Tong Gas Meletup, Bakal Pengantin Wanita Cedera Parah Melecur Seluruh Badan! Besar sungguh dugaan yang dihadapi oleh bakal pengantin ini, saat menanti debaran hari bahagia tidak lama lagi namun diuji dengan kecederaan parah apabila gas meletup sewaktu hendak memasak.
Tong Gas Petroleum Cecair (LPG) Meletup
Seorang bakal pengantin melecur hampir keseluruhan badan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) meletup ketika wanita itu dikatakan mahu memasak di kediamannya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dilaporkan ingin menggoreng ikan sebelum gas memasak berkenaan tiba-tiba meletup sehingga memusnahkan rumah dua tingkat terbabit.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohamad Hazam Hassan, berkata pihaknya bergegas ke lokasi sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi berhubung insiden itu.
Ads
“Setiba di tempat kejadian, anggota mendapati seorang wanita mengalami kecederaan dan sudah dibawa keluar oleh jiran sebelum pasukan bomba sampai.
“Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB), di sini, untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bakal Mendirikan Rumahtangga Januari Depan
Difahamkan, mangsa bakal mendirikan rumah tangga pada Januari depan dan mendiami rumah terbabit bersama adik lelaki serta isterinya.
Ads
Mohamad Hazam memaklumkan, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kereta dan motosikal yang diparkir di halaman rumah berkenaan mengalami kerosakan.
Seterusnya, beliau berkata, anggota bomba melakukan kerja-kerja pemantauan dan kawalan supaya tiada letupan susulan berlaku.
“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Bersyukur anak-anak kita dapat pinjaman buku teks, namun tidak semua bernasib baik apabila buku yang diterima rosak dan tidak dijaga dengan baik oleh pelajar tahun sebelumnya.
Sebagai mak, pasti anda tak senang duduk bila buku teks yang diterima dalam keadaan begitu. Mungkin perkongsian ibu ini dapat dijadikan contoh. Mungkin buku teks yang kurang elok dapat diberi nafas baru dan kelihatan seperti baru, Jadi tidak perlulah membazir membeli buku baru.
Buku Teks Terakhir Di Repair . Rezeki dapat buku teks barai tak ada kulit belakang, kulit depan pun dah koyak hampir separuh ️. . Buku Text BI Superminds ini buku teks paling mahal kalau nak beli baru. . Nak tukar lain cikgu kata tak ada stok. . Tapi tak mengapa, ummi boleh adjust punya . Beli manila kad, cari colour yang paling hampir dengan warna buku. Manila kad ni keras sikit dari manila kad biasa. Manila kad biasa harga RM 0.70 tetapi yang ini RM 2.30 sekeping.
Langkah demi langkah:
Langkah 1: Ok mula-mula kita potong ikut saiz buku.
Langkah 2: Lekatkan double sided tape di bahagian sisi tulang buku teks. Lekatkan kad manila yang telah dipotong tadi. Yeah jadi dah kulit buku. Takkan nak biar kosong gitu je nanti anak tak kenal itu buku apa. Nak tulis tajuk buku guna tangan hodoh pula nanti . Jom kita cantikkan buku teks ni.
Langkah 3: Google cari gambar kulit buku teks depan, belakang. Adjust edit size yang sesuai (sebab ada gambar saiz kecil, ada pula gambar pecah). Bila dah edit, kemudian printlah. Kalau malas nak google, malas nak edit boleh je pinjam buku teks kawan then fotostat warna.
Langkah 4: Tampal gambar kulit buku tu kemas-kemas. Guna gam stick / kalau guna gam cair nanti bertompok kertas.
Langkah 5: Guna self-adhesive sticker untuk balut kulit buku. Mula lekat dari tengah tulang buku (ikut jelah panduan pada kertas sticker tu). Part ini perlu kesabaran tinggi dan dibuat dengan lemah-lembut agar lekat smooth agar tak berkedut or ada bubble terperangkap.
Langkah 6:
Tadaaa siap dah. Nampak macam buku baru kan? oh ya, sticker kulit buku tu pilih jenis emboss lagi better dari jenis clear. Harga pun mahal sikit jugalah RM12 ada 10 pieces tapi takpelah sebab pegang pun sedap, grip dan tak licin.
[ update ] Bahagian dalam kulit buku pun kita tampal guna self-adhesive sticker. Barulah nampak macam laminate.Bahagian dalam antara kulit buku dan muka surat pun kita selotape juga agar lebih kukuh sebab bahagian kelepet tu anak akan buka tutup buku (guna selotape size kecil pun sudah memadai)
MW: Semoga perkongsian ini dapat membantu mak-mak yang runsing tengok buku teks anak yang rosak. Kosnya tak mahal dan anda tak perlu membeli buku teks baru. Jadi boleh berjimat.
Biasanya apabila masuk pertengahan bulan puasa, ramai mak-mak dah mulai sibuk dengan persiapan buat kuih dan biskut raya. Biar pun tak banyak berjenis-jenis, bagaikan satu tradisi dan menjadi kenangan manis apabila dapat buat bersama anak-anak.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga tidak ketinggalan membuat sendiri biskut raya sendiri dan tak pernah menempah kuih dan biskut untuk hidangan hari raya.
Dalam perkongsian baginda antara biskut air tangan baginda untuk persiapan raya tahun ini seperti biskut cornflakes, biskut chocolate crinkles, biskut anzac, semperit, biskut manik, biskut kacang dan biskut quakeroats.
Antara biskut-biskut raya hasil air tangan Raja Permaisuri Agong.
Tradisi Raya
Malah lebih istimewa, tradisi setiap tahun ini turut diajarkan kepada puteri-puteri baginda Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah, yang tekun membantu bonda membuat kuih dan biskut raya di dapur istana.
“Kami adik beradik memang dididik oleh Bonda lagi kecil, dibawa masuk dapur dan setiap Ramadan kami semua buat biskut sendiri, tidak pernah order. Buat fruit cake, harissa dan siapkan dewan untuk hari terbuka. Dan saya teruskan tradisi itu apabila saya mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Agong. Setiap Raya, saya buat sendiri semua dan sekarang saya sedang didik anak dara saya Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan pula!”
MW: Memang seronok buat berjenis-jenis biskut dan kuih raya dengan anak-anak. Mak-mak yang berkesempatan buat sendiri biskut raya dengan anak-anak, rebut detik istimewa ini kerana ia akan menjadi kenangan manis buat anak-anak bila mereka dewasa nanti.
Pengorbanan seorang ibu itu tidak ternilai, biarlah nyawa dipertaruhkan dan sanggup bertahan demi anak kesayangan. Selain kecanggihan teknologi perubatan yang digunakan dan kuasa tuhan, sebenarnya ‘semangat juang’ seorang ibu yang telah disahkan mati otak selama empat bulan, yang mampu beri kehidupan dan menyelamatkan nyawa bayinya didalam kandungan.
Lahirkan Bayi Menerusi Pembedahan Caesarean
Seorang bayi sihat dan selamat dilahirkan di Prague, Republik Czech oleh wanita yang mati otak selama hampir empat bulan. Proses kelahiran bayi perempuan itu dibuat menerusi prosedur pembedahan caesarean pada usia kehamilan 34 minggu pada bulan lalu, 117 hari selepas ibunya disahkan mati otak.
Ketua pakar bius, Roman Gal di Hospital Universiti di bandar Brno memaklumkan bayi seberat 2.13 kilogram itu adalah salah seorang bayi paling berat dan paling matang dilahirkan wanita yang berada dalam keadaan sedemikian.
Mengalami Pendarahan Kandungan 16 Minggu
Ibu bayi berkenaan disahkan mati otak selepas mengalami pendarahan pada April lalu ketika kandungannya berusia 16 minggu.
Doktor memastikan jantung, paru-paru, buah pinggang dan organ lain wanita itu terus berfungsi sambil memantau janin.
“Jururawat turut ‘berkomunikasi’ dengan fetus tersebut manakala neneknya sering membacakan kisah dongeng. Ahli terapi turut membantu menggerakkan kaki wanita itu untuk simulasi berjalan,” ujar Gal.
Sistem Sokongan Hayat Dimatikan
Difahamkan, sistem sokongan hayat wanita itu dimatikan sejurus anaknya dilahirkan. Bayi tersebut diberi ‘susu ibu’ oleh ibu saudaranya yang juga mempunyai anak.
Pada 2016, seorang bayi lelaki dilahirkan di Portugal oleh ibu yang mengalami keadaan sama.
MW: Kasihnya ibu tiada tandingannya. Sanggup bertahan dan berkorban nyawa demi anak kesayangan kekal hidup.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...