Semalam membawa berita positif apabila empat mayat ditemui di kedalaman tujuh meter melibatkan dua kanak-kanak dan dua dewasa yang ditemui dalam khemahdi Sektor C (Riverside) pada kedalaman tujuh meter.
Semua mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemukan lengkap berpakaian, namun keadaannya sudah mula mereput.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tragedi Batang Kali, Selepas Azan 4 Mayat Ditemui Lagi Pagi Ini & Berbaki 3 Masih Hilang
“Saya Nampak Separuh Badan Wanita, Tangan & Kaki Tertimbus Dalam Runtuhan”
“Jumlah yang rasmi adalah 92 orang, kurang dua orang. Berdasarkan jumlah tersebut, yang telah kita jumpai meninggal dunia 30 orang, yang selamat 61, dan yang kita belum jumpa lagi maknanya ada satu sahaja,” jelasnya.
Tambah Arjunaidi, berlaku dua pertindihan nama dalam pendaftaran di tapak perkhemahan berkenaan.
Ini menjadikan hanya seorang sahaja tidak dijumpai iaitu Huang Shaoqi, pelajar berusia 11 tahun.