Tragedi Batang Kali, Huang Shaoqi pelajar 11 tahun. Satu-satunya mangsa belum ditemui. Hari ini memasuki hari ke 8 pencarian insiden tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya.
Semalam membawa berita positif apabila empat mayat ditemui di kedalaman tujuh meter melibatkan dua kanak-kanak dan dua dewasa yang ditemui dalam khemahdi Sektor C (Riverside) pada kedalaman tujuh meter.
Tragedi Batang Kali, Huang Shaoqi Pelajar 11 Tahun
Semua mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemukan lengkap berpakaian, namun keadaannya sudah mula mereput.
Dengan penemuan itu, menjadikan keseluruhan 30 mayat mangsa ditemukan sehingga kini sejak tragedi berlaku awal pagi Jumaat lalu, dengan tiga lagi mangsa masih hilang.
Namun dalam sidang media dikeluarkan semalam oleh Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, jumlah mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh adalah 92 orang dan bukannya 94 seperti dilaporkan sebelum ini.
Jelasnya, berlaku kekeliruan mengenai jumlah mangsa pada awalnya dan setelah beberapa semakan dibuat pihaknya berpuas hati bahawa jumlah sebenar adalah 92 orang.
Jadi kita buat rumusan bahawa jumlah sebenar, ini rasmi kecuali ada mana-mana pihak lagi datang tuntut ada ahli keluarga yang hilang.
“Jumlah yang rasmi adalah 92 orang, kurang dua orang. Berdasarkan jumlah tersebut, yang telah kita jumpai meninggal dunia 30 orang, yang selamat 61, dan yang kita belum jumpa lagi maknanya ada satu sahaja,” jelasnya.
Ads
Tambah Arjunaidi, berlaku dua pertindihan nama dalam pendaftaran di tapak perkhemahan berkenaan.
Mengulas lanjut ujarnya, ketika ini seorang sahaja mangsa iaitu seorang kanak-kanak lelaki masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan.
Ini menjadikan hanya seorang sahaja tidak dijumpai iaitu Huang Shaoqi, pelajar berusia 11 tahun.
Pelajar darjah 5 ini merupakan anak kepada pengusaha kantin sekolah iaitu SJKC Mun Choong. Namun sehingga semalam pencarian dihentikan kerana hujan lebat dan bakal disambun semula mengikut masa yang sesuai.
Marilah kita berdoa agar mangsa terakhir ini dapat dijumpai segera dan semoga urusan ini dipermudahkan. Gambar pelajar kredit :- Sin Chew Daily
Datang ziarah ‘main terjah’, dengan alasan tak nak susahkan tuan rumah dengan memasak dan sediakan makanan. Setakat makan mana yang ada saja.
Memang betul tak nak susahkan tuan rumah. Tapi tak salah pun bagitau sepatah. Bayangkan kalau datang tanpa bagitau, belum tentu tuan rumah ada, sementelah kalau keadaan tuan rumah yang tak bersedia dengan rumah bersepah, berkain batik dan sebagainya.
Jenis yang susahkan tuan rumah bila datang nak bagitau. Masak dah macam-macam untuk raikan tetamu, tiba masa bayang pun tak nampak. Sedihnya dengan makanan tak tersentuh dan mungkin juga boleh jadi pembaziran.
Perkongsian daripada Abdul Muiez ini ada benarnya. Bila nak datang beritahulah, sedangkan kalau datang tak bagitau lagi menyusahkan tuan rumah. Mahu kelam kabut.
Nampak satu status. Ada saudara janji nak datang. Mak dia masak macam-macam. Kesudahannya, sampai ke malam tak tunjuk muka. Bila call, tak jadi hari ni, minggu depan baru nak datang.
Benda ni terjadi pada saya.
Semalam saya dapat jemputan majlis sarapan. Tuan rumah bagitahu, datang pukul 9. Disebabkan saya ada urusan di Manjung jam 10, saya minta untuk datang awal. Tuan rumah kata, okay.
Tapi itulah. Bila anak-anak lambat mandi apa semua, saya pun dah agak terlewat. Tak sempat nak datang awal pagi tadi. Terus ke Manjung.
Bila urusan selesai, jam pun dah 11 lebih, saya masih lagi berkira-kira nak datang atau tidak. Yalah, dah hampir jam 12 tengah hari. Sarapan amende.
Tak lama tu, saya dapat panggilan. Tuan rumah suruh datang juga.
Bila sampai, baru tahu, tuan rumah bangun seawal jam 4 pagi untuk masak demi Muiez.
Allahu akbar. Sungguh saya rasa serba salah. Sebab janji nak datang awal daripada masa yang ditetapkan, tuan rumah pun terpaksa siapkan awal. Kesudahannya, saya tak datang.
Datang Maklumkan Dahulu
Kawan-kawan.
Kita sekarang dah masuk minggu kedua Syawal. Tak sama dengan raya pertama hingga ketiga.
Kalau raya pertama hingga ketiga tu kita boleh redah. Sebab tuan rumah memang dah bersedia untuk terima tetamu. Tetapi, dah masuk minggu kedua ni suasana dia dah lain.
Tuan rumah dah tak masak banyak-banyak. Biasa masak pun untuk makan sendiri saja. Tengah hari, tuan rumah mungkin dah tak berbaju dengan kain pelekat, atau sedang tidur di ruang tamu.
Jadi, sebelum kita nak datang berziarah, maklumkan dulu, supaya tuan rumah boleh siapkan apa yang patut. Tak da istilah susahkan tuan rumah. Datang tak bagitahu, itu yang lebih menyusahkan.
Kemudian, bila dah janji, kenalah datang. Kalau tak jadi, bagitahu awal-awal. Bukan patut datang jam 10, jam 10.30 baru bagitahu tak boleh datang.
Pengajaran ini buat saya juga. Kalau dah janji, kenalah ditepati. Bukan dicapati.
Mingguan Wanita : Bukan kes macam ni masa bulan Syawal saja tapi hari-hari lain pun. Moral of story, beritahu kehadiran kita, bukan untuk mereka sediakan makanan macam-macam tapi supaya tuan rumah bersedia.
Bakal ibu yang bakal bersalin musim PKP Covid-19 ini kena kuat dan kental jiwa. Sebab perlu melalui proses melahirkan di bilik bersalin, tiada ditemani suami. Malah, selepas melahirkan pun pelawat tak dibenarkan datang.
Ibu ini, Anies Surianie melalui proses bersalin anak kedua yang penuh ketabahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ini. Dan ini yang dikongsikan agar bakal-bakal ibu lebih bersedia mental dan fizikal.
Bersalin Dalam Fasa PKP Covid-19
Alhamdulillah dah hampir seminggu selamat melahirkan anak kedua. Saya rasa terpanggil untuk share pengalaman bersalin dalam #fasaconvid19 sekarang ni.
Start je Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, nurse KK dah pesan kena bersiap sedia dengan kawalan ketat dari pihak hospital.
1. TIADA PENEMAN DALAM LABOUR ROOM
Walaupun beranak anak pertama, kedua atau keberapa sekalipun suami atau waris tak boleh masuk teman. Suami/waris hanya boleh hantar dekat pintu wad bersalin sahaja. Be ready ye ibu-ibu yang tengah menunggu hari. (Kalau boleh sediakan mask, kot-kot nurse hospital tempat awak suruh pakai sebelum masuk wad bersalin)
Ingat balik pesan nurse/doktor jangan panic. Kawal pernafasan, belajar curi nafas supaya tak mudah penat. Jangan nangis, jangan menjerit. Bagi perhatian apa yang nurse nak cakap masa dalam labour room tu. Sebab hanya nurse yang boleh tolong kita masa tu.
Suami hanya boleh tunggu depan pintu wad bersalin dan bersedia untuk azan atau iqamat anak depan pintu tu je. Langsung tak boleh jenguk isteri dah masa ni.
Saya haritu hanya sorang nurse yang sambut baby. Kebetulan sampai je dah penuh dalam LR lain, ada gang nak beranak sekali. Hanya katillah yang jadi tempat berpaut mencari kekuatan. Alhamdulillah, Allah permudahkan, dua-dua ibu dan anak selamat.
2. TIADA PENEMAN SIANG & MALAM DALAM WAD
Sediakan barang baby & ibu secukupnya. Untuk labour room & dalam wad packing siap-siap nanti senang husband bawak je. Kalau ada gdm atau rasa-rasa kena beranak emergency pun kena prepare awal-awal.
Paling penting bersedia dengan banyak-banyak BELAJAR CARA MENYUSU. Dalam wad nanti hanya SUSU IBU SENJATA UTAMA untuk tenangkan baby. Dah tak ada mak/suami di sisi nak tolong tenangkan baby kalau ibu penat. Nasib baik nurse pesan letak tissue dalam pampers baby, senang nak tengok baby dah kencing ke tidak. Takde la ibu blur sangat masa tu.
Walaupun anak kedua, sangat struggle sorang-sorang. Nak urus diri sendiri lagi, nak jaga baby lagi. Saya rasa dah cukup kuat masa tu, tapi tiap kali bergerak,
menitik jugak la air mata. Tambah-tambah terkena rengat, rasa macam ada sorang lagi baby nak keluar.
3. TIADA PELAWAT DIBENARKAN MASUK PAGI ATAU PETANG
Kalau mak/suami nak kirim bekal makanan dari rumah kena past kat guard je. Beg-beg baju pun guard yang tolong bawak masuk atau bawak keluar time nak discharge.
Nasib baik bersalin kat HTA, dapat lah jugak tengok muka suami ikut tingkap wad ibu & anak tu. Nak wat muka sedih tak sampai hati pulak, kita senyum jela tanda kita okey dah tak sabar nak balik #dudukrumah.
Buat ibu-ibu seperjuangan yang tengah menunggu hari, be prepared be ready. Bawak barang yang rasa betul-betul diperlukan secukupnya. Penuhkan ilmu menyusu di dada. Jangan mengeluh gais. Kita kuat kerana kita wanita. Mintak suami & family doakan proses bersalin dipermudahkan.
Selamat berjuang!
#24March2020
#babyboy
#kitajagakita
MW :Semoga suami lebih menghargai pengorbanan isteri dan bersedia jaga isteri sepanjang pantang nanti. Dalam kesulitan tentu ada kemanisan di penghujungnya.
Telur dadar dimakan dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera.Bahan asas bagi membuat telur dadar juga cukup mudah iaitu telur ayam, garam, bawang merah dan cili merah/hijau.
Namun begitu, seringkali juga telur dadar yang dihasilkan kelihatan leper, tidak cantik dan berminyak-minyak. Sebenarnya, ada beberapa kaedah dan tip yang boleh dicuba untuk memastikan telur dadar kelihatan gebu,lembut dan sedap bagaikan didalam iklan di kaca tv.
Antaranya:
1.Tambah Mayonis
Tambah satu sudu besar Mayonis didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut dan bertambah enak.
2.Pukul Telur Dengan Lebih Lama
Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang, kemudian barulah dimasukkan apa sahaja bahan yang digemari.
3.Tapis Telur Yang Telah Dipukul
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur sehingga menjadi kembang. Setelah itu tapiskan telur tadi untuk menapis buih-buih yang ada pada telur. Selepas itu barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain.
4.Masukan Sedikit Air
Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian pukul hingga kembang dan goreng.
5.Tambah Perahan Limau Nipis
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis, pukul seketika sehingga kembang. Tunggu minyak betul- betul panas, kemudian tuangkan telur dari jarak yang agak tinggi, seperti kaedah membuat teh tarik, kemudian kecilkan api dan tunggu sehingga masak sebelum terbalikkannya. Hasilnya telur dadar akan kelihatan lebih gebu dan sedap.
6.Tambahkan Serbuk Penaik
Boleh juga menambahkan sedikit serbuk penaik didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut, cantik dan bertambah enak.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!