Tragedi murid sekolah digilis treler, tersebar rakaman dash cam kejadian sebenar. Tragedi malang melibatkan seorang pelajar sekolah, Nurul Jannah, 9 tahun yang digilis kenderaan berat ketika pulang dari sekolah sangat menyayat hati.
Dalam kejadian dua hari lalu di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong, Klang, pelajar tahun tiga itu meninggal di tempat kemalangan namun adiknya berusia tujuh tahun dan pengasuh yang menjemputnya balik dari sekolah hanya mengalami kecederaan cedera ringan.
Susulan tragedi menyedihkan ini, timbul isu lain di mana pemandu treler telah dibelasah orang ramai yang beranggapan dirinya bersalah termasuk rakaman kamera papan pemuka (dash cam) kenderaannya telah dirampas penduduk kampung.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Murid Perempuan 9 Tahun, Maut Digilis Treler Ketika Balik Sekolah
Pelukan Bersama Guru Ketika Sambutan Raya Sekolah, Kenangan Terakhir Sebelum Maut Digilis Lori!
Motosikal Hilang Kawalan Selepas Bergesel Treler, Pelajar Kolej Meninggal Di Tempat Kejadian
Isu Cikgu Hempuk Muka Anak Murid, Mendisplinkan Ikut Kaedah Betul Bukan Melangkaui Batasan Tugas
Difahamkan, pemandu berusia 36 tahun itu mengalami luka dan bengkak pada pipi sebelah kanan dan pergi mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebagai pesakit luar.
Bahkan dirinya, turut membuat laporan polis kerana dibelasah dan ia disahkan oleh Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong yang memaklumkan pemandu berkenaan membuat laporan pukul oleh individu yang belum dikenal pasti dekat Balai Polis Pandamaran pada petang semalam.
Dalam pada itu, tular di media sosial di aplikasi Tik Tok memaparkan rakaman kamera dash cam dari pemandu yang kebetulan melalui jalan tersebut.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, kelihatan sebuah motosikal jenis Honda Dash melalui permukaan jalan yang berpasir sebaik sahaja keluar simpang sebelum dilanggar sebuah lori treler. Ia berlaku dalam sekelip mata dan sudah tertulis asbab kematian bagi Nurul Jannah, anak syurga ini di mana adiknya dan pengasuhnya hanya mengalami kecederaan ringan.
@long_khairul Membalas kepada @arifxaziz ♬ bunyi asal – الوڠ خيرول
Tidak dapat dipastikan adakah pengasuhnya tidak memberhentikan motor ketika melalui simpang tersebut atau sememangnya tidak menyedari kehadiran treler tersebut. Apa pun sudah tertulis asbab kematiannya.
Dari rakaman yang tular di media sosial itu juga dapat dilihat sebuah motosikal berada di hadapan treler tersebut yang mengarahkan kenderaan berat itu berhenti.
Memetik laporan Utusan, polis dalam kenyataan semalam turut memaklumkan, ketika kejadian ketiga-tiga penunggang dan pembonceng tidak memakai topi keledar dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?