Berita

Tragedi Adik Zayn Rayyan, Ismanira & Zaim Akan Mohon Kes Abai Anak Ditarik Balik

Share

Tragedi Zayn Rayyan, ibu bapa akan moh0n kes abai anak ditarik balik. Kompleks Mahkamah Seksyen Petaling Jaya hari ini menjadi tumpuan sekali lagi apabila kes perbicaraan Zayn Rayyan disebut semula hari ini.

Pagi tadi, keduanya ibu bapa Zayn  Rayyan, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan dilihat datang bergandingan tangan bersama ahli keluarganya untuk pendengaran kes.

Tragedi Adik Zayn Rayyan

Untuk kes pagi ini, kedua ibu bapanya dikatakan akan menghantar resresentasi supaya pertuduhan mengabai anak mereka yang juga seorang kanak-kanak autisme yang dikenakan terhadap mereka ditarik balik.

Memetik laporan Sinar Harian, pihak pembelaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu bahawa, ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak autisme, yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.

Ismanira & Zaim Akan Mohon Kes Abai Anak Ditarik Balik

Ketika prosiding, peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari, 29, dan Ismanira Abdul Manaf, 29, berkata, ia termasuk permohonan supaya Jabatan Peguam Negara (AGC) menyemak semua kes tersebut.

“Selepas meneliti semua dokumen daripada pihak pendakwaan, kami akan hantar dokumen berkaitan kepada AGC dalam masa terdekat.

“Susulan itu, saya harap mahkamah menetapkan tarikh lain untuk keputusan representasi, sebelum perbicaraan kes bermula,” katanya.

Selepas mendengar perkara itu, Hakim, Dr Syahliza Warnoh menetapkan 6 Disember depan untuk keputusan representasi terbabit.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, pihak pendakwaan telah menyerahkan tiga salinan dokumen kepada pihak pembelaan, iaitu laporan syarikat telekomunikasi, forensik telefon bimbit dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Kami juga akan menyerahkan CD (cakera padat) termasuk dokumen berkaitan kes ini kepada mereka setelah ia dilengkapkan.

“Jadi saya mohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan yang mana kami akan memanggil seramai 15 saksi untuk memberi keterangan,” katanya yang turut disertai Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Eliza Amira Habib Rahman.

Mahkamah kemudiannya menetapkan perbicaraan kes ini berlangsung selama 15 hari, bermula tahun depan iaitu 20 hingga 24 Januari, 3 hingga 7 Februari dan 17 hingga 21 Februari.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, pada jam 10 malam.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di Sungai, kira-kira 200meter dari blok kediamannya.

Pada 13 Jun lalu, pasangan suami isteri itu, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan, bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 hingga jam 9.55 malam, keesokannya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Orang yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen itu juga perlu menyempurnakan bon dengan penjamin berkelakuan baik selama tempoh dan syarat yang difikirkan patut oleh mahkamah, serta melaksanakan khidmat masyarakat.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Isu Abang Bas ‘Crush’ Murid Sekolah, Diana Danielle Puas Hati Tindakan Polis “Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai”

16 Tahun Berlalu Iktibar Pemergiaan Tragik Nurin Jazlin, Elak Anak Jadi Mangsa Pedofilia!

Perbicaraan Gangguan Seksual Ebit Lew, “Saya Rasa Berdosa Pada Suami, Layan Ustaz

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Published by
Almaswa Haji Che Ros