obses dengan mekap

Kebanyakan wanita memang obses dengan mekap sampai ada yang sanggup habis beratus sebab nak ‘tampal’ pada muka bagi naikkan seri. Tak kata salah tetapi sepatutnya biarlah berpada jangan sampai nampak lain dari muka asal.

Lagi parah ada yang rela tinggal solat sebab takut mekapnya hilang. Allah, mengarut! Agaknya cantik mekap tu boleh bawa ke syurga ke?

Ya, itu yang salah dan tak patut berlaku. Nak betulkan siatuasi ini, jemput renungkan perkongsian Ustazah Sharifah Zahidah ini. Moga kita jadi wanita cantik yang tak melampau dalam berhias…

Bila Perempuan Obses Mekap

Masyarakat yang menghargai kecantikan yang tulen tak seharusnya terlalu memuji dan memuja kecantikan yang terpapar pada wajah wanita – setelah 30 minit ke 120 minit ianya dilukis menggunakan puluhan berus, warna, cecair tebal melekit yang majoritinya adalah dari bahan kimia toksik dan pencetus kanser.

Hakikatnya yang cantik pada wajah-wajah itu, adalah cantik yang palsu. Dan wanita yang dipuji kerana make upnya, sepatutnya sedar, bahawasanya yang dimaksudkan oleh orang sekeliling yang memuji dengan perkataan ‘awak cantik’ itu bukanlah bermaksud cantik pada wajahnya pun, tetapi yang dipuji cantik itu sebenarnya adalah ‘make up’ atau ‘lukisan-lukisan’ di wajah itu sebenarnya. Jangan terlalu happy, jangan terlalu perasan. Lebih baik kita sedar realiti.

Jadi ayat yang betul untuk memuji seseorang wanita yang cantik kerana make up tebalnya adalah, “make up awak cantik’, dan bukannya ‘awak cantik’. Kerana realitinya, barang yang cantik, tak perlu ditampal-tampal lagi. Tak perlu di make up make up lagi. Lain pula dengan barang yang tak berapa cantik.

Ads

Saya menentang make up?

Tidak. Saya tidak menentang make up. Tapi kegilaan wanita hari ini untuk tampil cantik dengan make up sehingga sanggup berbelanja ratusan ke ribuan ringgit sebulan untuk make up, dan sanggup menghabiskan masa selama berjam-jam sehari semata-mata untuk proses melukis wajah dan menanggalkan kesannya (make up removal) – adalah satu fenomena yang tidak sihat.

Touch up muka pada yang perlu. Tapi bukan obses dengan make up sehingga anda sentiasa tampil palsu.

Ada perbezaan yang besar di situ.

Apabila wanita sibuk memikirkan soal penampilan semata-mata untuk menyokong idea ‘wanita hanya diterima masyarakat apabila mereka cantik bergaya mempamerkan wajah dan tubuh mereka’, kedudukan wanita yang mulia itu menjadi terhina dan kita sebenarnya tidak meletakkan darjat kita pada kemuliaan yang sepatutnya. Kita sendiri merendahkan darjat kita sehingga terlihat sebagai boneka.

Ads

Cintai kecantikan, tapi bukan dengan jalan PEMALSUAN.

Dapatkan kulit wajah yang bersih, kerana bersih itu anjuran Islam.
Tampil kemas dengan pakaian yang indah dan menutup aurat, kerana itu juga tahsin yang dibenarkan Islam.

Hiasi diri dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Dan bukan melangkaui batasan sehingga memalsukan diri dengan lukisan di wajah setiap hari, setiap masa, semata-mata untuk buat diri rasa DITERIMA. Kenapa hambakan diri untuk mata-mata manusia yang tak beri sebarang nilai tambah pun dalam hidup kita?

Ads

Buru kecantikan yang halal, kecantikan yang tidak memudaratkan seperti kecantikan yang boleh mengakibatkan penyakit-penyakit kanser terjadi selepas beberapa tempoh masa yang panjang. Tak salah nak jadi cantik. Tapi biarlah jadi CANTIK dengan pakejnya yang CERDIK. Bukan cantik tapi plastik.

Mana satu pilihan kita?

Yang benar,

Juga pecinta kecantikan.
Dengan definisi yang lebih memuliakan, daripada merendahkan.

Saya sayang wanita.
Kerana itu, saya tak mahu wanita terus diperdaya.

Wanita, anda cantik pada akhlak dan pengorbanan anda.
Anda LAYAK DIHARGAI, tanpa perlu MEMALSUKAN IDENTITI.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI