Tong Gas Meletup, Bakal Pengantin Wanita Cedera Parah Melecur Seluruh Badan! Besar sungguh dugaan yang dihadapi oleh bakal pengantin ini, saat menanti debaran hari bahagia tidak lama lagi namun diuji dengan kecederaan parah apabila gas meletup sewaktu hendak memasak.
Seorang bakal pengantin melecur hampir keseluruhan badan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) meletup ketika wanita itu dikatakan mahu memasak di kediamannya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dilaporkan ingin menggoreng ikan sebelum gas memasak berkenaan tiba-tiba meletup sehingga memusnahkan rumah dua tingkat terbabit.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohamad Hazam Hassan, berkata pihaknya bergegas ke lokasi sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi berhubung insiden itu.
“Setiba di tempat kejadian, anggota mendapati seorang wanita mengalami kecederaan dan sudah dibawa keluar oleh jiran sebelum pasukan bomba sampai.
“Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB), di sini, untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,”
katanya ketika dihubungi, hari ini.Difahamkan, mangsa bakal mendirikan rumah tangga pada Januari depan dan mendiami rumah terbabit bersama adik lelaki serta isterinya.
Mohamad Hazam memaklumkan, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kereta dan motosikal yang diparkir di halaman rumah berkenaan mengalami kerosakan.
Seterusnya, beliau berkata, anggota bomba melakukan kerja-kerja pemantauan dan kawalan supaya tiada letupan susulan berlaku.
“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Mesti Baca:Ayah Dera Anak 9 Tahun Sampai Maut, Selamba Tanam Mayat Tepi Jalan!
Baca Lagi Di Sini:8 Tahun Menanti, Terkejut Tak Sangka Hamil Ketika Kandungan Usia 8 Bulan!
Artikel Menarik:Bergaduh Kerana Harta, Pelakon Bollywood Dibunuh Anak Sendiri, Mayat Dicampak Sungai!
Mingguan Wanita: Allahuakbar dugaan besar buat bakal pengantin ini. Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya.
Sumber: Bharian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.