lepas, negara dikejutkan dengan berita kemalangan melibatkan dua penghantar makanan yang dilanggar di persimpangan lampu isyarat. Kejadian malang dan menyedihkan ini berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, Klang.
Kemalangan pada jam 2.30 petang itu melibatkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail, dua motosikal dan sebuah Proton Wira.
Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Nissan X-Trail di lorong ketiga hendak membelok ke kanan dan tiba-tiba sebuah lagi Nissan X-Trail yang berada di lorong keempat jalan terus ke hadapan dan berlaku pelanggaran.
Menyedihkan, seorang dari penghantar makanan dikenali sebagai Amin, 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian. Lebih menambah sedih, arwah dikatakan baru saja mendirikan rumahtangga dua minggu sebelum kejadian.
Manakala seorang lagi penghantar makanan mengalami kecederaan parah dengan kedua belah kaki patah teruk. Isterinya dalam keadaan sarat mengandung.
Ternyata di sebalik musibah, rakyat Malaysia bersatu hati membuat kutipan yang dipantau oleh @adminmisirakyat313.
Ads
Apabila menyedari musibah ini terjadi, berdasarkan persetujuan ramai, satu tabung telah dilancarkan. Alhamdulillah sebanyak RM204,322 berjaya dikumpul dalam masa 48 jam melibatkan 13,299 orang yang bersedekah.
Kutipan ini dipantau oleh admin ini dan ia sangat telus kerana paparan nilai orang memberi dapat dilihat sekaligus misi membantu keluarga yang ditinggalkan sendirian.
Sekurangnya rezeki ini dapat membantu keluarga yang susah apabila kehilangan orang tersayang. Moga Allah terus memurahkan rezeki kita untuk bersama-sama meringankan bebanan mereka yang dilanda musibah.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Ads
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga didenda RM23,000.
Hantarannya mendatangkan kemarahan masyarakat kerana dilihat tidak sensitif dengan kehilangan 10 anggota TLDM yang terlibat dalam nahas tersebut.
“Secara tulus ikhlas, saya mohon maaf kepada semua ahli keluarga mangsa dan anggota tentera,” pinta Muhammad Saifuddin Shafik, 36, kepada Mahkamah Sesyen Taiping kerana membuat hantaran jelik mengenai korban nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas Tragedi Helikopter TLDM
Memetik laporan Sinar Harian, peniaga dalam talian itu membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim pada Jumaat.
Menurutnya, hantaran itu tidak sewajarnya dilakukan oleh sesiapapun dalam keadaan tragedi seperti itu.
“Saya memang amat menyesal dengan tingkah laku saya. Di sini saya (juga) ingin memohon maaf secara tulus ikhlas kepada mana-mana orang awam dan seluruh rakyat Malaysia amnya yang terkesan dengan ‘posting’ saya,” katanya.
Dalam prosiding itu, mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM23,000 atau penjara tiga bulan jika gagal bayar.
Tertuduh bagaimanapun telah membayar denda berkenaan.
Lelaki Buat Hantaran Jelik Didenda RM23,000
Muhammad Saifuddin ditemani peguamnya hadir ke Mahkamah Sesyen Taiping atas pertuduhan membuat hantaran jelik mengenai korban nahas helikopter TLDM.
Sementara itu di luar mahkamah, Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Amin Othman yang mewakili tertuduh memberitahu, anak guamnya turut membuat aku janji di mahkamah akan menyahaktifkan akaun X bagi mengelak perkara sama berulang di masa akan datang.
“Beliau telah mengambil ikhtibar dan pengajaran. Jadi anak guam saya memohon suatu penutupan ke atas kemelut dan isu ini,” katanya.
Dalam nahas jam 9.32 pagi pada Selasa itu, dua helikopter iaitu Pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang dan Pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas selepas bergesel di udara di Pangkalan TLDM Lumut.
Kejadian itu mengorbankan semua mangsa yang ketika itu sedang menjalani raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90 yang berlangsung Sabtu ini.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Harap jadi doa, letak nama anak ‘Lalu Dunia Pun Tersenyum’, ‘Dan Semuanya Menjadi Indah’.
Setiap kali kelahiran anak, nama yang dipilih bakal diberikan memainkan peranan penting dalam membawa harapan dan maksud yang baik buat si anak. Atas pengharapan yang tinggi kehidupan anak baik-baik sahaja membuatkan mak ayah ini memilih nama yang cukup unik dan dianggap sebagai doa.
Pasangan adik beradik di Brebes, Jawa Tengah menjadi perhatian pelbagai pihak, termasuk media tempatan susulan mempunyai nama yang cukup unik.Nama mereka tidak seperti kebanyakan orang lain, bahkan kedengaran seperti kalimah.
Nama pasangan adik-beradik itu adalah Lalu Dunia Pun Tersenyum, 12, dan adiknya, Dan Semuanya Menjadi Indah, 6 tahun.
Kedua adik-beradik itu tinggal bersama ibu bapa mereka di Desa Dukuhturi, Brebes.
Bapa kepada adik-beradik itu, Fajar Setiawan, 38, mengakui nama anak-anaknya sudah tular dalam media sosial dan mereka mula menjadi perhatian pelbagai pihak.
Fajar memberitahu, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi tersebut.
“Saya sedar bahawa satu hari nanti, nama anak-anak saya akan tular dan menjadi perbincangan masyarakat.
“Saya memang pilih nama itu sebagai doa yang baik-baik untuk anak-anak saya.
“Kalimah itu bermaksud yang baik, jika kita menyebutnya selalu, maka ia menjadi doa,” katanya seperti yang dilaporkan Tribunnews.
Pilih Bahasa Indonesia
Fajar menceritakan, ibu bapanya pernah membantah untuk dia menamakan anak-anaknya menggunakan kalimah.
Jelasnya, ibu bapanya meminta dia menggunakan bahasa Arab, namun menolak cadangan itu, malahan memilih bahasa Indonesia.
“Saya yakin, tidak apa bahasa sekali pun, jika maksudnya baik, maka baiklah jadinya. Allah juga Maha Mengetahui,” ujarnya.
Mingguan Wanita: Setiap ibu bapa pastinya mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Setiap kata-kata memang menjadi doa. Doakan yang terbaik nama pilihan mak ayah ini.
Jenazah bayi ditahan 16 hari dalam peti mayat, hospital swasta tuntut ibu jelaskan dulu bayaran RM3600. Sepasang suami isteri berdepan kesukaran mengebumikan jenazah anak syurga mereka yang dilahirkan 16 hari lalu iaitu pda 24 November kerana tidak berkemampuan menyediakan wang sebanyak RM3600 yang diminta dijelaskan oleh sebuah hospital swasta.
Jenazah Bayi Ditahan 16 Hari Dalam Peti Mayat
Dalam satu kejadian berlaku di Klang yang membuatkan orang ramai berasa kesal selepas ianya didedahkan oleh pihak pengurusan jenazah percuma iaitu Mr Wan Cai Official, jenazah adik Muhammad Adham tidak dapat diuruskan segera kerana keluarganya tiada kemampuan membayar kos kelahirannya.
Dalam kejadian ini, Mr Wan Chai melalui akaun FB memaklumkan, jenazah anak syurga ini telah dimasukkan ke dalam peti mayat selama 16 hari. Masa yang sama, ibunya berasal dari Melaka turut ditahan di pusat rawatan berkenaan dan tidak dibenarkan keluar selagi tidak membuat bayaran.
“Bukan jasad baby Muhammad Adham sahaja ditahan selama 16 hari di peti beku tetapi ibunya juga tidak dibenarkan keluar dari wad sehinggalah bil dibayar oleh si ayah pada 11 pagi semalam.Ibu orang Melaka dan ayah orang Negeri Sembilan.KEJAM!! Menyifatkan tindakan hospital ini yang melayan warganegara seperti orang asing, ia jelas satu tindakan tiada perikemanusiaan.
Hospital Swasta Tuntut Ibu Bayar Dulu RM3600
“Ibunya ditahan sebagai jaminan. Sepatutnya pihak hospital serahkan jasad baby pada ayahnya untuk diurus dan dikebumikan.
Menyifatkan perbuatan ini terlalu kejam kerana mereka sudah biasa terlibat dalam pengurusan jenazah, di postnya Mr Wan Chai turut menjelaskan mereka turut menghadapi kesukaran ketika memandikan jenazah baby Adham kerana tubuh anak syurga ini tidak selembut biasa dan sudah mengeras agak lama di peti beku mayat.
“Kami menghadapi masalah sewaktu hendak menguruskan jenazah wildan syurga adik Muhammad Adham Mikail. Hancur luluh bila melihat jenazah anak tanpa dosa ini 100% beku!!
“Bayangkan bayi yang sudah meninggal dunia pada 24 Nov ditahan selama 2 minggu dan diletakkan dalam peti sejuk. Perkara ini berlaku asbab si ayah tak mampu membayar bil bagi caj kelahirannya itu.
Dalam kejadian ini, difahamkan ibu ini merasa sakit seperti hendak bersalin dan dalam keadaan kelam kabut itu, jiran telah menghantar ibunya ke hospital swasta terdekatkerana suaminhya keluar bekerja. Dan selepas bersalin, adik Adham yang dilahirkan dengan hanya mempunyai mata sebelah telah disahkan meninggal dunia.
Selepas 16 hari duduk di peti mayat kerana ketidakmampuan ayahnya membayar dengan segera, akhirnya anak syurga ini berjaya dibawa keluar selepas pelbagai usaha dibuat. Namun ia dilihat sesuatu yang menyedihkan kerana pengurusan jenazah orang Islam perlu dibuat segera. Kredit :- FB Mr Wan Cai Official.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.