Tragedi hari pertama persekolahan, ajal suami isteri meninggal bersama motosikal rempuh lori buat pusingan u. Innalillahiwainnailaihirojiun. Hari pertama persekolahan semalam membawa berita sedih buat warga pendidik apabila pasangan suami isteri, Haida Sofina Ahmad Safri,28, dan suami, Mohd Nazri Khalid, 32, disahkan meninggal dunia apabila merempuh belakang lori yang membuat pusingan u secara berbahaya.
Tragedi Hari Pertama Persekolahan
Dalam kejadian petang semalam, pasangan suami isteri ini maut selepas motosikal dinaiki merempuh belakang sebuah lori satu tan yang membuat pusingan U di Kilometer (KM) 7.6, Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran simpang Alor Sena, Paya, Beseri, di sini, hari ini.
Mangsa masing-masing berusia 32 dan 28 tahun berasal dari Langkawi bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di daerah ini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 3.45 petang yang memaklumkan mengenai kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal dan lori di kawasan berkenaan.
“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari arah Padang Besar sedang menghala ke Kangar membuat pusingan U untuk menghala balik ke Padang Besar.
Ads
“Kedua-dua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal Honda Vario yang datang dari arah Kangar bagaimanapun tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian belakang lori,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ajal Suami Isteri Meninggal Bersama Motosikal Rempuh Lori Buat Pusingan U
Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati laluan berkenaan adalah sebuah jalan lurus dan mempunyai garisan berkembar.
“Malah, siasatan selanjutnya turut mendapati pemandu lori berusia 67 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah namun hasil ujian saringan awal air kencing pemandu lori itu bagaimanapun didapati negatif.
“Kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah Kangar bagi urusan bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, pemandu lori itu bagaimanapun tidak ditahan reman berikutan faktor usia serta didapati mempunyai masalah kesihatan dan pendengaran.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.
Mohd Shokri berkata, saksi kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor P Povandran di talian 019-4702312 bagi membantu siasatan.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jika selalu dodol dimasak atas kawah dan perlukan masa yang lama untuk memasaknya. Namun berbeza dengan sejenis kuih yang dinamakan dodol kukus hanya perlukan 10 minit waktu memasak dah siap dan boleh terus dimakan. Menurut perkongsian oleh pemilik resipi Anas Hafizullah, dodol kukus ni merupakan kuih tradisi di sebahagian daerah Negeri Pahang serta banyak dijual di Pekan Sari, Temerloh.
Berikut perkongsian dodol kukus yang dikongsikan oleh lelaki ini.
“Dodol Kukus sedap menikmatinya tak kira di hari biasa atau bulan puasa. Biasa terdapat banyak jual di Pekan Sari Temerloh, kuih tradisi di sebahagian daerah Negeri Pahang.”
Bahan A
1 cawan santan pekat utk buat taik minyak
* Cara membuat tahi minyak, santan dimasak hingga pecah minyak. Yang ni je dalam 1/2 jam nak buat sebab lama nak masaknya. Jangan kacau sangat nanti kurang taik minyaknya – api sederhana.
Bahan B
Daun pisang dilayu agar lembut supaya tidak pecah ketika dijadikan alas dodol.
Bahan C
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
* satukan dalam periuk dimasak hingga hancur semuanya dan sejukkan.
* Campur semua bahan D, gaulkan hingga sebati dan boleh masukkan bahan C. Kemudian tapis bila bahan dah bersebati semua.
Cara Membuat:
1.Panaskan periuk kukus.
2.Minyak dari tahi minyak tadi disapu pada daun pisang dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang dialas dengan daun pisang tadi.
3.Kemudian letakkan dalam periuk kukus, nak tau dah masak ia cantik lucin dan tak melekat di jari dan warna kehitaman mengikut warna gula.
4.Dah siap, sejukkan bolah lah ditabur tahi minyak di atas dodol kukus.
Selamat Mencuba!
Tips Ekstra!
1. Kalau tak letak tahi minyak dan diismpan dalam peti sejuk boleh tahan sampai 3-4 hari. Tapi kalau dah letak tahi minyak kena makan cepat, sebab tak tahan tahan lama.
2.Waktu Mengukus ikut pada tebal atau nipis adunan.Kalau nipis dalam 10-12 minit, kalau tebal lama sikit lah kukus.
Kalau nak tahu rasanya macam mana, mak-mak bolehlah cuba sendiri resipi ini dirumah untuk hidangan berbuka petang nanti.
“Moga Berbahagia, Cepat Dapat Zuriat Comel Dan Sihat” itulah antara ungkapan yang diucapkan Serina Redzuawan buat penyanyi popular Nabila Razali yang baru saja bernikah. Serina antara rakan selebriti yang memberikan ucapan buat pasangan pengantin baru itu.
Sejurus selepas mengumumkan pernikahannya di akaun Instagramnya, ramai selebriti yang memberikan ucapan tahniah buat Nabila dan pasangannya.
“Moga Berbahagia, Cepat Dapat Zuriat Comel Dan Sihat”
Nabila dan pasangan telah melangsungkan majlis pernikahan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang. Penyanyi itu telah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada jam 10.11 pagi pada Sabtu.
Pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz Zarin Che Lah. Pengantin perempuan itu juga turut menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya seperti mana yang dikongsi di laman Instagram.
Majlis Nikah Secara Sederhana
Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan juga selebriti.
Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.
Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.
Sebab suami terlalu baik dan rajin buat kerja rumah pun boleh jadi punca isteri minta cerai. Wanita yang bergelar isteri sepatutnya kena banyak bersyukur jika dikurniakan suami ‘terpilih’ macam ni. Disaat, para isteri lain, ‘bergelut’ buat kerja rumah seorang diri dan hadap macam-macam kerenah suami.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Fujairah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), seorang wanita di sini meminta cerai kerana mendakwa suaminya menunjukkan ‘kasih sayang ekstrem’ yang menyaksikan lelaki itu membantu membuat kerja rumah dan memberikannya hadiah.
Dia memberitahu Mahkamah Syariah di sini bahawa pasangannya tidak pernah bergaduh dan menjerit malah suaminya itu sentiasa melayannya dengan baik.
Isteri Rasa Bosan
Biarpun disayangi, wanita itu mendakwa bahawa hidupnya ibarat ‘berada di dalam ‘neraka’ ekoran merasa bosan dengan layanan baik yang diberikan, demikian menurut akhbar berbahasa Inggeris UAE, Khaleej Times semalam.
Dia dilaporkan mengadu rasa cinta dan belas kasihan yang ditonjolkan oleh lelaki tersebut adalah berlebih-lebihan. Justeru, perbuatan suaminya itu mendorong dia memfailkan penceraian.
Wanita itu berkata, apabila dia mengadu tentang berat badan suaminya, lelaki itu terus menjalani diet yang ketat, termasuk bersenam dan berusaha menguruskan badan demi mendapatkan berat badan sehingga mengalami patah kaki.
Bagaimanapun, ia masih tidak dapat menyenangkan hati wanita tersebut yang terus mengadu mengenai hadiah dan pujian yang diberikan oleh suaminya, lapor media tempatan.
Wanita itu berkata:
“Saya menginginkan hari yang mana saya dapat bertengkar dengan suami tetapi ia kelihatan agak mustahil kerana dia sangat romantik dan sentiasa memaafkan saya serta memberikan saya pelbagai hadiah,”ujarnya.
Tarik Semula Kes Perceraian
Pihak suami meminta mahkamah untuk menasihati isterinya untuk menarik semula kes perceraian yang difailkan.
“Ia tidak adil untuk menilai perkahwinan dari tahun pertama, dan setiap orang belajar daripada ‘kesilapan’,” ujar suami wanita terbabit.
Pihak mahkamah menunda kes tersebut, memberi masa dan peluang pasangan terbabit berdamai.
MW: Macam-macam hal. Perangai macam ni pun ada, cepat rasa bosan bila pasangan terlalu baik. Apa-pun, bila dapat pasangan yang baik, rajin menolong buat kerja rumah.. banyakkanlah bersyukur! Tak semua orang bertuah macam kita.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...