Saban hari, ada saja kemunculan pelbagai jenis dan jenama kosmetik baharu. Terkini, semua golongan pencinta kosmetik seakan-akan dirasuk dengan perkataan “lip cream” yang kian tular secara-tiba-tiba. Kiri, kanan, depan, belakang. Di mana sahaja lip cream kelihatan. Ada juga yang terpinga-pinga dengan soalan “lip cream? Bukan lipstick? Apa bezanya?!” Hakikatnya, lip cream atau lipstick adalah dua alat kosmetik yang memberi kesudahan yang sama iaitu: mewarnakan bibir! Bezanya bukan sahaja pada rupa, malahan pada tekstur serta cara aplikasi.
Kita pun tak nak digelar outdated, bukan? Jom tengok 10 jenama lip cream paling top tahun ini kerana kualiti dan harga yang sangat berpatutan!
Lip cream dari So.Lek yang penuh gaya tradisi Melayu ini diperbuat 100% di Malaysia. Dimiliki oleh pasangan dua beradik Dahlia dan Luqman, produk ini mengandungi minyak zaitun yang membantu untuk melembapkan bibir. Selain daripada mudah untuk diaplikasi, ianya juga senang ditanggalkan!
Diformulasi dengan minyak Argan, lip cream dari Obsess Cosmetics diyakini kerana dihasilkan di kilang bertaraf GMP Muslim serta diiktiraf KKM. Selain berbau harum, ianya kekal lama pada bibir tanpa meninggalkan rasa melekit yang sangat annoying tu!
Sugarbelle baru sahaja melancarkan lip cream dengan satu formula terbaru yang ditambah baik dengan aroma yang wangi. Datang dalam 5 warna yang menarik, formulasi minyak Argan yang digunakan akan membantu menyembuhkan bibir retak, di samping membuatkan bibir anda lembut, licin dan kekal lembap.
Diasaskan oleh selebriti terkenal Ummi Nazeera, semi-matte lipstick Nazeera Village mengandungi Vitamin E yang bersifat anti-oksidan yang mengelakkan kerosakan kulit dari kesan sinaran ultraviolet matahari. Dengan hasil glossy, anda juga boleh mendapatkan effect matte dengan melekapkan bibir pada tisu secara lembut.
Diperbuat dari bahan semulajadi serta bebas merkuri, lip cream matte dari Rkay Empire tidak meninggalkan sebarang kesan melekat pada tangan, baju atau cawan ketika minum! Walaupun begitu, satu sapuan kekal lama tapi sangat mudah ditanggalkan.
Ha! Ini lagi satu lip cream yang sangat best! Ia mengandungi kolagen dan vitamin E yang bukan sahaja membantu memberi pelindungan dan rawatan yang bibir perlukan, malahan ianya juga melindungi bibir dari radikal bebas dan penuaan pramatang. Yahoo!
Amboi, bibir merah bak delima! Kalau nak tahu Majestic LipMatte mengandungi ekstrak buah delima yang terbukti merawat bibir merekah dan mengembalikan kelembapan semulajadi bibir. Tekstur yang ringan dan miudah diratakan ke bibir, lip cream Majraha juga mesra wuduk!
Antara specialty Inara lip matte adalah ianya boleh membantu mencegah masalah yang paling dibenci setiap wanita iaitu bibir hitam! Ianya juga bebas dari alkohol dan paraben. Yang paling best? Satu sapuan boleh tahan sehingga 9 jam dan ianya juga wuduk friendly.
Terkenal dengan bahan-bahan semulajadi, Orysense lip cream mengandungi Vitamin E, minyak kelapa dara, kolagen dan aloe vera yang mampu untuk merawat dan melembapkan bibir secara natural. Selain itu, ia juga mengandungi minyak zaitun yang boleh merawat bibir merekah. Bye bye bibir kering!
Tekstur lembut dan creamy di awal sapuan, dan magically bertukar kepada matte finishing selepas beberapa saat. Tak mengeringkan bibir, tak mudah pudar dan warna yang highly pigmented. Mengandungi kolagen dan shea butter, ia juga dilengkapi dengan bauan dan perisa strawberi! Ah, bestnya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Betul lah orang kata, biarlah simple macam mana pun masakan kita tapi air tangan sendiri lebih puas hati berbanding beli atau makan diluar yang belum tentu menepati citarasa sendiri. Tak kiralah apa jenis masakan sekali pun. Lebih-lebih lagi untuk hidangan berbuka puasa.
Siapa sangka Farahdhiya Mohd Amin,34 gadis berwajah Pan Asia, berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini, pandai memasak terutamanya masakan kampung malah cukup menggemari petai.Farahdhiya juga gemar memuatnaik dan berkongsi hasil masakannya bersama pengikut-pengikut di laman instagram.
Baru-baru ini penyanyi, pelakon dan pengacara cantik manis ini ada memuatkan kapsyen yang dia sangat cerewet bila kedatangan bulan puasa.Cukup popular dengan lagu ‘Bertakhta Di Hati’, Farahdhiya menjelaskan dia lebih suka memasak dan menyediakan air tangan sendiri untuk hidangan berbuka puasa berbanding membeli lauk diluar.
“Saya memang sangat cerewet bulan-bulan puasa ni, suka masak sendiri dari dulu lagi. Maaf cakap banyak lauk dekat luar tak sedap, membazir je beli lepas tu tak makan. Kalau pergi pasar setakat beli kuih,lauk memang takkan beli melainkan benda-benda yang saya betul-betul tak pandai masak.”
“Kepada kawan-kawan yang nak ajak berbuka luar saya lebih suka makan tempat yang bukan sediakan lauk melayu sebab kalau lauk melayu saya lebih suka masak sendiri melainkan kalau mak awak nak masakkan untuk saya”.
Jom tengok antara hasil masakan Farahdhiya yang dikongsikan sepanjang bulan puasa ni.Kotlah mak-mak boleh tiru idea menu yang sama untuk hidangan berbuka nanti.
Menarik kan! Nampak betul-betul sedap! Bertuah bakal suami Farahdhiya nanti dah lah cantik, pandai masak pula tu.
Sementara tu kalau mak-mak nak rasa #BetulBetulRaya, datanglah ke Karnival Karangkraf pada 1-3 Jun 2018 ini di Kompleks Karangkraf, Shah Alam bermula jam 2.00pm – 2.00am. Ada pelbagai aktiviti #BetulBetulBest dan jualan barangan raya yang #BetulBetulViral daripada 50++ jenama online terkenal tau!
Semua orang ingin memasuki syurga sebagai matlamat destinasi yang terakhir. Bertuahnya kita jika termasuk didalam 10 golongan yang dijanjikan masuk Syurga ini..malah dibangkitkan dengan muka penuh bercahaya seperti bulan purnama. Allahu Rabbi..
Tak sangka, rupanya terdapat 10 golongan yang dijanjikan Allah masuk ke Syurga tanpa hisab! Menurut hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber dari Ibnu Abbas r.a, terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang akan masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab. Ia terbahagi kepada 10 golongan manusia ini dan dikatakan akan mempunyai muka bercahaya seperti bulan purnama. Siapakah 10 golongan manusia yang akan masuk syurga tanpa hisab itu?
1. Ahli As-Sabr (Ahli Kesabaran)
Golongan yang sentiasa bersabar menjalani suruhan dan sentiasa taat kepada Allah. Mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari melakukan maksiat.
2. Ahli Al-Fadl (Ahli Kemuliaan)
Golongan ini adalah orang yang bersabar menanggung kesakitan apabila dizalimi dan diperbodohkan dan mereka senantiasa memaafkan segala kejahatan yang dilakukan terhadap mereka.
3. Berjiran Kerana Allah
Golongan ini akan saling berziarah dalam berkasih sayang kerana Allah. Mereka yang duduk dan bangun bersama-sama dengan saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4. Orang yang meninggal dalam perjalanan ke Mekah, tidak kira pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)
5. Golongan yang senantiasa menuntut ilmu yang membawa ke jalan Allah, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa. (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6. Individu yang dalam perjalanan hendak menunaikan hajat saudara seislamnya sehingga tertunai hajat tersebut dan meninggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)
7. Individu yang mengasuh kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”. (hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8. Orang Islam lelaki dan perempuan yang meninggal pada malam dan siang hari jumaat. (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9. Hamba Allah yang bersabar dengan ujian bala bencana pada tubuhnya ataupun pada tubuh anaknya. (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10. Individu yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan demi mendapatkan ganjaran Allah. (Ibn Mas’ud)
Al-Hakim dan Al-Baihaqi mengeluarkan hadis bersumber daripada Jabir secara marfu’:
“Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”
Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dapat masuk ke syurga tanpa hisab ini.
Intan Salleh kongsi gambar famili, gelagat anak ketiga menangis ketika bergambar curi perhatian. Intan nampak cukup bahagia dengan kehidupannya sekarang. Masanya banyak dihabiskan bersama anak-anak.
Intan Salleh Kongsi Gambar Famili
Nanti dah besar biar dia tengok muka dia nangis tu.
Now we are 6 alhamdulillah .. semoga keluarga kecil kita terus dikurniakan kasih sayang, iman dan kekuatan untuk membesarkan mereka di jalan yang diredai..Amin..- tulis Intan di ruangan kapsyen.
Gelagat Anak Ketiga Menangis Ketika Bergambar Curi Perhatian
Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemain muzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 11, dan Ariq Muqri, 9. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.
Perkahwinan kedua ini, Intan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 4 September 2022, yang kini berusia 2 tahun.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...