Tragedi Cekik Adik 9 Tahun Hingga Mati, Bapa Kongsi Anak Sulung Kerap Dicekik & Dipukul Pelajar Senior Asrama

Share

Tragedi cekik adik 9 tahun hingga mati, bapa kongsi anak sulung kerap dicekik & dipukul pelajar senior asrama. Tindakan seorang abang  berusia 14 tahun yang mencekik adiknya hingga mati semalam sangat menyayat hati.

Dalam kejadian semalam, akibat sakit mata, pelajar berusia 9 tahun ini meninggal dicekik abangnya dan saksi kejadian iaitu jiran bernama Ain memaklumkan, pelaku seolah-olah sedang dirasuk ketika perbuatannya itu.

Tragedi Cekik Adik 9 Tahun Hingga Mati

Dalam pada itu, bapa kepada anak-anak ini mendedahkan, anak sulung yang mencekik mati adiknya semalam didakwa sering menjadi mangsa buli pelajar senior sekolah asrama sejak tahun lalu.

Perkara itu didedahkan bapanya, Najli Yakob, 42, yang mendakwa anak sulungnya itu kerap mengadu hampir setiap hari dipukul, disepak dan dicekik pelajar senior asrama sebuah sekolah arab di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Alor Gajah itu.

Bapa mendakwa anaknya menjadi mangsa buli di sekolah

Bapa Kongsi Anak Sulung Kerap Dicekik & Dipukul Pelajar Senior Asrama

Memetik laporan Malaysia Gazatte, menurut bapa kepada empat anak berusia 14 hingga 4 tahun itu, dia terkilan kerana setiap kali mendapat aduan anaknya itu, dia beranggapan buli sebagai lumrah di sekolah berasrama.

“Sejak masuk asrama tingkatan satu tahun lepas, hampir setiap petang dia akan menghubungi isteri menceritakan bagaimana dia dibuli beberapa pelajar senior tapi saya memintanya kuatkan semangat.

“Lama-kelamaan selepas setahun, setiap kali balik rumah, dia akan meracau-racau seperti trauma dan beristigfar, malah pernah beberapa kali berlaku kejadian saya dan isteri dicekiknya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Piatu, di sini lewat malam tadi.

Tambahnya, sejak kejadian itu dia ada membawa anaknya itu mendapatkan rawatan yang kemudian menunjukkan perkembangan positif hujung bulan lalu, tetapi ustaz ada memaklumkan anaknya trauma kerana menjadi mangsa buli pelajar senior.

“Selepas itu, baharulah anak saya sebutkan dua nama pelajar yang pernah mencekiknya dan menyimbah air ketika dia sedang tidur tetapi memintanya merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan warden atau akan dibuli lebih teruk.

Perlakuan anak sulungnya berubah selepas kerap dibuli di sekolah
Tragedi yang menimpa keluarga ini di mana adik mati dicekik oleh abang berusia 14 tahun

“Susulan itu, saya mengadukan hal ini kepada pihak sekolah malah sudah membuat laporan polis selepas mendapati kesan kecederaan pada badan anak, namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap pelajar terbabit sehingga ke hari ini,” tambahnya lagi.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Cubaan Samun, Suri Rumah Ditemui Mati Dibunuh Dengan Kesan Tikaman Di Perut Dan Dada. Takziah Buat Keluarga Mangsa

Lebih 10 Tahun Derita, Diganggu Makhluk Berbulu Hitam, Rupanya Ini Jawapan Diuji Sakit Misteri

Kisah Sebenar Tragedi Bayi Tertelan Cincin, Siapa Sangka Cekodok Boleh Selamatkan Keadaan!

MalaysiaGazette malam tadi melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai dicekik sehingga mati oleh abang kandungnya di rumah keluarga mereka di Kampung Bukit Piatu di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kejadian disedari ibunya yang terlihat perbuatan anak sulungnya itu melalui sistem sistem kamera litar tertutup (CCTV) dari telefon bimbitnya sebelum menghubungi jirannya untuk membantu melihat anaknya di rumah.

Sebaik membuka pintu, jirannya itu terkejut apabila mendapati remaja lelaki berkenaan sedang mencekik adiknya yang sudah tidak bernyawa sebelum dia segera menepis tangan pelajar tingkatan dua itu.

Mengulas kejadian menyayat hati itu, Najli yang merupakan tukang urut berkata, dia berada di Terengganu atas urusan kerja, manakala isterinya bertugas sebagai jururawat ketika kejadian.

“Sepatutnya, anak ketiga saya ke sekolah, tapi disebabkan sakit mata dia terpaksa tinggal di rumah berdua dengan abangnya namun saya dan isteri sentiasa memantau CCTV bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Tak sangka pula rupa-rupanya apa yang kami bimbangi terjadi apabila melihat rakaman CCTV, dia tiba-tiba dia mencekik leher adiknya itu yang sedang berada di atas sofa dan bergelut sehingga jatuh ke lantai.

“Selepas adiknya tidak sedarkan diri, dia berkali-kali menumpuk pipi kanan dan kiri sambil menjerit Subhanallah,” katanya menahan sebak.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros