Tragedi Kepala Air, Ibu Ayah Bersama 7 Anak Disahkan Meninggal. Keseronokan Keluarga Bertukar Duka

Share

Tragedi kepala air, ibu ayah bersama 7 anak disahkan meninggal. Keseronokan  keluarga bertukar duka. Tiada apa yang lebih menyedihkan saat diuji dengan ujian maha hebat. Jika kehilangan seorang anak pun sudah cukup menyedihkan, apatah lagi 9 beranak yang meninggal serentak.

Tragedi Kepala Air, Ibu Ayah Bersama 7 Anak Disahkan Meninggal

Semalam, kita digemparkan dengan tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih Kemaman di mana sekeluarga dihanyutkan dalam tragedi kepala air. Ketika itu hanya mayat, Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 ditemui oleh orang awam selepas terjadinya tragedi ini.

Namun selepas operasi dijalankan, tujuh lagi mayat dikenal pasti iaitu Karim Abdullah, 39 dan enam lagi mayat anaknya, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4. Sementara, seorang lagi individu yang hilang merupakan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor belum ditemui setakat berita ditulis.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, identiti sekeluarga ini telah dikenal pasti. Kesemuanya  berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang telah datang ke jeram berkenaan sejak 2 petang (Sabtu) untuk berkelah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini, malam tadi.

Mayat Azizah ditemukan terapung oleh orang ramai, dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (km) dari tempat kejadian, manakala Muhammad Zulqarnain Haikal tersangkut pada dahan pokok kira-kira 2km dari tempat kejadian.

Sembilan keluarga ini meninggal dunia apabila dihanyutkan kepala air
Menurut polis, air meningkat pada kedalam 5-10 meter berbanding biasa pada hari tragedi
Polis memaklumkan, Karim yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di Hutan Air Putih di sini, mahir dengan laluan di lokasi sehingga mampu untuk masuk ke kawasan itu menggunakan kenderaan yang kurang sesuai.
Motosikal turut rosak dalam tragedi ini. Seorang lagi mangsa iaitu tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor belum ditemui setakat semalam.

Keseronokan Keluarga Bertukar Duka

Beliau berkata, pihaknya percaya Karim yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di Hutan Air Putih di sini, mahir dengan laluan di lokasi sehingga mampu untuk masuk ke kawasan itu menggunakan kenderaan yang kurang sesuai.

“Bagaimanapun, mereka mungkin tidak menyedari keadaan kepala air yang datang dengan deras secara tiba-tiba. Kalau tengok keadaan di lokasi tadi, paras air dipercayai meningkat sebanyak lima hingga 10 meter sekali gus, tidak sempat untuk melarikan diri ketika sedang mandi di situ,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Meninggal Di Panah Petir, Perjalanan Seorang Bapa Keluar Mencari Rezeki Buat Keluarga Berakhir Tragedi

Zulin Aziz Pernah Jadi Mangsa Dera Amah, Kepala Dihantuk Ke Dinding, Dipukul Pakai Penyapu & Tidur Bilik Air

Budak Perempuan 11 Tahun Meninggal, Sawan Dalam Bilik Air, Kepala Berada Dalam Besen!

Cara Elak Jadi Mangsa Kepala Air, Kena Tahu 5 Tanda Awal Sebelum Kejadian

Hanyan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kekuatan 50 anggota daripada pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam telah dihentikan pada 6 petang Ahad atas faktor cuaca dan akan disambung semula pada 8 pagi ini.

“Setakat pukul 10 malam ini (Ahad), tiada sebarang penemuan baharu di lokasi kejadian. Radius kawasan pencarian kita pula seluas 24 km mengambil kira lokasi penemuan mayat pertama.

“Esok (Isnin) kita akan mula pencarian di tebing kiri dan kanan jeram sejauh 8km. Polis percaya kemungkinan lokasi mangsa boleh berada jauh dari titik awal kejadian kerana dibawa arus kepala air yang deras,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan khidmat anjing pengesan K9 milik polis dan JBPM, selain akan membuat permohonan menambah kekuatan anggota operasi SAR termasuk bantuan daripada orang luar.

“Malah kalau ada orang awam yang nak bantu pencarian pun kita amat galakkan, bagaimanapun perlu lapor diri terlebih dahulu di Balai Polis Air Putih. Diingatkan agar tidak membuat kerja pencarian tanpa pengetahuan polis,” katanya.

Beliau berkata, operasi SAR pada Isnin akan melibatkan tiga fasa kawasan pencarian mengikut kekuatan dan bantuan sedia ada operasi pasukan pencarian.

Beliau bagaimanapun berkata, maklumat berhubung proses pencarian akan dimaklumkan pada Isnin dan operasi SAR itu bergantung sepenuhnya kepada faktor cuaca.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Suami isteri tinggal satu rumah selepas bercerai? Boleh atau tidak? Min pun jadi tertanya-tanya selepas tengok drama viral yang terbaru. Rupanya, macam tu ya jawapannya.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros